Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Sunday, January 04, 2009

MENGAPA MATLAMAT PENTING?

Pencapaian matlamat adalah salah satu daripada langkah pertama dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa sebab mengapa matlamat menjadi amat penting dalam kehidupan seseorang, antaranya seperti berikut:

1. Memenuhi kehendak asas

Setiap perlakuan dan tindakan kita adalah berdasarkan maklumat. Matlamat menunjukkan arah dan tujuan kita untuk menghadapi kehidupan. Ini adalah satu kehendak psikologi yang asas bagi semua manusia, sama ada tua ataupun muda.

2. Asas menyalurkan masa, tenaga dan idea

Sistem matlamat dan objektif yang dirancang dengan betul boleh melancarkan segala kegiatan harian. Matlamat menghalang kita daripada mengikut jalan yang salah. Inilah amalan orang yang kuat imannya kepada Allah.

”Mereka beriman kepada Allah dan hari kemudaian, mereka menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang mengerjakan yang salah dan menyegerakan pekerjaan yang baik. Mereka itu termasuk orang yang baik-baik (soleh)”.

- al-Imran: 114

”Dan kebaikan-kebaikan apa saja yang mereka kerjakan, tidak akan diingkari Allah ganjarannya. Dan Allah itu mengetahui orang-orang yang memelihara dirinya (daripada kejahatan).”

3. Menwujudkan asas keyakinan dan kemajuan diri.

Apabila kita mula mencapai matlamat yang ditetapkan, maka akan timbul perasaan bangga dan yakin dengan kemajuan yang kita peroleh. Dengan itu, kita akan menetapkan matlamat yang lebih besar dan memiliki keyakinan dan kepercayaan yang sepenuhnya terhadap diri kita sendiri.

4. Membuat kehidupan lebih menarik dan menyeronokkan

Sesungguhnya kebahagian hidup terletak di tangan kita sendiri. Jika kita berjaya mencorak kehidupan yang lebih bermakna, maka kebahagiaan akan sentiasa berada di samping kita. Sebaliknya jika kita sentiasa berkata, Tiada apa yang boleh aku lakukan”’ maka sudah pasti kita menempah kegagalan.

5. Tulang belakang kepada sikap positif

Sikap mental yang positif adalah satu aset yang penting dalam pencapaian matlamat. Asas kepada pendirian positif pulak ialah penetapan matlamat. Kesimpulannya, sikap positif terletak di tengah-tengah penetapan dan pencapaian matlamat.

Apabila kita telah mempunyai matlamat, kita mesti mempunyai rancangan sebagai tindakan dan kemudiannya berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat tidak akan dapat dicapai hanya dengan angan-angan. Ia hanya akan menjadi kenyataan apabila diiringi dengan tindakan demi tindakan.

Dengan erti kata lain, kita mesti mengambil langkah-langkah yang positif untuk mencapai matlamat kita. Seorang pemimpin Perancis yang terkenal, iaitu Nepoleon Bonarparte pernah berkata, ”tidak ada perkataan `tidak boleh’ (impossible) dalam kamus aku,””

Dengan kata lain, wujudkan matlamat dan berusahalah secara positif untuk memburu kejayaan. Anggaplah tidak ada apa pun yang mustahil untuk dicapai.

”Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal, apakah pilihan dan tindakan anda?”

No comments: