Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Monday, November 10, 2008

MEMBINA SEBUAH KEYAKINAN




MEMBINA SEBUAH KEYAKINAN

Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuhu,


Menurut hadis qudsi:

Allah s.w.t. berfirman kepada malikatNya: “Lihatlah kepada orang yang menziarahi rumahKu. Sesungguhya mereka telah mengunjungi Aku, hingga kusut masai dan penuh debu.”

Hadis Qudsi riwayat Hakim dan Abu Hurairah

Rasululuah s.a.w. bersabda : “Orang –orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Jika mereka berdoa memohon kepada-Nya, nescaya diperkenankan dan jika mereka memohon keampunan kepada-Nya, nescaya mereka akan diampunkan-Nya.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurarirah)

Doa Tawaf Ke-4

“Ya Allah, kurniakanlah haji yang mabrur, Sa’i yang diterima, dosa yang diampuni, amal soleh yang diterima dan usaha yang tidak akan mengalami rugi. Wahai Tuahn Yang Maha Mengetahui apa-apa yang tersimpan dalam hati sanubari. Keluarkanlah aku dari kegelapan ke cahaya yang terang benderang. Ya Allah, aku mohon pada-Mu segala hal yang mendatangkan rahmat-Mu dan segala ampunan-Mu, terhindar dari segala dosa dan beruntung dengan mendapat pelbagai kebaikan, beruntung memperoleh syurga, terhindar dari seksa neraka. Tuhanku, puaskanlah aku dengan anugerah yang telah Engkau berikan, berkatilah untukku atas semua yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantilah apa-apa yang hilang dari ku denga kebajikan dari-Mu.”

Mari bina keyakinan diri dan berkeyakinan dengan janji Allah sesuai dengan sabda Rasululullah s.a.w. bahawa doa-doa di tanah Haram Mekah itu akan termakbul. Dan benarlah Rasulullah s.a.w. kerana biacaranya adalah wahyu sesuai dengan firman Allah s.w.t. ‘WA MA YANTHIQU ANIL HAWA ILLA WAHYUN YUHA’(Dan tidaklah dia (Muhammad) bercakap dengan nafsu, kecuali kata-katanya itu adalah apa yang diwahyukan kepadanya).

Marilah bina keyakinan untuk kita bersikap positif di dalam hidup dan setelah kita berkerja kita memohon doa kepada Allah. Kita sewajarnya berlapang dada dengan apa yang telah diberikan dan apa yang tidak diberikan di dalam hidup kita. Di samping sikap qanaah (berpada ) dengan apa yang Allah berikan kita masih tidak berputus asa untuk memohon apa yang kita hajatkan di dalam hidup di samping memohon keampunan-Nya. Hayatilah doa Tawaf ke-4 untuk memberi ketenangan sekiranya apa yang kita hajatkan tidak kesampaian. Mungkin ada hikmahnya. InsyaALlah, Allah akan kabulkan doa kita, kalau tidak sekarang, mungkin pada satu hari nanti.

Amin.



No comments: