Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Sunday, October 28, 2007

MAJLIS AIDIL FITRI AFATS 2007







Sepertimana amalan tahun-tahun terdahulu, Majlis Aidil Fitri AFATS 2007 kali ini telah diadakan pada 28 Okt 2007 di Wisma Perwira PULNORD, Batu Kantonmen. Majlis agak muram sedikit kali ini kerana tidak ramai dapat hadir, namun ianya itelah disempurnakan sebaiknya. Inilah adalah antara gambar-gambar yang dapat dirakamkan.

Wednesday, October 24, 2007

MENGAPA MATLAMAT TAK PERNAH TERCAPAI?




MENGAPA MATLAMAT TIDAK PERNAH TERCAPAI?

Ada kalanya kita gagal mencapai matlamat yang telah kita tetapkan walaupun pada peringkat awalnya semangat untuk mencapainya terlalu kuat. Kegagalan itu mungkin disebabkan oleh langkah-langkah pelaksanaan yang tidak teratur atau kelemahan yang tidak disedari dalam diri sendiri.

Cuba teliti factor-faktor yang akan kita katakana hari ini. Salah satu atau kesemuanya mungkin menjadi faktor penyebab kegagalan untuk mencapai matlamat hidup kita.

1. Tidak ditulis secara hitam putih

Mengikut prinsip perancangan matlamat, setiap matlamat hendaklah ditulis secara hitam putih. Matlamat yang Cuma tersimpan dalam pemikiran kita akhirnya akan hilang atau lenyap begitu sahaja. Dengan menulis, kita akan dapat merasa dan menjelaskan apa yang kita inginkan sepertimana yang tergambar dalam pemikiran. Kita juga akan menjadi lebih komited terhadap rancangan tersebut.

2. Tidak tahu kepentingan matlamat dan bagaimana hendak merancangnya.

Kita membuat perancangan dengan matlamat jangka panjang yang memerlukan masa yang agak lama untuk mencapainya. Ini akan menghalang kita daripada melihat kesan segera bagaimana yang kita impikan dan mengakibatkan kita hilang kepercayaan atau patah semangat (discourage).

Kita perlu mengamalkan prinsip perancangan matlamat yang memberi penekanan kepada prinsip jangka panjang bagi membolehkan kita mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana perancangan kita boleh memberi kesan dan berjaya.

3. Tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri

Tanpa keyakinan diri adalah mustahil bagi kita untuk mendapat apa yang kita cita-citakan. Tanpa keyakinan juga kita tidak dapat mengenal pasti dan menggunakan segala bakat dan potensi yang ada dalam diri. Dengan ertikata lain, kita tidak akan berupaya membangun dan merangsang high talent sel otak seperti kata pepatah Inggeris, “faith moves the mountain”. Hanya dengan mempercayai satu sesuatu matlamat barulah kita mempunyai keyakinan dan kepercayaan untuk melakukannya. Kita mesti mempunyai pendirian bahawa kita boleh mencapai apa jua yang kita inginkan jika kita benar-benar yakin yang kita boleh mencapainya.

4. Berfikiran negetif menjadi penghalang pencapaian matlamat

Seseorang yang berfikiran negatif sentiasa menganggap matlamat yang telah ditetapkan sukar dicapai. Dia enggan membuat imaginasi dan bersikap positif. Dia lebih menilai halangan dan masalah yang bakal timbul daripada memikirkan faedah yang boleh diperoleh dan dimilikinya. Oleh itu, dia tidak akan dapat melihat rahmat dan peluang yang tersirat di sebalik halangan yang timbul.

5. Menjadi mangsa kepada perasaan takut.

Perasaan takut dan bimbang menyebabkan peluang yang terbentang luas dipersia-siakan. Setiap orang tanpa disedarinya mempunyai kemampuan bakat dan potensi tertentu dalam diri masing-masing. Sayangnya semua keistimewaan dirinya itu akan terkubur bersama-sama dirinya jika dia takut untuk mencubanya. Alangkah ruginya!

*Semangat yang lumpuh di tengah jalan.

Salah satu sebab utama mengapa matlamat kita tidak tercapai kerana tidak memiliki semangat yang kuat dalam menempuh dugaan. Sememangnya untuk mencapai sesusatu yang kita ingini, terdapat bermacam-macam rintangan dan halangan. Ini memerlukan azam, ketekunan, ketabahan dan semangat yang kental seperti peribahasa Melayu “di mana ada kemahuan di situ ada jalan.”

*Matlamat dilaksanakan serentak

Kita tidak boleh mempunyai begitu banyak matlamat dalam satu masa. Oleh yang demikian, kita perlu membuat senarai keutamaan matlamat yang ingin dicapai. Jangan cuba melaksanakan matlamat dengan serentak kerana kemungkinan besar kita akan gagal mencapai kesemuanya. Sebaliknya laksanakan matlamat itu mengikut keutamaan dan keperluan secara beransur-ansur, tetapi dengan kepastian.

*Bersikap pesimis

Sikap pesimis adalah batu penghalang dalam mencapai matlamat. Seseorang yang bersikap pesimis sentiasa berfikir tentang perkara buruk dan menganggap matlamat yang telah ditetapkan sukar untuk dicapai. Perasaannya selalu gundah, gelisah dan tidak tenteram. Sifat ini akan menjejaskan semua langkah dan strategi yang bakal diatur.

*Tidak membuat bayangan positif (positive imaging)

Bayangan positif (positif imaging) adalah konsep yang melibatkan aktiviti mental, iaitu sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu kita dibayangkan dalam fikiran. Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai matlamat untuk menjadi seorang eksekutif yang berjaya, cubalah bayangkan dengan jelas keadaan kita setelah berjaya menyandang jawatan tersebut, yakin seolah-oleh kita telah berada ditempat itu. Dengan kata lain, pemikiran, perasaan dan tindakan kita menggambarkan seperti kita berkedudukan sebagai seorang eksekutif.

*Bayangkan satu persatu, baik daripada segi personality pakaian, percakapan, tindakan dan keadaan sekeliling yang akan kita nikmati setelah memegang jawatan yang kita idamkan selama ini. Gambaran ini akan disampaikan oleh pemikiran sedar di dalam pemikiran separuh sedar. Pemikiran separuh sedar pula akan menerima gambaran ini dalam ingatan secara tetap.

*Tanpa disedari, perbuatan ini akan memberi kesan kepada gerak-geri dan tingkah laku kita terutama yang berkaitan dengan pencapaian matlamat. Oleh itu, kita akan mendapati lebih cepat dan senang bagi kita mempraktikkan bayangan positif.

*Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki.

CARA MELATIH DIRI MERANCANG MATLAMAT

Berikut adalah latihan bagi menolong kita merancang tindakan yang perlu diambil dalam mencapai matlamat.

· Nyatakan dengan terang dan jelas matlamat yang kita ingin capai dalam masa enam bulan akan datang.
· Mengapa kita ingin mencapai matlamat tersebut.
· Jika kita berjaya mencapainya, apakah kebaikan yang kita peroleh? Ganjaran untuk keluarga kita umpamanya.
· Apakah risiko yang ada dalam mencapai matlamat ini?
· Apakah pencapaian matlamat ini akan menyumbang kea rah pencapaian matlamat jangka panjang?
· Apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak berjaya dan apakah alternatifnya?
· Apakah rintangan yang bakal dihadapi dalam menjayakan matlamat ini? Bagaimanakah cara untuk menguasainya?

Setelah kita kemukakan pelbagai pertanyaan seperti yang dinyatakan, maka kita akan mendapat gambaran yang jelas untuk merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut.

Kita mesti jujur pada diri sendiri apabila merancang matlamat. Tidak guna mempunyai matlamat yang terlalu tinggi sehingga kita sendiri tidak mampu mencapainya. Janganlah jadi seperti kata orang, “nafsu besar tenaga kurang” atau “suara naga berjalan semut”.

Kita mesti ukur kemampuan kita, menilai strategi kita dan berusaha sedaya upaya mencapai matlamat tersebut.

Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki?

Kita mesti jujur pada diri sendiri apabila merancang matlamat. Tidak guna mempunyai matlamat yang terlalu tinggi sehingga kita sendiri tidak mampu mencapainya. Janganlah jadi seperti kata orang, “nafsu besar tenaga kurang” atau “suara naga berjalan semut”.

Kita mesti ukur kemampuan kita, menilai strategi kita dan berusaha sedaya upaya mencapai matlamat tersebut.

Tanpa bayangan positif adalah mustahil bagi kita untuk mencapai yang telah kita tetapkan. Kita tidak tahu apakah sebenarnya yang kita kehendaki?

Thursday, October 18, 2007

PENYATA PENDAPATAN DAN PEBELANJAAN BUKA PUASA

Assalamualaikom Braders, Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Bathin. Berikut adalah penyata pendapatan dan perbelanjaan majlis berbuka puasa pada 28 Sep 07.

PENDAPATAN

Kutipan Majlis Berbuka Puasa RM 1,680.00
Sumbangan iklas Berbuka Puasa
Dato" Kamaludi Janis RM 1,000.00
Jualan Sticker RM 264.00
Komisyen Jualan T shirt RM 34.00
Yuran Ahli Baru RM 300.00
Tabung derma Anak Yatim RM 387.00
JUMLAH RM3,665.00

PERBELANJAAN

Belanja Majlis Berbuka RM 1,520.00
Derma Anak Yatim(Diserahkan pd Brader Lani) RM 387.00
JUMLAH RM 1,907.00

Lebihan Pendapatan RM 1,758.00 (masuk tabung)
mohon maaf kelewatan memajukan penyata dalam Email, almaklumlah orang dah pencen serba berkurangan. Sekian Terima Kasih

BENDAHARI AFATS


TERLALU BANYAK NOSTALGIA RAHSIA AFATS 6



TERLALU BANYAK NOSTALGIA RAHSIA BUDAK AFATS NI RUPANYA ?

Rujuk Perjumpaan Hari Raya di Kediaman Jai pada 16 Okt 2007.
Jai, Zul, Adka, Hj Radhi, Hj Dollah, Fadzil, Harim, Zaini, Alias Md Zain dan Dr Hassan.

Tatkala bersua dengan rakan skot tertentu sahaja beberapa cerita terhambur,
Peti rahsia pasti dah penuh dengan rahsia-rahsia silam,
Bayangkan jika beberapa kumpulan mereka berjumpa,
Rahsia eksklusif pasti ada, mereka seberapa bolih tidak menyinggung hati mereka yang ada sentimen.

Who am I !
Kisah pertemuan pertama sejak berpisah dengan skot lama,
Pelbagai reaksi berlaku dalam mengimbau kembali who am i,
Terhadap diri saya kata mereka dulu handsome, tetapi sekarang kenapa jadi macam ini ?
Terlalu besar perubahan berlaku terhadap saya sendiri,
Ya, ada yang sangka saya ni cina mana pulak depan mereka,
Maklumlah dah terlalu lama ta jumpa, Mohamad Fadzil Majid, dulu pemain hoki AFATS sebagai full back mantap.

Di tanya siapa saya, dia ta ingat, tanya siapa pemain right inside, pun dia tak kenal, sebenarnya saya pun ta perasan siapa Pak Lebai berketayap ni,
Matanya tidak menegur saya yang disangkanya cina kontraktor,
Sehingga Hj Radhi mengumumkan saya anak RSM, ta kan hang ta ingat. Dan Adka kata Zul anak Malik. Dan App Senior Sjn hang la tu !

Barulah si Fadzil ni ingat dan datang bersalam semula sambil memeluk mesra. Aura badannya kembali terjana antara kami.

Bila aura terjana semula mengakibatkan beberapa lembaran nostalgia automatik terselak sehelai demi sehelai,

Fakta yang suram kembali jelas dalam ingatan. Sehinggakan nostalgia secara terperinci dapat dikisahkan semula.

Ramai lagi yang belum ditemui secara fizikal. Kalau nak di tulis terutama skot yang berkhidmat dengan TLDM dan TUDM dan yang berhenti awal.

Pasti sesi kalut malut ini berlaku dengan spontan merujuk trajedi rahsia eksklusif terhambur sambil merenung lama dari atas hingga ke kaki.

Kepada Fadzil pertanyaan saya cuma "ingat lagi dengan Hamidah?" Spontan jawabnya "haa, that when my turning point happen!". Semua ketawa kerana itulah satu-satunya mak we Fadzil untuk sekian lama di AFATS.

Haji Harim dengan suara kuatnya muncul dengan ketayapnya, dahulunya sprinter 100 dan 200 meter, pelari 4 x 100m sekali dengan Fadzil. Yang tinggal kini katanya, "aku beri pada hang lah, kau beri aku 10 meter lari dahulu pun aku ta kejar dah".

Berbincang tentang kawan-kawan yang buat hal sesama skot, timbullah kisah yang berbentuk semakan fakta. Akhirnya antara kami ingat mengingati kerana keadaan diluar kemampuan untuk dibantu. Kita tidak mahu kawan makan kawan. Doa kita tetap mengharapkan mereka ini kembali waras dan bercantum dengan kami kembali.

Harim dengan kisah terpaksa balik ke AFATS berjalan kaki dari Panggung wayang Goh Wee Port Dickson. Ikut pantai elakan malu dengan bakal bapa mertua (tatkala itu). Akibat janji dimungkiri kawan untuk belanja dia tonton wayang. Sedangkan duit tiada. Sampai di Goh Wee kawan telah massuk panggung. Terpaksa balik sendiri dari menunggu kawan keluar panggung 3 jam kemudian.

Abdullah dengan kisah dihukum berlari balik dengan FSMO dari Sua Betong ke AFATS. Dihantar dengan bas hidung EME School atas kesalahan tertangkap hisap rokok sebagai orang terakhir dalam perkongsian sebatang rokok. Kisah fly ikut pagar Sek Keb Si Rusa sebelah AFATS ikut lubang pagar kes budak awam curi jeans. Dating tengah malam hingga di kepong abang-abang mak we sendiri. Siapa yang membekalkan rokok 3 5 kepada Dollah. Semua ini dah terbongkar secara eksklusif.


ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)
H/Phone 012-3466021( 24 jam)

Thursday, October 11, 2007

SEJARAH PASUKAN BOLA AFATS


Asalamualaikum Brader semua,

Kali ini saya nak buka cerita pasal bolasepak pula, dulu brader semua dah kenal pasukan rugby AFATS yang pertama kan? kali ni terasa nak tulis panjang sikit.

Al-kisanya............

Sejak mula-mula AFATS ditubuhkan pada tahun 1968 dulu tu AFATS tak ada pasukan bola yg "proper" yg boleh diketengahkan. Masa tu sekolah-sekolah lain kat PD tu... fullamak.!!.. punyalah eksyen, dia orang ada team bola, kita tak ada..... depa lawan sana.. depa lawan sini, kita??? tengok saje... kesian..........

Khabarnya, masa tu (sebelum 1970) brader-brader sinior tu cuma main-main bola je masa game petang, dan masa tu pulak tak ada seorang pun jurulatih yang boleh "coach" dia orang. Tetapi bila masuk je intake 3 pada tahun 1970 semangat brader-brader senior tu tiba-tiba naik meluap-luap, agaknya brader-brader tu segan kut bila kami (intake 3) yg kecik-kecik ni asyik bagi satu macam punya jeling je kat dia orang?? khabarnya yg paling dia orang tak tahan adalah jelingan dari Brader Ahmad Hj Daud (dia ni asal pandang je kat senior tu mesti jeling satu macam je).

Maka dengan permuafakatan beberapa orang brader senior tu dia orang pun tubuhkanlah satu pasukan bola sepak tanpa "coach", mereka terdiri dpd:


1. App/Cpl Munawar ( Ketua Pasukan)
2. App/Cpl Dahlan (Penolong Ketua)
3. App/Sgt Mokhtar Muda
4. App/Sgt Amin Zubir
5. App/Sgt Shafei
6. App/Snr/ Sgt Hashim Bahari
7. App/Cpl Othman
8. App/Cpl Wahab
9. App/Cpl Mokhtar Sulong
10. App Zawawi
11. App Alias
12. App Azmi
13. App Hamdan A. Rahman
14. App Hamzah


Mereka aturkan perlawanan sendiri, walau pun masa tu jurulatih-jurulatih buat tak kisah je kat dia orang ni. First-first lawan je, dia orang sapu sekolah Chung Hwu PD 18-0, pas tu dia orang lanyak SMI PD 8-0..... lepas tu AFATS tak bagi can lagi dah, lanyak sana, lanyak sini..... habis berterabur semua. Lepas tu barulah terbeliak biji mata semua jurulatih, maka team ni pun dapatlah latihan yg "proper"dan seterusnya AFATS menuju kejayaan menjadi johan Daerah PD.

Lupa nak cerita tadi, ha.. pasukan bola AFATS ni turut di geruni dek pakaian mereka juga, apa tak nya... jersi AFATS memang kelas, satu lagi yg buat budak-budak sekolah lain respek ialah boots budak AFATS. Semua pemain memakai boots, budak sekolah lain ada yang pakai kasut getah sekolah je bukan semua ada boots. Dahlah tu boots budak AFATS semua nya kalau beli kat kedai biasa mahal tak mampu mereka nak beli, budak AFATS masa tu beli boots kat NAAFI (sekarang PERNAMA), murah je ADIDAS Laplata ke ADIDAS Inter ke cuma lebih kurang RM28.00 je kat NAAFI, kalau tak ada model yg di kehendaki NAAfi orderkan kat England, itu model dulu-dulu, sekarang tak tahulah saya agaknya mahu RM300-400 sepasang ye?...elaun RM30.00 cukup ke????

Ok lah kita sambung, berkat ketekunan mereka pasukan AFATS telah berjaya memasuki pertandingan akhir kejohanan bola sepak bawah 20 tahun peringkat negeri, AFATS berjaya menjadi JOHAN bersama dgn Sekolah Tengku Mahmud Seremban.


SENARAI PERTANDINGAN

PERINGKAT DAERAH PD

24.2.70 AFATS Vs CHUNG HWA menang 18 - 0
26.2.70 AFATS Vs SMI PD menang 8 - 0


PERINGKAT NEGERI

6.3.70 AFATS Vs KGV (S/Akhir) menang 4 - 0
10.3.70 AFATS Vs TMS (Akhir) Seri 2 - 2

PERLAWANAN PERSAHABATAN

AFATS Vs MMTS menang 8 - 2
AFATS Vs SEME menang 5 - 2
AFATS Vs 4 Woksyop menang 3 - 1
AFATS Vs SMI PD menang 4 - 2
AFATS Vs Medical Staff Terendak menang 8 - 2
AFATS Vs RMC kalah 1 - 5

Note: Dengan RMC tu brader senior kata memang kena bagi dia orang menang sebab budak-budak RMC tu merayu-rayu kat brader kita sebelum perlawanan kalau dia orang kalah
dia orang kena lompat katak dari PD balik Sg. Besi, menangis-nangis dia orang !!! habis camno? kenalah bagi can kat dia orang, lagi pun dia orang kan tetamu, mesti dihormati.... maka kenalah kalah.........

Sekian, lain kali saya cerita kisah lain pulak.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Kepada semua abang-abang dan adik-adik brader.

Coretan: Brader AZIZAN


Tuesday, October 09, 2007

PANTUN RAYA AFATS UNTUK BRADER



PANTUN RAYA UNTUK BRADER2 KU DISETIAP NEGERI YA...LOVE U ALL....ALL MY BRADER FRIENDS...MAAF ZAHIR & BATINPANTUN RAYA NEGERI2

Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu.. .

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur. ..

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...

Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sabda Nabi S.A.W ."Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." "Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lainnya "

T.Q. ALLAH S.W.T.Salam LailatulQadarMencari redha

MUMOHD FAUZI ABDULLAH & KELUARGA
530561
iNTAKE SEKUPANG JE !!"MAAF DZAHIR & BATIN"

Thursday, October 04, 2007

KESEDARAN DIRI YANG POSITIF



Kesedaran Diri Yang Positif

Orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran yang lebih, mereka sentiasa mempamer dan mempraktikkan kesedaran diri yang positif. Mereka tahu dan kenal pasti siapakah diri mereka yang sebenarnya. Pada tahap dan taraf kehidupan manakah mereka berada ketika ini dan kemanakah haluan dan arah tujuan mereka.

Mereka juga sentiasa sedar betapa sedikitnya dan betapa ceteknya pengetahuan mereka tentang ilmu keduniaan dan akhirat. Mereka sentiasa berkeinginan untuk belajar menambah ilmu pengetahuan. Mereka juga sentiasa mengimbangi di antara dunia dan akhirat.

”Bekerjalah untuk (kehidupan) dunia kamu seperti kamu hidup selama-lamanya dan bekerjalah (amal ibadat dan kebaikan) seperti kamu akan mati esok hari”.

- Hadis

Manakala orang yang bakal gagal adalah orang yang tidak sedar atau tidak mahu mengetahui keadaan disekelilingnya. Mereka juga tidak sensitive terhadap kehendak atau perasaan orang lain. Apa yang paling menyedihkan ialah mereka tidak sedar akan penglibatan diri sendiri terhadap kehidupan dan masa depan.

Mereka terdiri daripada golongan yang berfikiran sempit, dingin dan tertutup pemikiran mereka terhadap peluang baru yang terbuka luas di hadapan mata.

Mereke ini sentiasa berada dalam kerugian, keluhan dan penyesalan, Ini menunjukkan mereka tidak jujur pada diri sendiri.

KESEDARAN POSITIF

· Fikiran terbuka
Kesedaran diri yang positif bermaksud kita berfikiran terbuka. Apakah kita seorang yang berfikiran terbuka? Apakah kita memandang kehidupan ini melalui kaca mata ibu bapa kita? Apakah kerana mewarisinya sikap prejudis daripada keturunan kita atau sikap itu terbentuk dengan sendiri?

· Penuhi potensi diri
Kesedaran diri yang positif juga bermaksud menyedari setiap insane di dunia ini mempunyai hak yang sama untuk memenuhi potensi dirinya sendiri.

· Individu unik
Kita menerima hakikat setiap insane merupakan individu yang unik. Tidak ada seorang pun yang serupa walaupun mereka bersaudara kembar. Kita berbeza darisegi pemikiran, perasaan dan tindakan.

Maka wajarlah sekiranya kita selalu mendengar orang berkata, “kita susah nak ngam”, susah nak sesuai dengan orang. Apa yang perlu kita inat bahawa kita perlu menyesuaikan diri, adapt, adjust dan conform dengan pelbagai orang, keadaan dan situasi dan bukan sebaliknya.

· Jujur terhadap diri sendiri
Kesedaran diri yang positif juga bererti jujur terhadap diri sendiri dan orang lain. Kita berjanji kepada diri sendiri untuk melakukan sesuatu, seperti bertaubat hendak berhenti melakukan kejahatan.

· Terima hakikat
Kita juga berupaya memahami dan merasai perasaan orang lain yang disebut sebagai empati. Manakala simpati pula kita dapat merasai untuk orang lain.

Untuk mengatasi masalah tersebut, cuba kita soal diri kita sendiri dengan soalan-soalan begini:

Adakah kita suka mempunyai ibu bapa seperti diri kita ini jika kita ini jadi anak-anak?
Adakah kita suka mempunyai guru seperti kita ini jika kita adalah anak muridnya?
Adakah kita sendiri suka mempunyai isteri seperti diri kita ini sekiranya kita ini jadi suami?
Adakah kita suka dan bahagia mempunyai suami seperti diri kita ini sekiranya diri kita ini seorang isteri?
Adakah kita gembira dan senang hati mempunyai menantu seperti diri kita, jika kita ini menjadi mertua?
Adakah kita suka mendapat majikan seperti diri kita ini, jika kita sebagai pekerjannya?

Cuba kita bayangkan bagaimana keadaannya jika kiri kita berada di tempat mereka dan rasailah situasinya. Mungkin kita tidak rela, malahan kita tidak sanggup.

Anak kunci kejayaan kepada kesedaran diri yang positif ialah kita mesti belajar bagaimana cara bertenang dan terus bertahan dengan pelbagai kesulitan dan masalah hidup seharian yang kita tempohi. Kita rela dan mangganggapnya sebagai lumrah.

Kita tidak perlu mengambil pil perangsang, dadah ataupun mencari jalan keluar yang termudah bagi meredakan segala tekanan emosi serta melenyapkan perasaan hampa dan gagal. Tindakan ini tidak natural dan boleh memudaratkan kesihatan dan fizikal kita.

Janganlah kita overreact terhadap sesuatu yang belum terjadi dan melayan api kemarahan yang menyala-nyala sehingga kita mengalami masalah seperti migraine, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Kita mesti sedar bahawa kita mempunyai segala keupayaan dan kelengkapan untuk bertindak dan mencabar potensi diri kita.

Kita jadikan saat ini sebauka penglihatan kita terhadap pelbagai peluang dan alternative yang ada disekeliling hidup ini.

Dengan sendirinya segala persekitaran kita kan turut berubah jika kita mengubah sikap dan pemikiran kita. Kita perlu buangkan segala pengaruh negative yang sukar diubah. Kita perlu menyesuaikan diri ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

“Anda menjadi seperti apa yang anda fikirkan. Bagi menukar keputusan, tukar pemikiran, perasaan dan tindakan”.


RINDU MENGGILA





RINDU MENGGILA

KEMBAR 60 LAIN EMAK BERASINGAN BAPA
DI DODOI ADUNAN MAHLIGAI BERBEZA
TETAP BEBAS MEMILIH DUNIA
SI RUSA GELANGGANG DEWASA KITA
3 MUSIM PERGURUAN ANTARA PINTU SYURGA

SENDA GURAU PENTASNYA MELATA
IKUT MANA SUKA
KETAWA
SENGKETA
MENGATA TIDAK MEMBAWA BENCANA
DARAH DAGING KITA
LEMAK URAT KITA
TULANG BELULANG DIGUMPAL
SEDIA MENGEMBARA MELATA PELUSUK DUNIA

TERDUGA DAN SENDIRI DIDUGA
SALAH SIAPA SUMBANG LANGKAH KITA
TETAP HUKUMNYA DOSA PAHALA
RAWATANNYA ISLAM CARA HIDUP KITA

JAUH DEKAT PERANTAUAN YANG TIDAK MUNGKIN SERUPA
HENTIAN LEBUHRAYA KITA JUGA DISANA
DALAM HATI NAMPAK JELAS NYATA ZAHIRNYA SELURUH BENUA
MEMBISIKAN RINDU BUKAN KEKASIH
SEKADAR SAYANG KITA KERANA ALLAH
SEDAR KITA DIAKHIR USIA
AFATS JEMAAHNYA RINDU MENGGILA
PENGUBATNYA SELALU BERMESRA
KITA SENTIASA SERUPA JIWA RAGA



AJOI KOLOPILAH



AFATS BERI DERMA RUMAH ANAK YATIM




Terima Kasih Nal,

Semalam saya tak sihat, Dr suspect Gaut, ambil darah for checkup. Besok tau result. Dah kena banyak pantang. Dah lah satu alat dah kurang dalam badan (x-hempedu) kini kena lah tak boleh makan itu ini. Tapi degil!!.

Ni ada gambar lagi, rumah anak2 yatim piatu yang saya sampai derma (collection) hari itu sebanyak RM400.00. Rumah anak2 yatim piatu ini terdiri dari anak2 India muslim dan saudara baru. Pengerusi nya dah berusia En. Aram" Abdul Subhan HP:012-3073 786. di Puchong Saujana. Kami di Kelana Jaya bila ada ceramah Agama & makan kami menjemput mereka bersama. Usia mereka antara 21-5 tahun mereka berlari menyambut kedatangan saya dengan memberi salam & berjabat tangan. Terharu saya melihat kedaifan tempat mereka. Pengerusinya bercadang membena satu tempat tetap yang akan di bantu oleh pihak2 tertentu & individu, nantilah saya scan the broucher.

Selamat menunaikan solat Tarawih semoga memdapat satu malam yang lebih baik 1000 bulan. (Mlm Lailatulkadar) .

Wassalam


Brader Lani Ishak