Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Wednesday, September 24, 2008

KENANGAN MASA DI AFATS BALIK RAYA KAMPUNG


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


::Kad Ucapan Raya Percuma



Semua Brader Seniorita dan Juniorito ....
Saya juga mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin sejak kita kenal hingga sekarang ..... untuk semua seniorita, telah saya maafkan semua ... bagi juniorito saya minta maaf tetapi semua bab usik dan geletek tu ... yang kena kejar sampai dalam bilik air tu ..pun maaf juga saya pinta, BUKAN KAH KITA LEBIH AKRAB DARI ADIK BERADIK SENDIRI WAKTU TU KINI DAN SELAMANYA .... malangnya berlaku juga mereka yang dah putus nilai adik beradik sehingga kini ...... saya sedih ....
Sedikit imbauan balik beraya saya tenang dengan nostalgia dari brader semua ...
selain dari itu .... masihkah kita ingat jika kita nak sembahyang di varendah asrama tu .... lalulah hamba Allah sahabat kita... dia mengacau hingga terpaksa dua tiga kali takbir baru khusyuk ... nak marah nanti kawan ....
Dan ingatkah kita sewaktu hari nak terima elaun setiap 2 minggu sekali di Kantin APEK KURAP tu .... panggil nama je ... berjalanlah double hoop.... hormat "selamat .... tuan 2, 3, 1 up angkat tangan terima duit ...up tepuk tutup, up lagi potong tangan, up lagi ucap terima kasih, up lagi kekanan pusing dan jalan ..... terus gi meja bayar stoppages dan hutang ..... belok kanan ...nampak APEK KURAP ..... ha ....apa lagi pekena MAGGI ..... bila gi PD masuk Kedai Ban Seng ... tangkap satu seluar Amco atau Levi's atau Madrid atau Lee atau Lois, bab baju Arrow atau PG's atau Fruities Grand Slam, bab kasut mau paling tidak Jonhson Cossack Lagen tu ..... warna coklat ..... macam-macam ..... habis-habis glamour pun semua pelayan yang ada kat bandar PD tu kenal budak-budak AFATS .... yang juniorito mesti tahu brader punya girlfriends siapa .....
Paling ngeri ...... dalam kita baring berangan atau tulis surat ...(tiada hadphone waktu itu) terkejut bila ada orang crowl bawah katil..... ("kena capoi lah apa lagi") I A Drill nya semua akan berbisik tanya siapa kasi kau ! ....... sambung.....
Sebut pasal majlis, emmm ta banyak majlis yang kita ada sewaktu tu .... majlis apa ....jam 1130 malam Kpl Naga dah bising suruh padam lampu .... bukan nak jimat sangat sebab dia nak lalu dengan Vespa dia no. N 2721 warna hiaju gelap tu ! ......ada awek lagi tu ..... yes... dia kan duduk bujang dalam stor sukan ......hahahaha ...cantik punya Kpl Naga (PTI) Paling marah pun ...nanti dia panggil kita roll call kat bawah ....blok intermediate tu ... dia jatuh hukum kita dengan star jump lah, helikopter lah, kot-kot special sedikit ..kueh gulung ....

Hukuman resmi cuma Extra Drill, Behind Guard sekali dengan capoi dan layout kits, 10 km Sua Betong ..bab ni tanya Brader Hj Abdullah (6) ...hahahaha Kalau Sjn Mad Belon hantar kira-kira boleh runding ..... kalau LKpl Johari (PTI tinggi dan besak) hantar ..... sakitlah sedikit..... Kpl Samad cuma berlakon mulut je keriau kuat tetapi boleh runding.... kena SSjn Shaari(KSM) mampus apatah lagi Sjn Kapit bertuah tu .... mampus kita semua ....
Yes, ini semua tunjang yang memperkukuhkan disiplin kita sewaktu itu .... bukan sekadar cerita ...ini bukti .... AFATS pun kena usung satu puntung rokok oleh 60 skot (intake 6) waktu itu .....
Mana ada terima dek akal tentera sedunia ni ..... budak umur 16 tahun berkawad, berlari, menembak, merempuh halangan, battle PT, tempur tanpa senjata (porky drill) guna senjata SLR 7.62mm ..... panjang sama tinggi dengan Adik Fauzi dan brader Fathullah skot saya. Brader Dato Mior tu pun sebab nak tunjuk gagah wira dari Kuala Kangsar ...hahahaha ..

Bayangkan jika ada kelas senjata HB SLR tu .... GPMG pun belajar bukan M16 atau Styer atau Baretta atau HK je ..... jadi jika berlaku apa-apa yang paling musuh takut adalah Intake 1 hingga Intake 8 kot yang masih guna SLR dan HBSLR je .....

Bro,
Semua ada susu putih, susu strawberry, susu chocolate. Biasa strawberry dan chocolate untuk seniorita je ... hehehe .... bro tau ke air batu cook house untuk ikan pun jadi gak .....janji sejuk ..........

From: Rosly Ahmad gmail.com>
To: brader@yahoogroups. com
Sent: Thursday, September 25, 2008 23:58:53
Subject: Re: [brader] Re: Kongsi Pengalaman Kenangan masa AFATS nak balik kampung raya

terkejut bila ada orang crowl bawah katil..... ("kena capoi lah apa lagi") I A Drill nya semua akan berbisik tanya siapa kasi kau ! ....... sambung.....
HAHAHAHAHAHAHAHAHAH AHAHAHAHAHAHAHHA HAHAHAHA. ..ini buat aku senak perut Skot........ .........
Salam,



Salam Brader
Saya jarang mencelah tapi dah dekat Raya ni tak tahan dengan dugaan nostalgik brader2...
Saya balik kg Raya masa tu kat Parit Buntar, of course naik train. Cerita pasal bas lompat tu memanglah but cuba tengok apa kita bawa masa tu. Paling kurang dua beg. Satu beg tu mesti isi dengan susu Magnolia seberapa botol yang boleh...banyak save tu brader masa kat sekolah. Tak percaya tanya Brader Rosly... Saya ingat Brader Zul Malik tak bawa balik susu sebab dia balik Pilah je.
Masa first year budak afats balik raya naik keretapi pakai combat boot di bawah bell-bottom yang lebarnya runaway sweeper pun kalah. Ek bukan main bila selisih dengan rikrut yang juga dapat cuti Raya. Depa naik 3rd class, kita naik 2nd class...dapat berth pulak tu. Masa naik kat Seremban, mata liar tengok kut-kut terlintas budak-budak TKC ...juga nak balik Raya . Sampai KL tukar train, budak Boys (RMC) join dalam train yang sama dengan budak2 afats ... budak2 TKC tak pandang kita dah ....!!
Salam aidilfitri. Mohon ampun dan maaf kepada semua Brader atas apa jua tersilap kata tersalah langkah terlanggar bendul semasa bertugas sebagai Moderator. Raya ni saya masih duty Moderator!
Salam
Brader Moderator

Assalamualaikum braders yang dikasihi,
saya pon sama ngan brader Hamdan sebab kami sekampong, cuma saya ni cepat mabok bila naik bas loncat loncat ni, dah lah kene berdiri all the way, pas tu bau tu macam macam ler buat tekak kita loyer. pernah sekali tu termuntah tak sempat nak tahan, terkene kat member yg berdiri dekat saya....... cuba anda bayangkan situasi saya ketika itu fuuuuhh terpaksa ler buat muka seposen. kita cakap sori yer bang, dia jawab ayah kau sori, dah satu kosong dah......... .
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf (bukan sori ek) zahir dan batin dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil-Fitri. Saya akan berada di AG dari 30 Ramadhan 1429H hingga 4 Syawal 1429H. Kalau nak datang sila telefon dulu.
p/s Istana Negara dah sah kan Hari Raya tahun ni telah ditetapkan pada 1 Syawal 1429H. so jangan lah nak tanya tanya bila hari nak raya lak ok. maaf sekali lagi ek.

2008/9/24 hamdan rahman <hjhamdanrahman@ yahoo.com>
A'kum untuk semua braders.
Izinkan saya mencelah.... ........topik ni membuatkan saya teruja untuk menulis.
Zaman tu, saya pon balik naik bas loncat-loncat, sambung-sambung atau salin-salin macam tu lah nama-nama yang kita panggil untuk perkhidmatan berkenaan .
Dari PD saya akan naik bas melalui Pengkalan Kempas-Lubuk China-Kuala Sungai Baru-Masjid Tanah dan terus ke Alor Gajah. Sampai Alor Gajah ayah dah tunggu dengan motor sikal Lambrettarnya untuk menyambut kita balik. Macamtu lah sayang nya ayah kepada kita. Sekarang ayah pon dah tak ada.Tapi kasih dan jasanya tetap dalam sanubari kita.Semuga Allah akan menempatkan roh nya bersama-sama orang yang dikasihiNya.
Masa dah banyak berubah sekarang kita pulak tunggu anak kat bas station balik dengan bas ekspres. Harap kasih sayang akan terus terjalin.
Begitulah juga saya harapkan agar ikatan braders akan terus berkekalan sehinggaa akhir hayat.
Dalan kesempatan ini saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga Ex AFATs ,maaf zahir dan batin.

Hamdan Abdul Rahman
530038
Alor Gajah


--- On Wed, 9/24/08, Sahaludin Othman <anjang051@hotmail. com> wrote:
From: Sahaludin Othman <anjang051@hotmail. com>
Subject: RE: [brader] Kongsi Pengalaman Kenangan masa AFATS nak balik kampung raya
To: brader@yahoogroups. com
Date: Wednesday, September 24, 2008, 9:16 AM

Masa kami dulu dipanggil bas loncat-loncat dan naik kereta sapu (Pak wan cha) nak balik kampong punya hal, dulu mana ada bas ekspres ni! Bila fikirkan balik AFATS memang mengajar kita untuk memulakan kehidupan. Seronok!!! Saya ngambil peluang ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN untuk semua warga Ex-AFATS yang dulu hingga sekarang.

Brader 530051 Haji Sahaludin bin Hj Othman



Monday, September 15, 2008

LAGI GAMBAR BUKA PUASA 2008





LAGI GAMBAR MAJLIS BUKA PUASA 2008







MAJLIS BERBUKA PUASA AFAT 1429H/2008M







SENARAI KEHADIRAN (BRADERGROUP) MAJLIS BERBUKA PUASA 1429 HIJRAH (2008) PADA 12 SEPT 2008 JAM 1900 BERTEMPAT DI WISMA PERWIRA PULNORD KEM BATU KENTONMEN, KUALA LUMPUR


BIL.

NAMA

INTAKE

NO. PERKHIDMATAN

1

BRADER MUNAWAR HAMIM

1

530024

2

BRADER SALEH SADRI

1

530059

3

BRADER HJ A. RASHID BIN HJ ADAM

2

530069

4

BRADER AZIZ ISMAIL

2

530062

5

BRADER AZMI ZAMAN

2

530064

6

BRADER ABD. GHANI MOHAMAD

2

530072

7

BRADER ASMAWI ARSHAD

2

530074

8

BRADER ISMAIL MUSA

2

530083

9

BRADER KASIM ISA

2

530084

10

BRADER MUHAMAD AWANG

2

530096

11

BRADER MD. LANI ISHAK

2

530102

12

BRADER RAMLI ABDUL RAHIM

2

530111

13

BRADER ZULKEFLI ALI

2

530119

14

BRADER ZAINAL ABIDIN SHABUDIN

2

530120

15

BRADER MUSTAPHA KOMENG

2


16

BRADER DATO’ AZIZ IBRAHIM

3

530126

17

BRADER AZIZAN OTHMAN

3

530128

18

BRADER HJ ZULKIFLI MOHD SAID

3

530187

19

BRADER RAMLE MINGON

6

530348

20

BRADER ROSLY AHMAD

6

530349

21

BRADER ZULKIPLI A. MALIK

6

530359

22

BRADER MAHAMUD YUSOH

7

530371

23

BRADER JAMALUDIN ABU

7

530431

24

BRADER ABD AZIZ BIN DIN

8

530462

25

BRADER BAKAR

8

530426

26

BRADER KAMARUDDIN

8

530427

27

BRADER HARIS

8

530441

28

BRADER PARID

8

530444

29

BRADER HALIM

8

530448

30

BRADER WAN RUSDI

8

530449

31

BRADER ABU HASSAN

8

530451

32

BRADER FUAD

8

530473

33

BRADER MOHAMUD

8

530475

34

BRADER MOHAMAD ZIN MOKHTAR

8

530477

35

BRADER NASARUDDIN CHE OM



37

BRADER NASARUDIN

9

530482

38

BRADER HJ SARONI

9

530486

39

BRADER JUHARI DERAMAN

9

530518

40

BRADER HJ KAMALUDDIN SAIDIN

11

530605

41

BRADER MAZELAN SUBRAN


530662

42

BRADER ABDUL HALLIB B. DAROS

14

530963

43

BRADER HAMID SALLEH

14

530980

44

BRADER MOHAMMAD AZHAN ABD. RASHID

25

536156