Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Saturday, January 19, 2008

NOSTALGIA BUDAK AFAT DALAM BERCINTA

Bukan semua kasanova dan bukan semua bercinta. Nama mereka tidak ramai boleh dikira wakil setiap intake. Coretan ini berkisar semasa saya di Afats tanpa niat memburukkan sesiapa. Jika tidak disebut pun kita semua sudah tahu.
Ada yang gembira jika x country melalui Kampung Sawah. Ada yang suka jika x country laluan pantai. Ada yang berlari untuk menang. Ada yang berlari hilang .... balik berjalan. Ada yang berjalan melencong entah kemana. Sampai di Afats pun kira-kira menang juga.
Yang champion adalah bila wisel berbunyi untuk x country, 10% hilang x country laluan terus dalam bilik. Selalunya x country berlaku hari Jumaat sebab esoknya adalah hari Latihan Ketenteraan.
Yang sihat mencari sakit untuk bekalan esok hari berjumpa doktor di RSAT bawa Borang BAT D 42 (Borang Lapor Sakit) warna Merah. Yang bakal menjadi Jenderal sekarang ni menggosok baju PD Green, kilat Kasut dan kilat Buckle (tembaga) tali pinggang kawad. Mereka yang dijadualkan untuk Latihan Senjata (SLR) menyiapkan webbing equipment bagi Latihan Senjata. Yang mahal tu lipat dan gulung ponco diikat dibelakang tali pinggang patent 40 bukan patent 70. Webbing macam labah-labah tu. Pakai 'jungle boots' bukan 'combat boots' .
Jika jadual gotong royong, pakaian yang paling cantik iaitu fatique order (baju PT hijau, seluar PT Biru dengan stokin wool, kasut hockey boots dan jungle hat hijau. Jungle hat tu square, hebat. Ingat ke kita bancuh gam guna tepung ubi untuk keraskan jungle hat dengan tuangannya mess tin, jemur sampai kering dan keras. Lepas tu di gosok dengan sterika. Ha ............ . ha.......... ..... hebat.
PLKN 3 tahun ..... yelah dasar latihan waktu itu 5% kecederaan tanpa Lembaga Siasatan. Atau bahasa askarnya wright off.

No comments: