Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Saturday, January 19, 2008

BUKAN CERITANYA TAPI PELAJARANNYA

Kita utarakan sebahagian babak kisah waktu petang di Afats yang kita dapat bayangkan melalui gambar dalam blog sedia ada. Terima kasih kepada yang mengeluarkan kembali gambar kenangan tersebut.
Teruja saya bukan kerana ramai yang suka membaca tetapi kerana tiada nostalgia paling indah melainkan waktu kita sedang membesar (our big turning point in our life).
Menjelang habis waktu kelas (naik taraf - kuliah) yang kurus menulang terus balik ke bilik dengan berlenggang. Berlenggang sebab jarang-jarang bakal pejuang muda ini membawa buku balik ke asrama (kita panggil 'blok') sebab urusan akedemik diterapkan hanya dilakukan dalam kelas. Yang mendaging pula biasa singgah di kentin atau lalu ditepi dewan makan/rumah masak. Pekena teh atau kopi ala Coffee Bean, trend tu. Yang tidak berbakat dalam sebarang sukan atau bersemangat untuk belajar, tinggal lewat dalam kelas. Salah seorang adalah App Tajuddin (Intake 6). Wallah Wa'alam, samada dia nak jadi pandai atau keliru saban hari, dia sahaja yang tahu.
Waktu Sukan (game parade) wajib hadir kerana NCO Bertugas akan memastikan wisel dibunyikan untuk berbaris bagi acara sukan pilihan masing-masing. Biasa perantis yang kaki sukan majoritinya nakal tersendiri. Mereka ini tahu tetapi saja mengambil cabaran disiplin harian. NCO's Bertugas terpekik terpekau memanggil tetapi apakan daya yang di pekik dan dipekau tu semua skot sendiri, yang junior biasanya patuh kerana hormatkan senior.
Sukan ni pelbagai pilihan, sukan gelanggang atau sukan padang. Yang otot berketul-ketul tu sukan padang, manakala yang jari tangan sahaja berketul tu giat dalam sukan gelanggang. Yang tulang atau daging berketul-ketul tu sukan sorak. Lepas baris masuk semula ke blok. Yang handsome terus ke kedai simpang sukan dagu makan roti canai dengan teh tarik. Murah harga tidak cecah $1.00 pun.
Tengah padang riuh rendah manakan tidak semua sukan padang main dalam padang yang sama iaitu padang Si Rusa. Sukan Bola Sepak, Hoki dan Ragbi dimuatkan sekali. Bukan perantis Afats sahaja termasuk Perajurit JLJ sama. Digelanggan Tenis dekat Makmal Sains riuh dengan pemain 'volley ball' dengan Brader Samad (intake 4) paling tinggi. Tangan melempai. Pergi masa sendiri balik lompat katak sampai ke blok. Panas lutut. Purata perantis yang bersukan 70% manakala 30% main sukan dagu, lidah dan sukan mata.
Habis bersukan mandi untuk ke Dewan Makan, pakaian mesti kemas kecuali mereka yang diberikan kelonggaran untuk makan petang berpakaian sukan. Pastinya yang senior (tahun 3) mengamalkan kaedah pengswastaan dalam perkara makan. Lepas makan waktu ulangkaji pelajaran (prep hours) di bilik kuliah masing-masing hingga jam 2200. Bilik kuliah ni pun terdapat adegan-adegan tertentu berlaku. Episod berasingan nanti. Lepas prep hours, Balik ke blok rehat, persiapan untuk esok hari dan Revaly dan 'standby bed' untuk junior. Pemeriksaan kehadiran semua junior, pakaian dan kesihatan dilakukan. Cantiknya kuku pun diperiksa, celah peha untuk elakkan kurap dan telinga untuk jelas pendengaran.
Lepas revally masa untuk tidur dalam kelambu, bukan luar kelambu. Brader senior yang menjadi ketua blok memasstikan pematuhan untuk tidur berlaku dan lampu dipadamkan tepat jam 2300. Kecuali bilik air. Di sinilah junoir membaut kerja yang tertangguh antara lainkilat kasut, basuh baju dan gunting rambut.
Lena habis perantis Afats tanpa runsing hingga pagi jam 0530.

No comments: