Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Wednesday, September 02, 2009

Kelakuan Buruk Di Jalan Raya Bermula Di Sekolah
A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

NEGERI China. Sun Weiming, seorang eksekutif, dijatuhkan hukuman mati. Di Negeri itu, hukuman mati dijalankan dengan tembakan di kepala dari jarak dekat. Baru-baru ini kaedah suntikan racun diperkenalkan.

Kesalahan Sun Weiming adalah menyebabkan kematian empat orang ketika memandu dalam keadaan mabuk. Hanya ganti rugi dan pengampunan daripada keluarga mangsa boleh menyelamatkan nyawa beliau. Se perempat daripada 265,000 kemalangan jalan raya di Negeri China sepanjang tahun ini disebabkan oleh pemandu mabuk.




Menjalankan hukuman mati di Negeri China

Malaysia lebih kecil daripada negeri China dan sama ada mabuk atau tidak, purata seramai 18 pengguna jalan raya maut setiap hari. Pada tahun 2007 sebanyak 393,319 kemalangan jalan raya dilaporkan, meningkat 72.2 peratus daripada tahun sebelumnya.

Pelbagai kempen dan operasi diadakan, tetapi nampaknya tahap kecekapan memandu dan tatatertib di jalan raya tidak bertambah baik.

Yang terakhir cuba membantu menjadikan jalan raya lebih selamat adalah syarikat Plus Expressway Berhad (PLUS). Ia telah melancarkan inisiatif yang diberi nama Malaysians United for Road Safety atau Mufors.

Mufors mempelawa dan menggalakkan orang ramai dan pertubuhan menjadi rakan dalam usaha ini. Untuk tujuan itu, Plus telah membuka laman web http://www.090909.org.my/ bagi membolehkan orang ramai mengambil bahagian.

Salah satu program kempen ini adalah mendapatkan seramai mungkin membuat ikrar menyokong dan menghormati Hari Keselamatan Jalan Raya pada 9 September ini.

Saya kata baguslah. Sebagai orang lama yang mula memandu sejak tahun 1969 dan pernah memandu di beberapa negara maju, saya terpaksa terus terang mengatakan kemahiran memandu, pengetahuan mengenai kenderaan dan akhlak di jalan raya telah merosot dengan begitu teruk.

Ini bukan kerana bilangan kenderaan yang semakin banyak, tetapi kerana orang yang memandu dan menaiki kenderaan semakin jahil justeru itu tidak peduli mengenai aspek-aspek keselamatan, undang-undang dan akhlak di jalan raya. Macam beri parang atau senapang kepada orang yang tidak tahu menggunakannya.

Kelajuan tidak membunuh (speed does not kill). Yang membunuh adalah kejahilan mengenai kenderaan dan pemanduan.

Tengok saja bagaimana kereta bernombor plat Pulau Pinang sentiasa berada di lorong kanan (lorong laju) walaupun dipandu dengan perlahan. Bila kita beri lampu isyarat hendak memotong, dia buat bodoh saja. Kalau kita beri lampu, lagilah dia memperlahankan keretanya.

Dan tuan-tuan Polis dan JPJ, mana ada bas dan lori yang dipandu 90km sejam di lebuh raya seperti diwajibkan? Ada bas yang dipacu sehingga 150 atau 160km sejam tuan!

Sifat buruk dan tumpah darah di jalan raya ini bermula di rumah dan dimantapkan oleh sistem pendidikan. Mana ada ibu bapa, pegawai pendidikan, guru besar, guru disiplin dan anggota polis yang peduli murid sekolah rendah menunggang motosikal ke sekolah?

Sudahlah kempen keselamatan jalan raya diambil sambil lewa. Zaman saya dulu latihan keselamatan jalan raya dan Shell Traffic Game wajib. Kita diajar stop, look, go. Kita diajar pandang kanan, pandang kiri dan pandang kanan lagi barulah melintas jalan raya. Sekarang pejam mata dan lintas.

Pergi sajalah ke sekolah luar bandar dan pinggir bandar, ratusan murid yang belum sampai umur memandu sudah menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen dan dengan tidak memakai topi keledar. Tidak hairan kalau antaranya anak polis, anak pegawai JPJ dan anak cikgu.

Daripada menunggang secara haram inilah merebaknya “budaya” Mat Rempit yang terbawa-bawa apabila mereka memandu kereta, bas dan lori. Jadi apalah yang kita nak hairankan sangat kalau 18 orang mati setiap hari di jalan raya.

Malangnya pemandu dan penunggang durjana ini turut membunuh orang yang tertib di jalan raya dan pihak penguatkuasaan serta kehakiman masih tidak menampakkan kesungguhan untuk menghukum berat pembunuh jalan raya ini.

Kelajuan tidak membunuh. Kelalaian membunuh (speed does not kill. carelessness does).
Posted by A KADIR JASIN at 12:22 PM 30 comments

No comments: