Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Thursday, August 30, 2007

ANDA NAKHODANYA




Anda Nakhoda nya!

Sebenarnya kita sekarang mengawal sikap kita sendiri. Tiada siapa yang berupaya membantah sikap kita melainkan diri kita sendiri. Bagaimana kita berfikir dan bertindak balas bergantung sepenuhnya kepada minda kita sendiri.

Jika kita selalu memikirkan perkara yang buruk, lambat laun ia akan benar-benar terjadi ke atas diri kita. Apabila minda kita mempercayai perkara-perkara buruk, secara tidak langsung fizikal kita juga akan bertindak mengikut apa yang telah dipercayai oleh minda kita.

Orang yang bersikap negatif selalu menggambarkan perkara buruk akan berlaku ke atas dirinya seperti kehilangan pekerjaan, kehilangan orang yang disayangi, jatuh muflis, mempunyai masalah dengan pekerja, keadaan kerja yang tidak menyenangkan, bimbangkan suami berkahwin lagi, kegagalan atau menjangkakan sesuatu yang malang akan berlaku. Akhirnya, terjadilah seperti apa yang dijangkakan itu.

Sebaliknya, permikiran positif boleh mempengaruhi diri kita bagi mengatasi masalah di atas. Jika kita benar-benar percaya dan yakin, matlamat yang dirancang dapat dicapai, maka sikap kita itu akan memberi dorongan serta membekalkan tenaga dengan secukupnya. Tenaga ini boleh membantu kita mencapai matlamat yang dicita-citakan.

Setiap detik dalam kehidupan, kita menyusun program sikap kita untuk bekerjasama dengan kita ataupun menentang kita. Sikap itu sendiri adalah satu mekanisme yang neutral. Apa saja matlamat atau objektif yang ingin kita capai, arah haluannya akan disediakan oleh sikap kita. Paling penting kita mesti mengkritik diri kita sendiri.

Tidak kira sama ada positif atau negatif, sikap kita akan memberikan hasil mengikut arahan kita, seperti pencetak berkomputer yang hanya mencetak apa sahaja yang telah diarahkan.

Sikap positif akan memberikan kita semangat, dorongan dan sokongan dalam keadaan yang amat rumit dan genting. Di samping dapat mencari jalan penyelesaian, kita masih dapat mengekalkan tenaga dan menghindarkan diri daripada terperangkap dengan permasalahan itu.

AMALKAN SIKAP POSITIF DALAM KEHIDUPAN

* Elakkan diri daripada bersikap pesimis. Pemikiran negatif boleh merosakkan suasana kehidupan dan mengharu-birukan perasaan kita. Ia akan memberi kesan buruk kepada pemikiran seterusnya anggota badan. Untuk mengekalkan sikap positif, sentiasalah bergaul dengan orang yang berfikiran positif, periang dan sentiasa bersemangat. Inilah cara terbaik untuk mengekalkan sikap optimis dalam diri.

* Rangsangkan pengeluaran endorfin dalam diri kita melalui pemikiran positif. Kita akan terkejut melihatnya hasilnya begitu berkesan.


* Jangan jadi orang yang mudah marah. Sesetengah orang menghabiskan masa memikirkan kesilapan pada masa lampau yang mana tidak mungkin dapat diperbaiki lagi.

* Mereka akan membayangkan semua perkara yang membawa kemarahan dan keresahan. Gunakan daya pemikiran kita yang paling berkuasa uantuk mengembalikan imej diri bagi membentuk suasana yang lebih menyenangkan dan mententeramkan.

* Mulakan program harian pada awal pagi dengan rasa ceria. Oleh itu, usahakan supaya kita rasa gembira sebaik saja kita bangun tidur. Rasa optimis ialah sikap yang mesti dipelajari. Mulakan pemikiran positif kita pada awal pagi lagi. Elak mendengar berita yang buruk dan malang pada pagi hari. Banyakkan mendengar muzik dan lagu-lagu kegemaran kita yang menyegarkan dan dapat memberi perangsang dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun mendengar kaset motivasi kejayaan diri.

* Orang yang tahu rahsianya (bersikap positif) sedar bahawa diri mereka berkuasa. Seboleh-bolehnya jadikan hari ini hari yang paling baik bagi kita.

“Tabiat dan sikap kita bukan seperti ukiran pada batu yang kekal. Diri kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan mengikis tabiat dan sikap negatif yang tidak membina. Tidak seorang pun yang boleh membantah pilihan kita kecuali diri kita sendiri.”