Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Monday, November 17, 2008

YOU HAVE NO EXCUSE
















YOU HAVE NO EXCUSE






Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil
berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.





Sunday, November 16, 2008

PERGINYA SEORANG SAHABAT










Assalamualaikum.
Hingga tak terkata apabila mendapat perkhabaran seorang sahabat akrab telah kembali kerahmatullah. Disebelah pagi dihari pemergiannya, saya baru bercakap-cakap serta bergurau senda dengannya. Disebelah malamnya beliau pergi buat selama-lamanya.
Mengikut maklumat yang diperolehi, pada malam tersebut lebihkurang jam 2130 beliau sedang bersiap2 untuk pergi memancing bersama saudaranya di Segamat. Tak semena-mena beliau rebah dan tidak sempat untuk mendapat rawatan. Kematian beliau dikelasifikasikan sebagai mati mengejut.
Jenazah beliau dimandikan di Kem Gemas dan dibawa ke Kpg Selamat, Taiping (kpg isteri beliau) pada 0930. Arwah sebenarnya berasal dari Simpang Renggam, Johor. Sampai di Taiping pada lebihkurang 1615. Alhamdulillah ramai dikalangan brader serta sahabat handai yang hadir serta sama-sama solat jenazah di Masjid Gunung Semanggol. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semanggol.
gitu mudah pemergiannya. kita hanya dapat mendoakan semoga rohnya akan berada disisi Allah SWT serta mendapat keredaanNya. Sama-sama kita sedekah kan alfatihah...alfatihah.
Lan 0662




PERALIHAN KUASA


PERALIHAN KUASA


| | Comments (503) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. Akhirnya Majlis Tertinggi UMNO dan UMNO keseluruhannya terpaksa akur akan kehendak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden supaya peralihan kuasa diadakan pada Mac 2009.

2. Tiga bulan bukanlah satu jangka masa yang panjang tetapi dalam politik UMNO dan negara sekarang banyaklah kerja-kerja pemulihan parti yang akan terganggu kerana penangguhan yang tidak berasas ini.

3. Sebabnya ialah kerosakan yang dilakukan oleh Abdullah kepada UMNO begitu teruk sehingga tiap saat usaha pemulihan dilewatkan mungkin boleh membawa kesan yang buruk kepada UMNO dan Barisan Nasional. Selagi Abdullah berada sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri maka Dato Seri Najib akan terganggu dalam usaha memulih semula segala-gala yang perlu dipulih sebelum Pilihanraya Umum ke 13.

4. Sesungguhnya UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti komponen Barisan Nasional sudah rosak teruk dalam masa lima tahun Abdullah memimpin pertubuhan-pertubuhan ini. Mungkin ada mereka-mereka yang akan pertahan prestasi Abdullah dengan berkata kerosakan ini sudah lama berlaku dan Abdullah cuma mewarisi kerosakan ini.

5. Benarkah? Jika benar kenapakah UMNO dan Barisan Nasional diberi kemenangan 2/3 tiap Pilihanraya sejak 1974 lagi. Tidak sekali pun Barisan Nasional menang kurang dari 2/3 dalam Dewan Rakyat. Dan Barisan Nasional tidak pernah gagal menguasai Kerajaan di Kedah, Perak dan Selangor. Pulau Pinang juga, sejak Gerakan menyertai Barisan Nasional tidak pernah kalah kepada parti lawan, terutama DAP.

6. Dalam Pilihanraya 1999, di waktu mana ramai pengundi Melayu kurang senang dengan kepimpinan UMNO; Barisan Nasional masih menang 2/3 dalam Dewan Rakyat.

7. Jika parti UMNO dan Barisan Nasional yang diserah kepada pimpinan Abdullah pada Oktober 2003 sudah rosak apakah mungkin Barisan Nasional mencapai kemenangan luar biasa pada 2004 dengan mendapat 90% dari kerusi Dewan Rakyat, mendapat balik kuasa di Terengganu dan hanya kalah sedikit sahaja di Kelantan, kubu PAS. Semua tanda-tanda menunjuk bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang diterima oleh Abdullah pada Oktober 2003 berada dalam keadaan amat sihat dan kuat. Jika tidak mungkinkah BN capai kemenangan luar biasa pada Pilihanraya ke-11 pada tahun 2004, hanya 5 bulan selepas peralihan kuasa.

8. Jika kemenangan ini hanya kerana kepimpinan baik oleh Abdullah, tentulah kemenangan yang lebih baik akan diperolehi setelah Kerajaan dan Parti dipimpin olehnya selama empat tahun selepas Pilihanraya umum ke-11. Tetapi prestasi parti dalam Pilihanyara ke-12 tahun 2008 adalah begitu buruk sekali.

9. Jika ini tidak mencukupi untuk membuktikan kerosakan Barisan Nasional dan UMNO di bawah pimpinan Abdullah sejak 2004, pilihanraya kecil di Permatang Pauh jelas membukti bahawa Barisan Nasional dan UMNO sudah jadi parti kerdil yang begitu takut kepada parti lawan sehingga ahli-ahli tidak berani pakai lencana dan baju UMNO atau BN.

10. Apa yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008 ialah ramai ahli dan penyokong biasa UMNO dan Barisan Nasional telah undi parti lawan. Apakah ini di sebabkan mereka tertarik dengan perjuangan parti PAS, DAP dan Keadilan. Soal selidik menunjuk bahawa mereka tidak terpikat dengan Negara Islam PAS atau Malaysian Malaysia DAP atau reformasi Keadilan. Mereka dengan hati yang berat telah undi parti-parti lawan kerana kecewa dengan kepimpinan Abdullah, tindak-tanduk dan sikap Jemaah Menteri yang tidak tahu kenang budi barang sedikitpun.

11. Untuk memperbaiki kerosakan ini masa yang panjang dan usaha yang gigih perlu dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang kurang tercemar imej mereka. Mereka perlu turun padang untuk berjumpa dengan seberapa ramai ahli UMNO dan pengundi-pengundi supaya dapat mendengar rintihan mereka. Banyaklah kesalahan-kesalahan Kerajaan pimpinan Abdullah yang perlu dibetulkan. Kemerosotan ekonomi, kehilangan peluang-peluang kerja, kenaikan harga barang, tidak adanya lagi kontrak bagi kontraktor kecil, semua ini perlu diberi perhatian oleh Dato Seri Najib dan pasukannya. Tindakan yang berkesan perlu diambil bagi mengatasi masalah-masalah ini.

12. Di masa yang sama penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan ahli keluarga perlu dihentikan. Cara hidup yang mewah yang diamali oleh pemimpin-pemimpin parti dan Kerajaan perlu dihentikan.

13. Kontrak-kontrak perlu diagih dengan adil kepada semua pihak dan tidak hanya kepada orang tertentu diantara pemimpin politik sebagai sogokan untuk mendapat sokongan.

14. Kerosakan besar yang kedua yang berlaku dan berkembang semasa kepimpinan Dato Abdullah ialah rasuah dikalangan pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat. Ini menjadi-jadi kerana Dato Abdullah sendiri dilihat sebagai Perdana Menteri yang mengguna kedudukan dan kuasanya untuk menjayakan perniagaan anak dan menantunya, serta lain-lain kaum kerabatnya.

15. Kemunculan Scomi, ECM Libra, dan kontrak-kontrak yang diperolehi oleh syarikat-syarikat ini yang di ketahui dimiliki oleh anak dan menantu PM seolah-oleh mengizin dan menggalak amalan rasuah.

16. Dalam bidang politik, secara langsung atau tidak langsung Abdullah terlibat dengan beberapa kes sogokan. Semua tahu bahawa wang sebanyak RM 200/- diberi kepada wakil-wakil ke mesyuarat Bahagian Kubang Pasu supaya tidak mengundi saya untuk menjadi wakil ke Mesyuarat Agong UMNO pada tahun 2006. Seorang Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan telah lapur kepada Ibu Pejabat UMNO yang Dato Abdullah telah beri sebanyak RM 200/-, kain pelekat dan sejadah kepada ahli cawangan-cawangan UMNO yang dibawa di Kuala Lumpur, diberi makan dan penginapan di hotel mewah dan disuruh sokong peralihan kuasa olehnya pada 2010. Seorang pemimpin veteran UMNO telah buat laporan polis dan Badan Pencegah Rasuah berkenaan perkara yang sama.

17. Kata pepatah Melayu "Apabila guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari." Dan sebenarnyalah apabila pemimpin dilihat mengamalkan rasuah maka pengikut akan amalkannya lebih-lebih lagi.

18. Untuk mendapat sokongan pemimpin tertentu diperingkat bahagian kontrak bermillion diberi kepada mereka, walaupun mereka tidak punyai kebolehan untuk melaksanakan kontrak tersebut.

19. Semasa pencalonan bagi jawatan-jawatan tertentu, ramai yang ingin dicalonkan mengguna wang untuk mendapat pencalonan.

20. Setelah diketahui bahawa ada calon yang sanggup menghulur wang sogokan supaya mereka dicalonkan maka ahli-ahli dan perwakilan ke mesyuarat bahagian sudah mula meminta wang sogokan jika sokongan mereka dihendaki.

21. Amatlah jelas bahawa rasuah sudah menjadi budaya ahli-ahli UMNO disemua peringkat. Apabila budaya ini dianggap sebagai sesuatu perkara biasa maka pemimpin yang akan dipilih lebih mungkin terdiri daripada mereka yang tidak bermoral, perasuah yang hanya ingin jadi pemimpin untuk kepentingan diri. Apabila ini berlaku maka negara akan perolehi pemimpin dan Kerajaan yang tidak bermoral, yang akan salahguna kuasa untuk kepentingan diri. Dengan ini akan rosaklah negara.

22. Rasuah dikalangan ahli dan pemimpin UMNO akan menjadikan UMNO parti yang tidak dapat dipercayai oleh rakyat, dipandang hina dan akhirnya ditolak.

23. Jika UMNO pimpinan Dato Najib ingin diterima dan disokong oleh rakyat sebagai pengundi, ingin memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 13 maka rasuah dalam parti hendaklah dihapuskan. Usaha ini bukanlah mudah tetapi suka atau tidak suka Najib dan pasukannya perlu berusaha sedaya upaya.

24. Jika tidak pengundi akan undi siapa sahaja yang menyogok wang kepada mereka dan ini termasuk parti lawan. UMNO dan BN mungkin tidak akan dapat memerintah negara ini lagi. Kita sekarang sedang diberi "preview" jenis pemerintahan yang akan didirikan oleh parti-parti lawan.





Thursday, November 13, 2008

JAM AFATS - FOR BRADER





On Tue, 4/11/08, azhan wrote:

From: azhan Subject: [brader] Jam AFATS...
To: brader@yahoogroups. com
Date: Tuesday, 4 November, 2008, 8:10 AM

Salam,Brader yg berminat utk mendapatkan jam tangan atau jam dinding AFATS bolehlah menghubungi saya through email or hp 019-3388 061...
Harga RM60.00/pc.. . utk pos laju sila tambah RM6.00 utk semenanjung dan RM10.00 utk sabah/serawak. . stok very limited dan sila dptkan segera sementara masih ada... regardsazhan.


JERUK GAMAT LANGKAWI - PENAWAR JANTUNG



PENAWAR JANTUNG DITEMUI

Adakah anda mempunya masalah jantung, lelah, mengidap kencing manis dan darah tinggi?

Jawapannya ada dalam JERUK GAMAT LANGKAWI . Sebotol hanya RM50 termasuk pos laju. Sila bayar kepada XEST RESOURCE Akaun 0212-0000057- 102 di CIMB BANK dan hantar jpg slip bank bersama alamat kepada schiltfeitosa@gmail.com

Pengedar Semenanjung Capt (rtd) Rosly Ahmad.




WALIMATUL URUS



Walimatul Urus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Mej (B) Zulkipli bin A. Malik & Norini Bt Yaamat sekeluarga

Dengan segala hormatnya mempersilakan

Tan Sri/Puan Sri/ Dato’/Datin/Tuan/ Puan/Encik/ Cik

Semua Brader Bekas Perantis Putera SPPAT/TD dan keluarga

dan Semua Skot Bakal Pegawai Kedet Intake 30_18 sekeluarga


Ke Majlis Perkahwinan puteri kami

Elinda Binti Zulkipli & Mohd Shahrizan Bin Omar

Pada hari Ahad, 14 Disember 2008 bersamaam 16 Zulhijjah 1429 Hijrah

Di Banquet Hall, Rasah Kemayan Country Club, Lot 1388, Rasah Kemayan, Seremban, N. Sembilan

Semoga dengan kehadiran dan iringan doa restu hadirin akan bertambah berkat serta rahmat Allah S.W.T

Insyaallah Wassallam

Turut Mengundang: Seisi Keluarga

Harap dapat maklumkan kehadiran

Aturcara Majlis: 12.00 t/hari hingga 4.00 petang (1.00 ptg bersanding)

Sila sahkan kehadiran:

Talian Pengesahan: 014-2684093 Mej Zulkipli A. Malik (Bersara)



MEJ (B) ZULKIPLI BIN A. MALIK
Pengurus Wilayah Selatan
SRT-EON Security Services Sdn. Bhd.

Tel: 014-2684093 (24 jam)


Monday, November 10, 2008

MEMBINA SEBUAH KEYAKINAN




MEMBINA SEBUAH KEYAKINAN

Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuhu,


Menurut hadis qudsi:

Allah s.w.t. berfirman kepada malikatNya: “Lihatlah kepada orang yang menziarahi rumahKu. Sesungguhya mereka telah mengunjungi Aku, hingga kusut masai dan penuh debu.”

Hadis Qudsi riwayat Hakim dan Abu Hurairah

Rasululuah s.a.w. bersabda : “Orang –orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Jika mereka berdoa memohon kepada-Nya, nescaya diperkenankan dan jika mereka memohon keampunan kepada-Nya, nescaya mereka akan diampunkan-Nya.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurarirah)

Doa Tawaf Ke-4

“Ya Allah, kurniakanlah haji yang mabrur, Sa’i yang diterima, dosa yang diampuni, amal soleh yang diterima dan usaha yang tidak akan mengalami rugi. Wahai Tuahn Yang Maha Mengetahui apa-apa yang tersimpan dalam hati sanubari. Keluarkanlah aku dari kegelapan ke cahaya yang terang benderang. Ya Allah, aku mohon pada-Mu segala hal yang mendatangkan rahmat-Mu dan segala ampunan-Mu, terhindar dari segala dosa dan beruntung dengan mendapat pelbagai kebaikan, beruntung memperoleh syurga, terhindar dari seksa neraka. Tuhanku, puaskanlah aku dengan anugerah yang telah Engkau berikan, berkatilah untukku atas semua yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantilah apa-apa yang hilang dari ku denga kebajikan dari-Mu.”

Mari bina keyakinan diri dan berkeyakinan dengan janji Allah sesuai dengan sabda Rasululullah s.a.w. bahawa doa-doa di tanah Haram Mekah itu akan termakbul. Dan benarlah Rasulullah s.a.w. kerana biacaranya adalah wahyu sesuai dengan firman Allah s.w.t. ‘WA MA YANTHIQU ANIL HAWA ILLA WAHYUN YUHA’(Dan tidaklah dia (Muhammad) bercakap dengan nafsu, kecuali kata-katanya itu adalah apa yang diwahyukan kepadanya).

Marilah bina keyakinan untuk kita bersikap positif di dalam hidup dan setelah kita berkerja kita memohon doa kepada Allah. Kita sewajarnya berlapang dada dengan apa yang telah diberikan dan apa yang tidak diberikan di dalam hidup kita. Di samping sikap qanaah (berpada ) dengan apa yang Allah berikan kita masih tidak berputus asa untuk memohon apa yang kita hajatkan di dalam hidup di samping memohon keampunan-Nya. Hayatilah doa Tawaf ke-4 untuk memberi ketenangan sekiranya apa yang kita hajatkan tidak kesampaian. Mungkin ada hikmahnya. InsyaALlah, Allah akan kabulkan doa kita, kalau tidak sekarang, mungkin pada satu hari nanti.

Amin.



Tuesday, November 04, 2008

BRADER 7 PHOTO VIDEO

Sunday, November 02, 2008

VIEWER COUNTER

cortisol
cortisol