Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Tuesday, April 20, 2010

Lagi Wakil Rakyat PKR Keluar Parti
A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 17 April] -- CALON Hulu Selangor, BN P. Kamalanathan, PKR Mohd Zaid Ibrahim, bebas V. Chandran dan Johan Md Diah.

[Posting Asal]

IMEJ dan integriti PKR menderita satu lagi tamparan di saat-saat ia menghadapi ujian genting mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil 25 April ini.

Kecelakaan terakhir ini berlaku apabila Ahli Dewan Undangan Negerinya bagi kawasan Bakar Arang, Kedah, Tan Wei Shu, keluar parti dan mengisytiharkan diri Adun bebas.

Laman berita Malaysian Insider memetik Tan sebagai berkata dia keluar PKR kerana kecewa dengan kepemimpinan parti yang didakwanya telah memperalatkan beliau untuk kepentingan beberapa orang individu.

Tan, seorang pengamal perubatan tradisional Cina, digugurkan daripada Majlis Kerja (Exco) kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Pas 10 Mac lalu dan digantikan oleh Tan Show Kang, PKR Sidam.

Peletakan jawatan dua PKR dan seorang Adun DAP awal tahun lalu menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Dengan peletakan jawatan Tan, PKR sudah kehilangan lima kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen sejak pilihan raya umum 2008, termasuk sebuah akibat pemecatan iaitu Kulim Bandar Baru apabila Zulkifli Nordin disingkirkan atas tuduhan melanggar disiplin parti.

Ini tidaklah menghairankan kalau kita sedari asal usul PKR. Ramai wakil rakyat PKR terdiri daripada pelompat parti dan mereka yang mempunyai ideologi, matlamat dan cita-cita yang berlainan dan bertentangan.

Serentak itu, bilangan pengasas asal parti itu yang terdiri daripada penyokong setia Anwar Ibrahim dan penggerak Reformasi sudah menjadi kelompok minoriti.

Kumpulan yang lebih menonjol dalam PKR kini adalah pelompat-pelompat dari BN, bekas tokoh-tokoh korporat naungan BN dan individu yang mempunyai agenda peribadi.

Bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, PKR dilaporkan akan meletakkan bekas pembesar Umno yang juga Menteri Kabinet Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Zaid Ibrahim, manakala BN akan mencalonkan Ketua Perangan MIC, P Kamalanathan.

Nota kaki: Tolong ambil maklum sebarang ulasan yang “keterlaluan” mengenai Zaid mungkin tidak dapat saya siarkan kerana kes samannya terhadap saya akibat tulisan dalam blog ini berada di mahkamah.
Posted by A KADIR JASIN at 9:24 PM 95 comments

No comments: