Proton: Minda Kelas Dunia lwn Minda HP6
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
DALAM tampalan (posting) kali ini mari kita cuba jangan sentuh politik. Ini tentulah susah sebab di negara kita, politik adalah darah daging. Suka tak suka kita kena cakap.
Ada sebuah ungkapan dalam bahasa Inggeris yang menyimpulkan keadaan ini berbunyi, “can’t live with can’t live without.” Dalam bahasa Melayu lebih kurang “ada susah tak ada tak boleh.”
Namun, apa pun kita kata mengenai negara kita dan politiknya, kita sebenarnya berjaya dan masih bernasib baik.
Saya kata “masih” kerana kalau kita tidak berjaga-jaga, masanya akan tiba apabila kita tidak lagi bernasib baik. Masih membawa pengertian sementara.
Kita semua tahu kita kini dalam suasana ekonomi yang genting. Pendapatan kita merosot, kerja semakin kurang, pengangguran meningkat dan harga barang semakin naik.
Tapi orang asing terus berduyun-duyun datang – haram dan halal, dengan kapal terbang, kapal laut, perahu dayung dan berjalan kaki.
Proton Satria Neo 2000 beraksi
Proton Semarakkan Nama Malaysia
Dalam tampalan kali ini saya nak cakap mengenai prestasi amat memberangsangkan kereta Proton Satria Neo buatan anak negeri kita -- anak petani dan nelayan – dalam perlumbaan Intercontinental Rally Challange (IRC) di Rusia 9 hingga 11 Julai baru lalu.
Dalam perlumbaan siri Rusia berhampiran bandar raya Saint Petersberg itu, 15 pasukan mengemukakan kereta seperti Puegeot 206, 207 dan 306, Fiat Grande Punto, Skoda Fabia, Mitsubishi Evolution 7 dan 9, Honda Civic Super Type-R dan Volkswagen Polo Gti.
Proton Satria Neo yang dipandu oleh Guy Wilks dengan Phil Pugh sebagai penunjuk arah (navigator) mendapat tempat keempat selepas pasukan Skoda dan Fiat.
Sebagai pasukan yang baru menyertai dua perlumbaan IRC dengan memandu kereta buatan sebuah negara membangun serta berjaya mengalahkan jenama masyhur seperti Evo 9 (yang menjadi pilihan pemandu laju Malaysia), Honda dan Volkswagen, prestasi Proton Satria Neo Super 2000 amat memberangsangkan.
Orang Asing Puji Proton
Wilks sendiri amat berpuas hati dengan prestasi kereta yang dipandunya. Baca laporan berikut daripada laman web ircsereies.com:
“Wilks: Proton will get quicker
“Proton driver Guy Wilks believes that his Proton Satria S2000 can only get quicker, following his fourth place on last week’s Rally Russia: round six of the IRC.
“The double British champion suffered two punctures which kept him out of a possible third place. While he was pleased with the result, Wilks added that more was needed to get to the front of the field.
“It was great to be setting times quicker than the Abarths,” he said. “I’m pleased about that, particularly given the depth of development those cars have been through. But we still have a bit to find before we’re fighting the Skodas. The good thing is that we can find this time in the car, we’re not sat scratching our heads wondering how to make it faster. All we need is some time testing and we can be right up there.”
Minda HP6 Perlekeh Proton
Saya tidak tahulah orang lain, tetapi sebagai budak kampung yang membesar dengan mengenali jenama seperti Austin A40, Morris Minor, Volkswagen, Hillman, Ford, Opel dan Boughward saya sangat gembira dan terharu melihat dari TV Eurosport kejayaan kereta buatan anak bangsa sendiri.
Tataplah masukan (entry) berikut dalam lama web IRC/EuroSport mengenai kereta nasional kita yang begitu kerap dicaci dan diperlekeh oleh rakyat dan pembesar Malaysia yang berotak HPS (half-past six).
“Since producing its first car in 1985 Proton has risen through the ranks of automotive manufacturing and has now exported cars to the UK, Western Europe, The Middle East, China, South East Asia, and Australasia. The company also has a strong tradition of motorsport, having won the Production Car World Rally Championship title in 2002 with the Proton PERT. Proton has been the owner of Group Lotus since 1997: an iconic name from the past in motor racing, and the Malaysian manufacturer now enters the IRC with the acclaimed Satria S2000 car.”
Wilks kini menduduki tempat ke-15 daripada 34 pemandu yang disenaraikan dan Proton menduduki tempat kelima dalam senarai pengeluar.
Perhatikan fakta berikut. Malaysia, negara membangun mula mengeluarkan Proton pada tahun 1985. Puegeot mula mengeluarkan kenderaan bermotor pada tahun 1889, Fiat 1899, Skoda 1905, Mitsubishi 1917, Volkswagen 1933 dan Honda 1969.
Tahniah kepada Wilks dan Pugh. Tahniah kepada pasukan Proton Rally. Tahniah kepada anak bangsa yang mereka dan mengeluarkan Proton Satria Neo. Paling utama, tahniah kepada bapa Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad. Hanya jauhari mengenal manikam.
Kalau nak tahu apa yang tersirat di sebalik ungkapan half-past six, sila tengok jam yang berjarum dan lihat di mana letaknya jarum panjang pada jam enam setengah.

No comments:
Post a Comment