Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Monday, October 04, 2010

Sunday, October 03, 2010
Dr Mahathir Masuk Hospital Di Australia
A Kadis Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 3 September] --TUN Dr Mahathir akan berada di hospital di Australia buat beberapa hari lagi walaupun beliau bertindak balas dengan baik kepada rawatan, demikian kata Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff.

[Posting Asal]

SEPERTI ramai sudah maklum, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Hospital Epworth di Melbourne, Australia pagi semalam kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Bernama, beliau kini dirawat di wad biasa dan diberikan antibiotik dan menjalani fisioterapi.
“Keadaan Dr Mahathir adalah stabil dan beliau dinasihatkan supaya berehat. Beliau dijangka berada di hospital selama beberapa hari untuk pemantauan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir yang disertai isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Melbourne 1 Oktober untuk berucap di seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di Universiti Melbourne yang dijadualkan hari ini.

Sebelum ke Australia, beliau ke Kelantan untuk menyertai majlis hari raya Perkasa dan sebelum itu ke Negeri China untuk melawat sebuah masyarakat Islam di pedalaman negara itu.

Kita doakan dan ucap selamat kepada beliau agar segera sembuh.

Terima kasih.
Posted by A KADIR JASIN at 7:00 AM 25 comments

No comments: