Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Thursday, October 11, 2007

SEJARAH PASUKAN BOLA AFATS


Asalamualaikum Brader semua,

Kali ini saya nak buka cerita pasal bolasepak pula, dulu brader semua dah kenal pasukan rugby AFATS yang pertama kan? kali ni terasa nak tulis panjang sikit.

Al-kisanya............

Sejak mula-mula AFATS ditubuhkan pada tahun 1968 dulu tu AFATS tak ada pasukan bola yg "proper" yg boleh diketengahkan. Masa tu sekolah-sekolah lain kat PD tu... fullamak.!!.. punyalah eksyen, dia orang ada team bola, kita tak ada..... depa lawan sana.. depa lawan sini, kita??? tengok saje... kesian..........

Khabarnya, masa tu (sebelum 1970) brader-brader sinior tu cuma main-main bola je masa game petang, dan masa tu pulak tak ada seorang pun jurulatih yang boleh "coach" dia orang. Tetapi bila masuk je intake 3 pada tahun 1970 semangat brader-brader senior tu tiba-tiba naik meluap-luap, agaknya brader-brader tu segan kut bila kami (intake 3) yg kecik-kecik ni asyik bagi satu macam punya jeling je kat dia orang?? khabarnya yg paling dia orang tak tahan adalah jelingan dari Brader Ahmad Hj Daud (dia ni asal pandang je kat senior tu mesti jeling satu macam je).

Maka dengan permuafakatan beberapa orang brader senior tu dia orang pun tubuhkanlah satu pasukan bola sepak tanpa "coach", mereka terdiri dpd:


1. App/Cpl Munawar ( Ketua Pasukan)
2. App/Cpl Dahlan (Penolong Ketua)
3. App/Sgt Mokhtar Muda
4. App/Sgt Amin Zubir
5. App/Sgt Shafei
6. App/Snr/ Sgt Hashim Bahari
7. App/Cpl Othman
8. App/Cpl Wahab
9. App/Cpl Mokhtar Sulong
10. App Zawawi
11. App Alias
12. App Azmi
13. App Hamdan A. Rahman
14. App Hamzah


Mereka aturkan perlawanan sendiri, walau pun masa tu jurulatih-jurulatih buat tak kisah je kat dia orang ni. First-first lawan je, dia orang sapu sekolah Chung Hwu PD 18-0, pas tu dia orang lanyak SMI PD 8-0..... lepas tu AFATS tak bagi can lagi dah, lanyak sana, lanyak sini..... habis berterabur semua. Lepas tu barulah terbeliak biji mata semua jurulatih, maka team ni pun dapatlah latihan yg "proper"dan seterusnya AFATS menuju kejayaan menjadi johan Daerah PD.

Lupa nak cerita tadi, ha.. pasukan bola AFATS ni turut di geruni dek pakaian mereka juga, apa tak nya... jersi AFATS memang kelas, satu lagi yg buat budak-budak sekolah lain respek ialah boots budak AFATS. Semua pemain memakai boots, budak sekolah lain ada yang pakai kasut getah sekolah je bukan semua ada boots. Dahlah tu boots budak AFATS semua nya kalau beli kat kedai biasa mahal tak mampu mereka nak beli, budak AFATS masa tu beli boots kat NAAFI (sekarang PERNAMA), murah je ADIDAS Laplata ke ADIDAS Inter ke cuma lebih kurang RM28.00 je kat NAAFI, kalau tak ada model yg di kehendaki NAAfi orderkan kat England, itu model dulu-dulu, sekarang tak tahulah saya agaknya mahu RM300-400 sepasang ye?...elaun RM30.00 cukup ke????

Ok lah kita sambung, berkat ketekunan mereka pasukan AFATS telah berjaya memasuki pertandingan akhir kejohanan bola sepak bawah 20 tahun peringkat negeri, AFATS berjaya menjadi JOHAN bersama dgn Sekolah Tengku Mahmud Seremban.


SENARAI PERTANDINGAN

PERINGKAT DAERAH PD

24.2.70 AFATS Vs CHUNG HWA menang 18 - 0
26.2.70 AFATS Vs SMI PD menang 8 - 0


PERINGKAT NEGERI

6.3.70 AFATS Vs KGV (S/Akhir) menang 4 - 0
10.3.70 AFATS Vs TMS (Akhir) Seri 2 - 2

PERLAWANAN PERSAHABATAN

AFATS Vs MMTS menang 8 - 2
AFATS Vs SEME menang 5 - 2
AFATS Vs 4 Woksyop menang 3 - 1
AFATS Vs SMI PD menang 4 - 2
AFATS Vs Medical Staff Terendak menang 8 - 2
AFATS Vs RMC kalah 1 - 5

Note: Dengan RMC tu brader senior kata memang kena bagi dia orang menang sebab budak-budak RMC tu merayu-rayu kat brader kita sebelum perlawanan kalau dia orang kalah
dia orang kena lompat katak dari PD balik Sg. Besi, menangis-nangis dia orang !!! habis camno? kenalah bagi can kat dia orang, lagi pun dia orang kan tetamu, mesti dihormati.... maka kenalah kalah.........

Sekian, lain kali saya cerita kisah lain pulak.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Kepada semua abang-abang dan adik-adik brader.

Coretan: Brader AZIZAN


No comments: