Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Monday, December 31, 2007

SATU BULAN PERTAMA DI AFATS



Braders,Ini satu lagi perkara yang pelik tentang Afats, saya semasa 1 bulan pertama di Afats, dalam kesibukan orientasi bulan pertama tu, kita telah sempat atau ta sempat, dibawa ke bengkel (wood work floor) oleh senior kita di bawah kelolaan AJK Orientasi waktu itu untuk membuat "crakers" alat yang digunakan untuk kumpulan sorak setiap kali pergi menonton pertandingan sukan. Saya masih ingat yang paling ...gah... waktu itu adalah pasukan Ragby .... bila bertanding semua budak-budak miang dan kasanova muda ni siap dengan baju T putih, seluar pendek putih dengan stokin panjang putih (byford) berkasut kulit hitam (kasut potong) berkilat berbaris naik bas dan truck 3 ton ke detinasi padang pertandingan. "crackers" ini bunyinya macam mesin gun. setiap junior dan brader intermediate yang jadi penyokong/kumpulan sorak ni bawa crackers masing-masing. Tone berbeza tertakluk kepada beberapa kriteria bentuk dan lidah dalam serta kekuatan getah yang di pasang. Jika setakat tepuk tangan atau sorak tu . . .pasti tenggelam oleh bunyi crackers kita semua. Yang canti tu ada Ketua Tukang Sorak dari kalangan brader yang senior. . . antara prominent figure ta lain dan ta bukan Brader Jack kita . . . .dia punye lagu yang wajib "When The Soldier Matching In" "Tonik Cap Gajah" dan lain-lain lagu ikut cheer leader. Conductor stick (juga alat gembala maut) apa lagi kalau bukan payung. Jika pertandingan hoki, kayu hoki tu jadi conductor stick mereka. Jika tuang . . .sama ada bayar tunai atau hutang bila balik . . . itu yang ta tahan. . . .Yang cantik lagi . . .bukan ada duit pun . . . balik makan nasi cook house lah jawapnya . . .nasi kita di simpan oleh brader kita yang tidak dapat pergi . . atau makanan mewah tradisi kita, maggi dengan telur rebus (simpana dari pagi). Ha . . . .ha . . . . hebat.Ada soalan skot ! . . . . jika ta ade, kita akan sambung lagi kemudian dengan tajuk yang lebih menarik lagi . . . . keluar baris ! Hoi ! ape benda yang kau pegang, pegang dengan tangan kiri ! . . . ingatan App Senior Sarjan Ayub . . . baru jalan 6 langkah tu . . . . kau ta boleh berjalan . . .DARI KANAN CEPAT LARI . . . ha . . . . ha . . . . mampus aku . . . .

Monday, December 24, 2007

MENCIPTA KEJAYAAN



MENCIPTA KEJAYAAN

Erti sebuah Kejayaan

· Kejayaan ialah pencapaian yang progresif segala matlamat yang bernilai dan diimpikan oleh individu
· Kejayaan dan kegembiraan sentiasa berjalan seiringan – kerana kejayan ialah mendapatkan segala impian dan kegembiraan ialah menikmatinya.
· Definasi yang lebih tepat untuk kejayaan selain daripada `wang’ dan kedudukan ialah TUJUAN hidup ini.
· Anda tidak akan pernah menjadi orang yang berjaya sebelum anda melatih pemikiran anda untuk mempunyai kesedaran diri yang positif tentang kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan, kemudian memahami akan kepentingan memperolehinya.
· Jarang sekali kita lihat seseorang mencipta kejayaan yang tertinggi dan berprestasi terbaik sehingga mereka melewati 40 tahun kerana sebahagian besar usia terdahulunya dihabiskan untuk belajar, mengalami, menilai, berfikir, membuat keputusan dan melupakan perkara-perkara yang tidak wajar dan tidak benar.
· Ingatlah: Kejayaan yang datang dengan mudah, mudah pergi dengan cepat sekali.
· Jangan terlalu tergesa-gesa untuk mencapai puncak tangga kejayaan, kerana setelah itu anda hanya dapat bergerak dalam satu arah – iaitu turun ke bawah! Kerana anda akan `lemas’ jika berada di kemuncak kerana tidak sempat belajar segala peraturan, perundangan dan pengurusan pendakian kejayaan yang berkekalan.
· Profil seorang yang kaya ialah – bekerja kuat, tabah, bijak dan yang paling utama ialah disiplin diri.
· Untuk bejaya dalam hidup – anda harus `berjaya’ menjadi diri anda sendiri – diri anda yang terbaik, terunggul!
· Daya pemikiran `minda’ kita adalah terlalu berharga untuk disia-siakan. Melainkan pada apa yang terbaik dan berfaedah! Tumpukan pada mencipta 3K.

MENCIPTA KEBAHAGIAAN

· Kebahagiaan dapat dilipat-gandakan dengan membahagikannya dengan orang lain, tanpa mengurangkan sumber asalnya. Kebahagiaan ialah satu-satunya aset yang bertambah jika dibahagikan secara bijak.
· Anda tidak akan dapat menemui kebahagiaan dengan `merampas’ kebahagiaan orang lain, begitu juga dengan keamanan ekonomi, mahupun kekeyaan haraga benda, tiada keberkatan yang menaunginya, bala bencana yang sentiasa menghambatnya.
· Sesuatu yang telah merampas kedamaian fikiran anda akan turut merampas kekayaan hidup anda.
· Anda akan kehilangan kedamaian fikiran jika terlalu mengejar kedudukan, kebendaan dan kakayaan. Fikirkan!
· Ramai orang mengumpul wang sehingga mereka dapat menukarnya menjadi kebahagian tetapi orang-orang bijaksana mengumpul kebahagiaan , sehingga mereka dapat mengongsikannya dengan orang lain dan masih lagi memiliki kelebihan yang banyak.
· Kebahagiaan boleh ditemui dalam perbuatan dan amalan, bukan sekadar memilikinya.
· Senyuman merupakan perkara `kecil’ yang dapat membuahkan hasil dan kesan yang `besar’. Ia membahagiakan dan mententeramkan. Hiasi senyuman anda dengan keikhlasan dan kasih sayang.

MENCIPTA KEKAYAAN

· Ingatlah: Wang adalah hamba
Anda adalah tuannya.

· Persoalannya, adalah anda mengusai `wang’ atau wang yang menguasai `anda”?
· Uruslah kewangan anda untuk megurus diri dan hehidupan anda.
· Wang merupakan pengaruh yang baik ataupun buruk, sesuai dengan kelakuan manusia yang memilikinya.
· Sifat jujur dan amanah ialah kualiti dalaman yang tidak dapat dinilai dalam `bentuk wang’ dan sangat mudah bagi seseorang untuk membenarkan `ketidakjujuran’ jika ia memperoleh nafkahnya `hasil’ dairpada sifat `ketidakjujuran’.

Pembohongan, penyelewengan untuk selamanya, memiliki cara tersendiri untuk mengungkapkan dirinya sendiri, waktu dan nasib akan menentukannya.

· Wang merupakan `alat’ dan memberi kesan. Ia mestilah diperoleh, dimiliki melalui kerja kuat, usaha dan diredha (halal).

· Wang mesti diedarkan, dibahagikan. Jika tidak ia menjadi `tidak berguna’, tidak bernilai seperti `surat khabar lama’, tin kosong, ia harus digunakan, dikongsi, dinikmati dan mesti dibahagi-bahagikan, diedarkan dengan sewajarnya kerana kekayaan menghasilkan kekayaan.

· Seni memberikan kekayaan yang diberkati.

Kekayaan yang diberikan dan dibahagikan akan menghasilkan lebih banyak kekayaan.

Bantuan dan pertolongan yang anda berikan kepada yang amat memerlukan, akhirnya akan dapat memberikan ganjaran yang berlipat-ganda. Undang-undang timbal-balas.

· `Kejayaan kewangan’ biasanya mengikuti `kejayaan orang’ (menguasai orang) kerana pada hakikatnya, semua orang lebih suka berniaga dengan orang yang mereka suka, serasi dan dipercayai. Perniagaan bukannya `wang’. Perniagaan adalah `orang’. Perbaiki kemahiran kemanusiaan anda.

· Jangan sekali-kali meminjamkan wang daripada kawan atau memberi pinjaman pada kawan. Pergilah ke bank. Itulah sebabnya bank diwujudkan!


MENJADI MUFLIS (BANKRAP) MENJADI MISKIN

· Menjadi muflis atau bankrap bersifat semantara.
· Menjadi miskin pula merupakan keadaan minda atau pemikiran seseorang!
· Berterusan menadi miskin merupakan `dosa’.

BUAT `DUIT’ ATAU `ALASAN’

· Kita boleh buat pelbagai alasan atau kita juga boleh buat duit. Tetapi ingatlah, kita tidak boleh membuat kedua-duanya pada waktu yang sama.
· Kekayaan selalu bermula dari dalam fikiran anda!
· Kedamaian fikiran adalah juga kekayaan.


MENCIPTA 3K

Terdapat 10 cara untuk mendapatkan keyakinan diri. Antaranya seperti berikut:

Sematkan pada fikiran anda gambaran diri anda yang berjaya. Minda `separuh sedar’ anda akan mencari jalan untuk merealisasikan imej diri ini.

Bila fikiran negatif mendatangi minda anda, terus batalkan, padamkan cepat-cepat, gantikan dengan fikiran yang positif. Fikirkan boleh!

Jangan sekali-kali menghimpun halangan dalam imaginasi anda. Imbas kembali kecemerlangan anda pada masa lampau.

Jangan mudah terpengaruh atau terpesona dengan orang lain atau cuba untuk meniru mereka. Lengkapkan diri untuk menjadi `diri anda’ yang terbaik!

Ulangi 10 kali setiap hari kata-kata ini. ”Sekiranya Tuhan sentiasa bersamaku, siapa yang berani merendahkan atau menidakkan aku!”

Dapatkan kaunselor yang berpengalaman untuk membantu anda memahami asal usul perasaan rendah diri anda yang biasanya berpunya dari zaman kanak-kanak ataupun sesuatu tragedi. Kefahaman tentang diri sendiri boleh menghasilkan pemulihan yang berkesan!

Ucapkan 10 kali setiap hari, ucapkan dengan yakin kata-kata berikut. ”Akulah yang boleh melakukan segala-galanya melalui Tuhan yang memberi kekuatan kepada diriku”. Bayangkan diri anda diresapi kekuatan ini.

Anggarkan kebolehan anda secara realistik, kemudian tambahkan anggaran anda sebenarnya 10% lagi. Jangan menjadi egoistik, tetapi bangunkan rasa hormat diri sepenuhnya.

Melalui doa, serapkan diri anda dengan aliran kuasa spiritual anda. Rasakan diri anda sebagai insan baru yang berkeyakinan.

Percayalah bahawa Tuhan sentiasa bersama anda, kerana tiada apa yang dapat mengalahkan perkongsian itu. Semaikan benih prcayakan diri dan serlahkan kebolehan anda!

BAGAIMANA MELEPASKAN DIRI DARIPADA TABIAT BIMBANG

Terdapat 10 cara untuk meyembuhkan penyakit yang terkenal ini adalah seperti berikut:

1. Ketahuilah bahawa kebimbangan merupakan suatu tabiat, terbentuk ataupun berubah sama seperti tabiat lain juga.

2. Sedarilah bahawa kebimbangan itu adalah musuh anda. Perkatan itu menyebabkan sesak nafas. Kebimbangan mempunyai kesan yang boleh membinasakan personaliti kita. Ia adalah wabak zaman moden. Praktikkan dua penggempur rasa takut, iaitu ilmu pengetahuan dan tindakan.

3. Ketahuilah bahawa kebimbangan biasanya jatuh dalam empat kategori peratusan: 40% daripada kembimbangan kita berhubung kita dengan masa silam, 40% berkenaan masa depan, 10% mengenai masa kini, 10% mengenai masalah orang lain. 90% kebimbangan tersebut tidak pernah terjadi! Itulah hakikat sebenar mengenai kebimbangan anda!

4. Untuk melepaskan diri daripada tabiat bimbang tentang kesilapan masa silam, praktikkan seni `melupakannya’. Berdoalah, (Ya Allah, Ya Tuhan Ku, Berikan aku kekuatan untuk melenyapkan segala kenangan silam daripada pemikiran ku dan yang selebihnya aku serahkan kepada petunjuk Mu, Ya Allah Ya Tuhan Ku.). Asas kepintaran ialah mengetahui apa yang harus dilupakan, dilepaskan atau dalam kalimat `slanga’ moden – pedulikan! Buat `dek’.

5. Tiap hari perkuatkan kepercayaan terhadap masa depan kita. Masa depan dunia. Ulangkan kata-kata azimat ini, ”Kuasa Yang Maha Esa melindunigiku, pasti Dia akan terus membimbingku”.

6. Ingatlah, orang yang berjaya, terdiri daripada mereka yang boleh mengatasi kebimbangan, menangani permasalahan dan menghadapi apa jua cabaran hidup!

7. Praktikkan dengan mengosongkan pemikiran anda, katakan, ”Dengan ini aku mengosongkan pemikiranku daripada segala kebimbangan, ketakutan dan rasa tidak selamat!”.

8. Praktikan mengisi semula fikiran anda, katakan, ”Tuhan kini mengisi ruang fikiranku dengan ketenangan, keyakinan dan keberanian.”

9. Kelilingi diri anda dengan kawan-kawan yang periang, tabah dan bersikap positif. Sentiasa sibukkan diri anda! Pastinya kebimbangan tidak sempat menghinggapi `kepala anda’.

10. Praktikkan kehadiran Tuhan, dengan doa, kini aku bersamamu. Tuhan kini taman setaiku. Tuhan tidak akan meninggalkan aku. Bersambahyang dan berdoa. Serahkan segalanya kepada kekuasaan-Nya.


BAGAIMANA MEMBOLEHKAN ORANG MENYUKAI KITA

Terdapat 10 cara untuk mendapatkan keyakinan orang lain. Antaranya adalah seperti berikut:

Prinsip pertama, belajar untuk mengingati nama-nama. Ketidakcekapan pada penringkat ini mungkin menunjukkan yang minat anda terhaapnya tidak mencukupi. Nama, kedudukan, gelaran seseorang itu amat penting bagi dirinya. Hafal dan sebutlah berulang kali.

Jadilah orang yang `disenangi’ supaya tidak wujud sebarang tekanan untuk bersama anda. Jadikan diri anda seperti `sepasang kasut lama’ atau `songkok lama’ yang amat selesa dan mesti dibawa `bersama’ kemana saja.

Jadilah seorang pendengar yang baik, tunjukkan minat anda yang lebih terhadap segala percakapannya dan bukan sebaliknya. Berilah pujian ikhlas dan ucapan penghargaan kepadanya.

Jangan menjadi egoistik. Elakkan diri daripada memberi terlalu banyak pandangan seolah-olah kita saja yang tahu segala-galanya, pamerkan sifat menrendah diri.

Pupukkan kualiti diri anda yang sentiasa menarik, menggembirakan dan memberansangkan, suapaya orang ingin bersama dengan anda dan mendapatkan kerjasama daripada anda!

Belajar untuk menghapuskan unsur yang tidak elok dan sesuai yang mungkin tidak anda sedari, hapuskan daripada personaliti anda. Kounselor ayng mahir mungkin dapat membantu menyerlahkan personaliti diri anda yang lebih `membina’.

Tawarkan pertolongan atau bantuan kepada seseorang terlebih dahulu – sebelum anda meminta apa jua bentuk bantuan dan pertolongan daripadanya. Jadilah seseorang yang `diperlukan’, diharapkan, dan amat `berguna’.

Praktikkan sifat sukakan orang dan hormatkan orang sehingga ia menjadi sebagai sifat semula jadi anda dan amalan anda ! Dalami ilmu kemahiran kemanusiaaan anda.

Ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang dan nyatakan rasa simpati atas kedukaan atau kegagalannya. Kongsilah perasaan anda bersamanya.

10. Praktikan daya tarikan peribadi anda yang bermagnet. Personakan orang lain denagn memenuhi keperluan `naluri’ mereka yang sentiasa meronta`kehausan’ perhatian, penghargaan, sanjungan, penghormatan `VIP’, keperhatinan dan kasih sayang. Penuhi keperluan dan kehendak-kehendak ini dengan penuh keikhlasan, rasa tanggungjawab dan kerelaan. Insya_Allah, anda akan menjadi orang yang paling disukai, dikehendaki dan ANDA MENGUASAI!..