Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Saturday, February 28, 2009

Kitar Semula Plastik Dan Orang Politik

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KITAR semula tidak begitu berleluasa di Malaysia. Kempen-kempen menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula kurang mendapat sambutan.

Banyak pusat kitar semula terbengkalai dan dipenuhi sampah sarap. Sifat pengotor dan tidak disiplin rakyat Malaysia menyebabkan botol dan beg plastik serta tin aluminium bersepah di merata tempat.

Majoriti rakyat Malaysia Muslim. Islam mengajar umatnya bersih, berdisiplin dan beradab. Tetapi kedai dan gerai makan milik orang Islam jarang mengutamakan kebersihan.

Di Terengganu, saya terbaca papan tanda berbunyi “kebersihan sebahagian daripada iman”. Tetapi tandas di banyak masjid dan surau kotor sehingga kita tidak tergamak menggunakannya.
Kitar semula bahan-bahan buangan baik untuk alam sekitar dan boleh membantu menjaga kebersihan di samping memberikan pendapatan tambahan. Jadi kita perlu meneruskan kempen kesedaran alam sekitar, kebersihan dan kitar semula ini.

Tetapi kitar semula yang tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan adalah kitar semula orang politik atau orang pentadbiran awam.

Kalau diperlukan pun, biarlah kitar semula setakat untuk menjadi penasihat, ahli nujum, pawang buaya dan penghalau hantu raya sahaja. Jadi Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri tak payahlah.

Ketika saya membesar di pinggir Sungai Pendang pada tahun 1950-an, buaya masih banyak. Justeru itu, pawang buaya atau sesiapa saja yang memperkenalkan diri sebagai pawang buaya pasti dihormati.

Satu kepercayaan orang kampung mengenai buaya ialah jangan sekali-kali membasuh kelambu dalam sungai. Kononnya buaya cukup marah kelambu dibasuh di dalam sungainya. Agaknya bau manusia pada kelambu mudah dikesan oleh buaya.

Berbalik kepada kitar semula, jenis kitar semula yang kita tidak mahu adalah kitar semula untuk menjadi peneraju parti politik atau Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan jawatan-jawatan seumpamanya.

Ada orang kata ramai calon Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan bulan depan adalah calon kitar semula. Kalau kitar semula emas atau tembaga tak apalah. Tapi kalau setakat plastik dan botol buruk tu tak payahlah kot.

Saya ada seorang member teh tarik di Raju yang bergiat dalam industri kitar semula. Dia budak muda Melayu berkelulusan kejuruteraan. Katanya dia lebih banyak kitar semula tembaga dan logam-logam yang bernilai tinggi.

Baru-baru ini dia rugi besar. Harga besi buruh merudum daripada RM1,800 setan kepada RM800 dan tembaga daripada RM27 sekilogram kepada RM11.50. Sekarang dia buat eksperimen bela ayam turki di Bukit Gantang, Perak.

Saya tidak berani hendak kata calon kitar semula Umno itu daripada jenis plastik, kaca, aluminium, besi waja, tembaga atau emas. Papan litar komputer (printed circuit board) kalau dilebur boleh menghasilkan emas.

Kita semua tahu antara calon MT Umno tu ada bekas Menteri, bekas Ketua Menteri dan Menteri Besar, bekas Menteri Besar yang dikitar semula menjadi Menteri, Menteri Besar yang hilang negeri dan banyak jenis mantan lagi.

Rasa-rasanyalah banyak yang sudah tidak boleh digilap dan digunakan semula. Pakailah banyak mana Brasso pun tidak bersih dan berkilat lagi. Orang kampung kata dah lebam. Sudah sampai masa dilebur atau dimasukkan ke dalam loji pelupusan sebagai bahan bakar.

Dalam itu pun, elok juga kita berhati-hati bila membuang barang-barang lama. Sekarang barang-barang lama yang tergolong dalam kategori antik sangat berharga.

Di rumah ayah dan emak saya ada sebuah katil besi pusaka yang sudah berusia hampir 100 tahun. Bila digilap dengan Brasso masih berkilat. Tapi kalau digunakan dengan lasak, ia berbunyi sana sini. Maklumlah katil lama. Nak kurangkan bunyi, jangan tidur lasak atau selalu masukkan pada celah-celah penyambungnya minyak pelicin Singer.
Brasso untuk mengilat logam

Saya rasa setelah melihat apa yang terjadi kepada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional selepas persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, parti-parti seperti Pas dan DAP tidak akan tergesa-gesa membersarakan veteran mereka macam Nik Abdul Aziz Nik Mat (78 tahun), Lim Kit Siang (68) dan Karpal Singh (67).

Orang tua kita kena hormat. Jadi saya tidak setujulah orang tua cacat macam Karpal dikasari apatah lagi di Parlimen.

Maaf cakaplah orang kita, khasnya yang muda-muda tu, nampaknya tidaklah matang seperti yang didakwa.

Harap-haraplah Parlimen kita tidak jadi macam Parlimen Taiwan di mana mereka nampaknya lebih kerap bertinju dan berkuntau daripada berdebat secara waras dan bijaksana.

Akhir kalam, sokonglah kempen kitar semula bahan-bahan buangan, terutamanya plastik. Plastik amat buruk kepada alam sekitar. Saya harap dalam masa terdekat ini kita boleh mengurangkan atau menjimatkan penggunaan plastik.

SOUND BITES (SNIPPETS)

| | Comments (124) | TrackBacks (0)
Dalam bahasa multimedia perkataan "Snippets" sudah diganti dengan "Sound Bites". Snippets terhad kepada media cetak tetapi "Sound Bites" meliputi semua media - cetak, radio dan televisyen. Justeru saya akan guna "Sound Bites" sekarang. Saya tidak akan guna bahasa kebangsaan kerana mungkin ramai tak akan faham "Bunyi Gigit".

SOUND BITE

Semasa saya kecil kasut yang terkenal dari England ialah "Kasut Barat" (Barrat Shoes). Akibat kegawatan yang melanda United Kingdom syarikat yang mengeluarkan kasut Barrat selama hampir seratus tahun sudah bankrap dan ditutup.

"Woolworths" adalah sebuah gedung runcit yang terkenal dan mempunyai beratus cawangan diseluruh Britain. Baru-baru ini Woolworths juga sudah ditutup dan beribu pekerjanya menganggur.

Beberapa daripada cawangan Woolworths ini sudah diambil alih oleh "Kedai Kelin" di United Kingdom yang menjual aneka jenis barang dengan harga 99 pence.

Sekarang Britain sudah jadi miskin kerana penipuan oleh bank-bank gergasi mereka. Nilai pound jatuh daripada RM7 = 1 Pound Sterling kepada RM5.20 = 1 Pound Sterling. Ada barang di sini lebih murah daripada di Malaysia.

KEBEBASAN BERSUARA

Barat berbangga dengan kebebasan bersuara mereka. Negara Asia termasuk Malaysia dikritik kerana tidak ada kebebasan bersuara.

Tetapi tidak ada kebebasan bersuara di Eropah jika ia melibatkan kritik terhadap Yahudi. Jika sesiapa mengkritik Yahudi maka mereka akan dilabel oleh media sebagai "anti-semitic".

Lebih daripada itu sesiapa yang mengkritik cerita "holocaust" iaitu pembunuhan orang Yahudi oleh Hitler, mungkin akan ditangkap dan dipenjara.

Yang lebih aneh lagi ialah perbezaan dasar antara Negara-negara Eropah. Di United Kingdom kritikan terhadap "holocaust" tidak dianggap jenayah. Tetapi jika pengkritik mengkritik di United Kingdom dan kemudian pergi ke Negara yang anggap kritikan itu jenayah, maka Negara itu masih boleh ambil tindakan undang-undang terhadap kritikan yang dibuat di United Kingdom.

Demikian seorang penulis sejarah telah mengkritik "holocaust" di United Kingdom. Apabila dia membuat lawatan ke Austria dia telah ditangkap, dihadapkan ke mahkamah dibawah undang-undang Austria, didapati bersalah dan dipenjara.

Saya terbaca dalam "The Guardian" akhbar British, bahawa seorang bishop mazhab Katolik dari UK yang telah menyoal kebenaran "holocaust" semasa di Argentina telah dihalau keluar daripada Negara itu dengan serta-merta.

Argentina adalah sebuah Negara Katolik tetapi demikianlah pengaruh Yahudi sehingga orang katolik, bahkan Paderi katolik tidak boleh menyoal apa-apa berkenaan dengan "holocaust".

Yang jelas daripada dua peristiwa ini ialah kebebasan bersuara yang kononnya dijunjung tinggi oleh orang Eropah yang hendak dipaksa keatas seluruh dunia, adalah pembohongan semata-mata. Mereka tidak amalkan kebebasan bersuara apabila kepentingan mereka tergugat. Lebih-lebih lagi kepentingan Yahudi. Sebab itu tapisan dibuat keatas berita berkenaan Gaza.

PENGANGGURAN DI BRITAIN

United Kingdom sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang amat teruk. Pengangguran sudah melebihi dua juta. Diantara yang menganggur terdapat hampir 700,000 ahli profesional.

Melihat keadaan ini saya khuatir profesional Malaysia juga ramai yang akan menganggur.

Berbilion pound sterling sedang digunakan oleh Kerajaan United Kingdom untuk memulihkan semula ekonomi. Tetapi tindakan ini tidak berkesan. Tidak dapat tidak United Kingdom dan lain-lain negara maju akan menjadi miskin.

Sebenarnya pendapatan per kapita yang mereka banggakan dahulu tidak mencerminkan kekayaan mereka yang sebenar. Kekayaan mereka dahulu adalah hasil penipuan oleh pemain pasaran wang.

Perkiraan purata mereka tidak memberi gambaran yang benar. Oleh kerana terdapat bilangan yang kaya yang begitu ramai maka perkiraan purata (average) per kapita mereka meningkat.

Ini dapat kita lihat apabila seorang daripada seribu orang menjadi jutawan dan 999 menganggur, jika diambil pendapatan purata bagi 1,000 orang ini, pendapatan tiap seorang daripada mereka ialah seribu Dollar. Jelas yang angka per kapita yang disebut tadi menyembunyi pendapatan yang amat rendah bagi majoriti rakyat negara yang dikatakan kaya ini. Apatah lagi dengan billionaire yang begitu ramai di negara kaya.

Sekarang orang yang kaya sudah tidak kaya lagi. Justeru itu pendapatan per kapita negara kaya ini akan jatuh dengan teruk.

Mereka tidak akan dapat pulih kekayaan mereka sehingga bertahun-tahun. Ini adalah oleh kerana membuat wang yang banyak melalui penipuan seperti dahulu tidak lagi akan dapat membantu pemulihan. Pedagang matawang umpamanya tidak lagi boleh menekan nilai matawang seperti pada 1997-98 dan mendapat keuntungan berbilion ringgit dalam masa yang singkat.

Bank tidak lagi boleh beri pinjaman kepada orang yang tidak berkemampuan bayar hutang (sub-prime) untuk untung besar. Dan banyaklah cara-cara penipuan yang lain yang melibat hedge funds dengan derivatives mereka yang tidak lagi dapat memperkayakan mereka.

Kerana cara-cara buat duit cepat dan banyak ini tidak lagi terbuka pada mereka, ramai yang akan tidak sekaya dahulu. Ada yang sudah bunuh diri pun.

Sumbangan mereka kepada Keluaran Dalam Negara dan per kapita akan turun dan kekal di paras yang rendah buat bertahun-tahun. Harapan mereka bahawa melalui bailout mereka akan pulih seperti sebelum kegawatan tidak akan jadi kenyataan.

Malangnya kemiskinan mereka akan mempunyai kesan kepada seluruh dunia termasuk Malaysia.

Thursday, February 26, 2009

Jangan Melatah Jika Aspirasi Anak Bertentangan



ANIQAH, Mac 2009

Kalau kita bertanya kepada ibu bapa, semua akan menyatakan perasaan dan keinginan mereka untuk melihat anak-anak mereka berjaya dan yang pentingnya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.


Ada seorang ayah yang saya tanyakan kenapa dia menghantarkan anaknya ke tadika Islam dan seterusnya ke sekolah agama yang mengadunkan pelajaran akademik dan agama beliau lantas memberi jawapan: “sekurang-kurangnya ada anak yang akan mendoakan saya apabila saya mati kelak”.


Jawapan sepontan itu bukanlah jawapan gurauan tetapi ia adalah luahan di atas kesedaran seorang ayah yang berwawasan jauh maknanya perjuangan di padang kehidupan ini tidak akan berakhir di sini tetapi apa yang kita lakukan akan menerima hisaban di padang mahsyar di hadapan Allah Robbul Jalil.


Membina manusia mengikut acuan Islam itu perlu dicernakan semenjak anak itu masih di dalam kandungan ibu dan seorang ibu yang bakal melahirkan anak hendaklah sentiasa membaca al-Quran sementara suami yang menjadi ayah sentiasa berzikir agar wirid mereka didengar oleh anak yang masih janin dan seterusnya membesar di dalam rahim ibu.


Anak yang di dalam kandungan ibu ditarbiyah dengan mendengar kalimah thoyyibah dan apabila dilahirkan diazan dan diiqamatkan dan dodoian untuk anak yang terus membesar itu perlu berkesinambungan dengan kalimah Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. sebagai mukadimah kepada kehidupan yang berpaksikan kepada Islam.

Sebaik sahaja berumur 7 tahun anak itu hendaklah diajarkan bagaimana untuk menunaikan solat dan ayah sebagai qiadah yang perlu menjadi pemimpin dan contoh dalam sebuah keluarga perlu mempraktikkan sembahyang berjemaah bersama keluarga dan kebiasaan ini perlu diteruskan walaupun anak telah dewasa.


Ayah dan ibu adalah menjadi perancang kehidupan anak-anak pada masa depan dan ini perlu difahami oleh anak-anak itu yang dididik sejak awal agar menghormati kedua ibu bapa dan aspirasi mereka tentunya mengharapkan natijah yang terbaik hasil daripada pendidikan yang diterapkan di rumah.


Kedua ibu bapa perlu merancang pendidikan anak-anak bermula dengan keperluan fardu ain dan kemudiannya pendidikan yang ditanggapi sebagai keperluan duniawi iaitu pendidikan akademik yang akan menentukan arah dan halatuju kerjaya apabila dewasa.


Pekerjaaan yang digarap oleh individu Muslim adalah dikira ibadah selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat dan memanglah matlamat pendidikan itu sendiri adalah bagi menyediakan ruang yang selesa untuk generasi yang meninggalkan persekolahan dan institusi pengajian tinggi untuk mengharungi alam pekerjaan.


Mungkin semasa zaman anak-anak kedua ibu bapa mempunyai keinginan agar anak-anak mereka mempunyai kerjaya yang cemerlang seperti menjadi doktor, jurutera atau peguam tetapi mereka harus menyedari bukan semua impian mereka boleh direalisasikan.


Anak-anak perlu dikondisikan dengan persekitaran atau bi’ah yang solehah dan kita sebagai ibu bapa perlu peka dengan pergaulan anak-anak kita kerana teman itu merupakan cermin maka kita kena perhatikan dengan siapakah anak-anak kita berkawan.

Mungkin jika tersalah tanggap kita akan dicop rebagai ibu bapa yang rigid yang begitu mengongkong anak-anak, tetapi kita perlu berwaspada untuk mendekati anak-anak yang semakin membesar dan kita juga harus mengambil kira sensitiviti anak-anak.

Apabila mereka semakin membesar dan seterusnya menjadi dewasa kita tidak boleh lagi mengambil penedekatan seolah-olah mereka masih anak-anak yang perlu disuap dan ditatang selalu tetapi anggaplah mereka sebagai teman kita.


Sudah tentu hubungan mesra itu perlulah dipupuk sejak anak-anak dan kalau semasa kecil kita peluk mereka, kita juga mesti mentarbiahkan anak-anak kita yang telah dewasa untuk memeluk dan mencium tangan kedua ibu bapa walaupun mereka sesudah ini akan bergelar bapa pula.


Kita mengajar anak kita mendoakan kedua ibu bapa sebagaimana kita mendoakan kedua ibu bapa kita dan proses ini adalah berkesinambungan dan menjadi rutin sesudah solat sesuai dengan hadis apabila mati seorang anak Adam maka terputusalah amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh.

Ilmu keibubapaan (parenting) ini tidak diajar secara formal dan kini sudah sampai masanya satu pendekatan yang serius diberikan terhadap institusi perkahwinan dan tentunya kursus pra-perkahwinan itu tidak mencukupi diadakah setakat empat atau lima hari sahaja sedangkan kehidupan bersuami isteri idealnya adalah untuk memenuhi sepanjang hayat.


Seorang ibu berpendapat ibu bapa memainkan peranan penting dalam menasihati dan memberi panduan menentukan halatuju pendidikan anak-anak zaman ini.

“Jika kita biarkan mereka membuat pilihan sendiri sepenuhnya dikhuatiri ia akan membinasakan masa depan mereka, maklumlah anak-anak zaman ini mudah terpengaruh dengan kawan-kawan dan gejala kurang baik,” katanya.

“Perbincangan dengan anak-anak dan mengetahui pendapat mereka mengenai sesuatu perkara terutama berkaitan pelajaran adalah penting agar kita dapat bertukar-tukar idea dan mempengaruhi mereka membuat keputusan yang bijak.”


Kadang-kadang semasa menjalani proses pendidikan baik di peringakat sekolah atau di unversiti anak-anak itu terdedah dengan keadaan sekeliling berbeza yang meyebabkan mereka meminati bidang yang mungkin tidak pernah diimpikan oleh kedua ibu bapa mereka.


Jika berlaku pertembungan di antara aspirasi kedua ibu bapa yang bertentangan dengan citarasa anak-anak yang telah ditatang bagai minyak yang penuh sejak zaman anak-anak, maka kedua ibu bapa perlu berlapang dada kerana mungkin ada hikmah yang tersembunyi dengan pilihan bidang atau kerjaya yang akan diceburi zuriat mereka.

Ketrampilan dalam bidang akademik perlu diseimbangkan dengan tarbiah ruhiyah yang akan membina dalaman insan generasi Muslim kerana apabila tasawwur anak-anak kita jelas untuk menghayati kehidupan sebagai manusia muslim, maka di sana akan ada keharmonian dalam khidupan seharian yang berpaksikan iman, akidah dan akhlak.

0 comments

Friday, February 27, 2009

foto brader hj zainuddin intake 9

ini foto beliau ketika berada dikebunnya bulan lepas . lokasinya di kampung sri damai kuantan dimana beliau menetap selepas pencen. selepas bersara nampaknya beliau semakin sihat dan ceria maklumlah sentiasa keluar peluh. beliau juga ada memelihara kambing.

Saturday, February 28, 2009

RAR G2 tiba2 jadi Bos G9


Ini gara-gara brader Saroni yang tak pernah jumpa RAR menjemput Gang Intake 9 ke istana persinggahannya di Cyberjaya pada 27 Feb 2009 jam 8.00 malam (RAR sesat kena dijemput kat stn Petronas untuk sampai destinasi NO GPRS, NO RADAR, handphone ada). Terima kasih Br Saroni and the gang. Pekena daging kijang. Tiba2 RAR yang masuk AFATS 1969 jumpa dengan gp 1976, ditemukan, AFATS memang mudah mesra walaupun tak pernah jumpa. Yang boleh ingat nama Saroni, Bahrom, Jo dan Bakri....... .yang lain G9 tolong tambah nama RAR tak ingat semua nama brader yang baru jumpa. setelah 40 tahun berlalu, kini ditemukan dengan adik2 bekas satu sekolah. HIDUP AFATS/SPPAT/ SPTD..... ......ALLAHU AKBAR......


Foto:
RAR berjubah hitam sebelah Saroni berjubah hijau....


Thursday, February 26, 2009

Thursday, February 26, 2009

Sime Promises Better PR

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

LAST evening, several bloggers were invited to a dinner and discussion with the top brass of Sime Darby Berhad led by its Chairman Tun Musa Hitam.

Also present were its President and Group Chief Executive, Ahmad Zubir Murshid and the Head of Corporate Social Responsibility, Group Communications and Corporate Affairs, Leela Barrock.

The bloggers were YB Wee Choo Keong, Rocky’s Bru (Ahirudin Atan), I Am A Malaysian (Eric Woon), 3540 Jalan Sudin (Noraina Samad), Outsyed The Box (Syed Akhbar Ali), CT Choo and yours truly.

Many issues and development concerning the conglomerate, its shareholders and the staff, including the controversies surrounding the aborted plans to purchase the National Heart Institute and the construction of a new low cost carrier terminal (LCCT) for AirAsia at KLIA were discussed.

They also explain the long-term philosophies and plans to make the company a major global player in plantation, engineering, properties development and natural resources extraction.

Ahmad Zubir said the board and management of the company are always conscious of their responsibility to the company’s 10.5 million shareholders, its 100,000-odd employees and the communities it serves worldwide.

Sime Darby is 52-per cent owned by Permodalan Nasional Berhad. Other substantial shareholders are the EPF and the Tabung Haji.

Ahmad Zubir said the next five years would see its plantation growing from the current 600,000 hectares to about a million hectares and several core units being listed while the smaller non-core businesses sold.

Both Musa and Ahmad Zubir acknowledged that Sime Darby has not been very good at conducting public relations and has missed a number of opportunities to explain its position in the LCCT and NHI controversies.

They said the company is taking step to improve its public relations capacity and expertise to deal with the traditional as well as the digital media as part and parcel of transparency and good corporate governance.

They also confirmed that contract with the controversial PR company, Fox Communications, has not been renewed.
22 comments

Monday, February 23, 2009

Monday, February 23, 2009

MACAM-MACAM CERITA PASAL KUASA

Abdullah Badawi akan serah kuasa. Khalid Ibrahim terperangkap dalam skandal salahguna kuasa. Liz Wong mangsa caturan kuasa. Ir Nizar dirampas kuasanya. Dr Zambry digantung kuasanya. MIC masih nak kuasa di Bukit Selambau. Kita semua jadi gawat tengok orang bermain kuasa.

Lepas tu, ada kuasa di belakang tabir. Ada kuasa di balik dapur. Ada dalang kuasa. Ada boker kuasa. Kita semua jadi bingung kerana tak tau kuasa mana yang menguasai pihak berkuasa.

Oleh itu rakyat jangan main-main dengan kuasa undi masing-masing. Gunakan kuasa itu sebaik-baiknya. Kita tak mau orang yang menang jadi gila kuasa atau salahguna kuasa. Kita juga tak suka tengok orang lupa bahawa kuasa mereka datangnya dari rakyat jelata.

Hari ini banyak politikus nak beli kuasa. Bila dah berkuasa dia akan gunakan kuasa itu untuk memperkukuhkan kuasanya. Dia tak peduli, guna kuasa cara betul atau guna kuasa secara salah. Pokoknya dia mesti tunjuk dia ada kuasa.

Harap-harap Najib yang akan mewarisi kuasa Abdullah akan gunakan kuasa untuk rakyat jelata. Jangan gila kuasa. Jangan salahguna kuasa. Jangan ada kuasa di balik tabir. Jangan ada kuasa di balik dapur. Jangan ada dalang di sebalik kuasa negara. – http://politica-net.blogspot.com/

TIMAH BUKAN PERAK

| | Comments (104) | TrackBacks (0)
1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

Thursday, February 19, 2009

HANAN 2

| | Comments (0) | TrackBacks (0)
Dear Hanan,

1. I think I cannot convince you on anything simply because your perception of things is not based on logic or reason but merely on your strong belief that you are always right, even if the whole world says you are wrong.

2. Jews have lived with Muslims in Muslim countries for centuries without any serious problem.

3. On the other hand in Europe, Jews were persecuted. Every now and again there would be pogroms when the Europeans would massacre Jews. The Holocaust did not happen in Muslim countries. Muslims may discriminate against Jews but did not massacre them.

4. But now you are fighting the largely Muslim Palestinians. It cannot be because of religious differences or the killing of Jews living among them. It must be because you have taken their land and expelled them from their homeland. It is therefore not a religious war. But of course as you seek sympathisers from among the non-Muslims, the Palestinians seek sympathisers among the Muslims. That still does not make the war a religious war.

5. Whether you speak Hebrew or not is not relevant. Lots of people who are not English speak English. They don't belong to England. For centuries you could speak Hebrew but remained Germans, British, French, Russians etc.

6. Lots of Jews cannot speak Hebrew but they are still Jews. Merely being able to speak Hebrew does not entitle you to claim Palestine.

7. The Jews had lived in Europe for centuries. They identify themselves with their domicile. They fought the wars of these countries often against other Jews living in enemy countries.

8. These countries are their homeland. So why should they take Palestinian land to make their own country? They could take any of the European countries as their own country. The United States of America should offer one of its states as Israel.

9. As to history, the Malays had occupied a lot of land in Southeast Asia since time immemorial. Today much of our land has become part of neighbouring countries, having been conquered or because of treaties entered into by the British. We should really go to war to regain our land especially as there are Malays living there.

10. But we want to live in peace with our neighbours. So we accept the borders drawn by the colonialists.

11. You may say it is a joke to believe the Philistines are the forebears of the Palestinians. But what may be a joke to you is a serious belief of much of the non-Jewish world.

12. We did not have a Jewish representative at our conference. But I am sure when you have a conference in Israel you did not have Muslim representatives either.

13. I can sympathise over the killings of the Jews. But show me pictures of total destruction of Israeli towns and villages. Show me the effect of the primitive Hamas rockets on the Israeli people. Compare them with the effects of your bombs, rockets, shells, chemical weapons you used on the Gazans. When did Hamas blockade you and starve Israeli people and deprive them of medical attention. Did Hamas build a wall to separate Israelis from other Israelis including from family members? Did Hamas build settlements in Israel?

14. This idea of out-terrorising the terrorists, of massive retaliation on a scale that horrifies the whole world will not work.

15. Our people who went to Gaza were amazed at the attitude of the people there. Even after the deaths of so many of them, the deaths of their children and babies; even after their towns have been flattened, their schools and hospitals destroyed, they show no fear. Every one of them expects to die at any time because of your attacks but they would never surrender. When asked they simply said it is their land and they would defend it to the last. Even an Arab Christian priest was determined to stay on in Gaza. Those of their children who survive will prepare themselves to defend their land like their parents. Your attacks fail to terrify them or to force them to submit. You only succeed in instilling greater hatred of Israel and the Israelis.

16. When it was pointed out to them that they are no match for the Israeli forces and their weapons of mass destruction, when it was pointed out that their rockets were primitive and cannot compare with the destructiveness of Israeli rockets, they were not disheartened. The Israeli attacks simply strengthened their resolve to go on fighting. The Israeli idea to out-terrorise them has not worked and I believe it would not work.

17. Your arguments simply confirm my belief that the Jews have the same degree of hatred for the Palestinians, despite the fact that you suffer less than them.

18. The war has degenerated into a feud between Palestinians and Israelis. The Palestinians know they cannot win the war but that simply heightened their hatred for Israelis. They will nevertheless try to kill Jews, even if that will intensify Jewish hatred for the Palestinians. And you will retaliate with many times greater ferocity because you cannot force them to their knees. Their resistance simply increase your anger and hatred of them.

19. We have come to an impasse. If Israel is bent on occupying Palestinian land, on building Jewish settlements, on building Berlin walls and on sanctions and blockade, the Palestinians will continue their futile attacks. Arabs will die, maybe 10 for every one Jew. But with the hatred for Jews which they harbour, that is a worthwhile sacrifice. And Jews will kill more Arabs to express their hatred. And so it will go on as it had gone for 60 years, as it will go on for another 60 years or more.

20. Dear Hanan, tell your Government to compromise.

Wednesday, February 18, 2009

Wednesday, February 18, 2009

KES LIZ WONG: TELAN MATI EMAK, LUAH MATI BAPAK….

Kes Elizabeth Wong: Puak liberal akan berkata, tak payahlah berhenti. Kelompok idealis akan respons, kalau boleh, berilah peluang dia teruskan tugas. Golongan realis akan mendesak, dia mesti kosongkan kerusi Exco Selangor dan DUN Bukit Lanjan dengan serta merta.

Apa kata Datuk Seri Anwar Ibrahim? Apa komen Lim Kit Siang? Apa reaksi Datuk Seri Hadi Awang? Adakah mereka berpendirian liberal? Adakah mereka golongan idealis? Bukankah mereka kelompok realis?

Kita tunggu reaksi, sikap dan pendirian ketiga-tiga pemimpin utama PR mengenai kes ini. Sebagai pemerhati, saya dapati inilah kes pukulan maut - di telan mati emak, diluah mati bapak. Dan, kes ini juga mungkin membawa kesan domino kepada beberapa personaliti lain yang kini sedang digerhanai oleh kes-kes yang membabitkan soal moraliti mereka. – Ruhanie Ahmad

ELIZABETH TAWAR BERUNDUR

Elizabeth Wong tawar letak jawatan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

Menteri Besar Selangor akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan isu tawaran peletakan jawatan Elizabeth.

Polis Selangor mengambil keterangan Elizabeth serta empat wartawan, dua dari Malay Mail dan dua dari The Sun bagi membantu siasatan kes gambar bogel Elizabeth.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan satu lagi pilihan raya kecil (DUN Bukit Lanjan) diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Selambau pada 7 April i

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
0 comments Links to this post

Monday, February 16, 2009

TINGKAT EMPAT

| | Comments (0) | TrackBacks (0)
1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan Kerajaan. Menteri-menteri kerap meminta pertolongan mereka dan pegawai tinggi Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan. Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan.

2. Dalam semua ini terdapat banyak peluang untuk memperkayakan diri.

3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih memuaskan nafsu daripada kuasa tanpa tanggungjawab.

4. Malangnya, jika benarlah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada bulan Mac maka segala-gala kuasa ini akan hilang. Ini adalah satu malapetaka bagi Tingkat Empat. Apakah nasib mereka selepas Mac? Apakah mereka akan berdiam diri dan membenar malapetaka ini timpa mereka dengan begitu sahaja? Tidak adakah sesuatu yang boleh dilakukan oleh mereka untuk menangkis musibah ini?

5. Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

6. Kata berita angin mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.

7. Apakah Najib akan memberontak? Tidak. Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli UMNO dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Dato Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya.

8. Mungkin ada antara ahli UMNO yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen. UMNO boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?

9. Jika ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini. Ahli parti lawan memang hendak Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka.

10. Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.

11. Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi PM yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke dewan rakyat.

12. Kita sudah lihat bagaimana kelemahan Kerajaan pimpinan Abdullah telah memberanikan semua pihak untuk membangkitkan berbagai kontroversi yang mengugat kestabilan Negara. Keadaan Negara akan hampir kepada tahap tidak ada Kerajaan dan tidak ada undang-undang apabila Kerajaan Abdullah menjadi lebih lemah.

13. Di masa yang sama Negara akan hadapi krisis kewangan dan ekonomi yang lebih teruk dari 1997-1998. Pentadbiran yang lemah tidak mungkin tangani kemerosotan ekonomi yang jauh lebih teruk dari 1997-98. Rakyat akan menderita kerana peningkatan pengangguran dan bankrap. Jenayah akan bertambah dan keselamatan negara akan tergugat.

14. Bagi Tingkat Empat huru-hara dalam Negara tidak mengapa asalkan mereka dapat kekal sebagai kuasa dibelakang Perdana Menteri.

15. Mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib jadi Presiden UMNO hanya rekaan orang-orang tertentu, wallahuwaalam. Demikian jugalah dengan Labu. Si-Luncai pun terjun dengan segala-galanya.

Sunday, February 15, 2009

Friday, February 13, 2009

Pertandingan Mendaki Dua Bukit

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya mengalami cabaran yang lebih besar jika dibandingkan dengan dua rakannya dalam gagasan tidak rasmi Pakatan Rakyat pada akhir-akhir ini.

Dua Ahli Dewan Undangannya di Perak – Jamaluddin Mohd Razdi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) – keluar parti dan mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional.

Turut keluar parti ialah Hee Yit Foong, Adun DAP bagi kawasan Jelapang. Akibat tindakan mereka itu tumbanglah kerajaan PR Perak.

Jamaluddin dan Mohd Osman kedua-duanya sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

Hendak jadi cerita, tak sampai 10 hari kemudian, Adunnya bagi kerusi Bukit Selambau, Kedah, V Arumugam pula meletakkan jawatan sebagai Ahli Exco kerajaan PR Kedah dan serentak itu melepaskan kerusinya.

Kemudian, pada ketika parti-parti PR sedang hangat mempertikaikan pembentukan kerajaan BN di Perak, Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Bukit Gantang, Roslam Shahrum, meninggal dunia.

Ada orang mengumpamakan kejadian-kejadian ini sebagai sudah jatuh ditimpa tangga dan ada pula yang mengatakan pucuk dicita ulam mendatang.

Apa pun andaian umum, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau yang akan diadakan pada 7 April ini menjanjikan pertandingan sengit serta penuh erti bagi BN dan PR.

Bagi PR, dua pilihan raya kecil ini boleh dijadikan medan untuk menguji ketepatan dakwaan dan andaian bahawa rakyat jelata, khasnya di Perak, mahu DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.

Kalau pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau berpendirian yang sama, mereka tentulah akan menyokong calon-calon yang mewakili parti-parti PR apatah lagi dua kerusi ini adalah kerusi PR.

Yang menarik untuk diperhatikan adalah pendirian parti-parti PR sendiri selepas kejatuhan kerajaan PR Perak. Khasnya mengenai kerjasama dan perpaduan di kalangan mereka.

Portal berita bebas Malaysiakini melaporkan yang ketiga-tiga parti komponen PR – PKR, DAP dan Pas – berminat bertanding kerusi Bukit Selambau.

Ini tidak memeranjatkan kerana kerusi ini mempunyai komposisi kaum yang agak seimbang – Melayu 50.2%, Cina 19.3%, India 29.5% dan kaum-kaum lain 1%.

Sebenarnya ketiga-tiga parti itu berhak meletakkan calon di situ kerana Bukit Selambau tidak ditandingi oleh mana-mana parti PR pada PRU lalu.

V Arumugam bertanding sebagai calon bebas dan selepas menang baru menyertai PKR. Dia mengalahkan calon Barisan Nasional, S Krishnan dengan kelebihan 2,362 undi. Dia memperoleh 13,225 undi dan Krishnan 10,863 undi.

Parti-parti BN juga pasti melakukan lobi terbuka dan belakang tabir bagi meletakkan calon masing-masing di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Pemimpin tempatan Umno telah pun menyatakan harapan agar parti itu diberi peluang mewakili BN.

Pilihan raya kecil Bukit Selambau juga menghidupkan semula persoalan mengenai kaitan antara PKR dan pertubuhan haram Hindraf.

Tiga aktivis pertubuhan itu yang sedang dalam tahanan, iaitu M Manoharan, R Kengadharan and V Ganabatirau telah mencadangkan rakan setahanan mereka, P Vasanthakumar sebagai calon PKR bagi Bukit Selambau.

Ketua de facto PKR, Anwar Ibrahim mengakui hal ini apabila dia dipetik oleh Malaysikini sebagai berkata, dia akan menyerahkan nama Vasanthakumar kepada pasukan penilaian calon parti itu untuk pertimbangan.

Bagi BN, pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak memihak kepadanya. Perkembangan di Perak dan kehilangan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil bulan lalu tidak membantu mencerahkan harapan BN.

Apatah lagi calon Pas dan calon bebas (PKR) menang dengan kelebihan suara yang besar dalam pilihan raya umum 2008.

Namun ada pemerhati berpendapat harapan BN di Bukit Gantang mungkin lebih cerah berbanding dalam pilihan raya umum 2008 jika BN berjaya memilih calon tempatan yang diterima ramai.

Mereka juga melihat dua pilihan raya kecil ini sebagai penting kepada Umno dan BN kerana berlaku ketika peralihan kuasa daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak pada akhir bulan depan.

Friday, February 13, 2009

KOUTA 10%

August 29th, 2008

Sejak ditubuhkan, UiTM telah melahirkan lebih daripada 350,000 graduan dalam pelbagai bidang. Sungguhpun demikian ini masih belum mencukupi. Oleh kerana peningkatan populasi penduduk, kini Malaysia mempunyai lebih kurang 27 juta orang penduduk dengan peratus dalam lingkungan 16 hingga 64 tahun adalah dianggarkan seramai 17 juta. Manakala tenaga kerja Malaysia kini ialah hampir 11 juta. Oleh itu jumlah yang disumbang oleh graduan UiTM secara kumulatif yang rata-rata semuanya bumiputera masih sedikit (lebih kurang 2% sahaja). Di samping itu statistik jumlah penduduk yang akan memperolehi pendidikan tinggi dianggarkan pada 3.3 juta pada tahun 2010, manakala sasaran enrolmen UiTM pada tahun itu dijangka pada 200,000. Angka ini merupakan hanyalah 6% daripada jumlah anggaran keseluruhan tersebut. 94% lagi adalah terbuka kepada semua kaum. Oleh itu UiTM masih relevan untuk dikekalkan dalam menyedia peluang pendidikan kepada bumiputera, kini dan pada masa hadapan. Ini hakikat yang perlu diketahui bahawa kita belum mencapai apa yang seharusnya kita capai.

Wednesday, February 11, 2009

MASA DEPAN MELAYU/BUMIPUTERA

February 6th, 2009

YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN

Selepas 38 tahun mewujudkan dasar ekonomi baru, rakyat bumiputera masih ketinggalan. Ada sesuatu yang tidak kena. Pada piliharaya umum ke-12 baru-baru ini, seluruh negara dikejutkan dengan keputusan yang mirip kepada pilihanraya 1969. Kita berdepan dengan apa yang diibaratkan oleh pepatah “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”. Kita berharap mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain dan harapan itu ditanam sejak 51 tahun yang lalu, namun ia tidak kesampaian. Bumiputera perlu bermuhasabah diri bagi memperbaiki kelemahan yang disuarakan oleh banyak pihak seperti tanggapan bahawa Melayu malas, rasuah, angkuh dan tidak bersatu lantaran usaha untuk mengubah kedudukan itu tidak tercapai. Pada masa yang sama kita juga memohon kepada masyarakat Malaysia untuk memberi peluang dan membantu bumiputera untuk berusaha mencapai sasaran tersebut.

Monday, February 09, 2009

TIBA MASANYA TINDAKAN DIAMBIL SESIAPA MELANGGAR RUKUN NEGARA

Kapal singh perlu diambil tindakan undang undang atau ditahan bawah ISA atau dilucutkan kerakyatannya kerana menghina dan menderhaka kepada DYMM Sultan Perak.

Ini berlawanan dengan prinsip Rukun Negara,

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Semua prinsip ini di langgar oleh karpal singh, bekas MB Perak Nizar , Anwar Ibrahim dan kepimpinan DAP, PKR dan PAS. Tindakan tegas yang segera seperti saya sebutkan diatas perlu diambil keatas mereka.

Saya juga mencadangkan agar semua sekolah, IPTA, IPTS, Jabatan Kerajaan, sektor swasta, ngo dan yang lain-lain mengadakan semula dengan segera IKRAR RUKUN NEGARA dan di bantu oleh semua media massa bagi menanamkan semula SEMANGAT KENEGARAAN BANGSA.

Saturday, February 7, 2009

APA YANG DIJANGKA JADI DAH JADI: CUKUP-CUKUP LA YOP!

Dr. Zambry Kadir dah angkat sumpah jawatan MB Perak. Tahniah! Tapi Nizar masih berdegil dan anggapnya dirinya MB. Nizar juga nak saman Sultan Azlan Shah. Apa nak jadi ni? Cukup la Yop, cukup!

Orang kata macam-macam pasal Perak. Ada yang kata BN rasuah ADUN supaya jadi katak lompat. Ada yang kata BN akan lengkup dalam PRU13. Ada yang kata Najib Razak akan tersepit. Ada yang kata Zambry tak lama jadi MB. Ada yang kata Zahid Hamidi yang akhirnya jadi MB Perak.

Lepas tu, ada juga orang kata PR akan menang kes saman Sultan. Anwar Ibrahim akan kudita Parlimen Malaysia. BN akan hilang kuasa di peringkat pusat. Dan, tunggu saja apa akan berlaku bulan depan.

Kepada saya yang cetek ilmu politik ni, katalah apa yang nak dikatakan. Tapi, apa yang dijangka terjadi, sudah pun terjadi. PR dah jadi pembangkan dalam DUN Perak. BN jadi kerajaan yang baru. Zambry dah jadi MB. Nizar dah jadi ADUN biasa tanpa kuasa. Inilah realitinya realpolitik!

Kalau sapa tak faham maksud realpolitik, cari kamus atau google Wikipedia. Di sana ada jawabnya. Kalau anda nak tanya orang universiti pun apa salahnya. Tapi, intisarinya adalah, politik adalah seni yang serba mungkin. Semalam berkuasa, hari ini hilang kuasa. Semalam tak ada kuasa, hari ini dapat kuasa.

Sebab itu, Zambry kena ingat soal realpolitik ini. Anda kan pakar sains politik. Phd. anda pun pasal politik. Ingat dan insaflah. Hari ini anda ada kuasa. Besok mungkin anda hilang kuasa. Jadi, jangan korup. Jangan kawin satu lagi untuk ada tiga isteri. Jangan main politik sampai rakyat Perak lintang pukang. Jangan salah guna kuasa sampai rakyat binasa. Jangan ingat diri yang paling hebat. Jangan lupa Zahid Hamidi sentiasa berangan nak jadi MB. Jangan lupa Allah SWT.

Untuk semua yang terus-terusan nak kecoh kat kedai kopi, itu tak kena, ini tak kena, cukup-cukup la Yop. Apa yang Tuhan kata jadi, dah pun jadi - kun-fa-ya-kun! – http://politica-net.blogspot.com/

Sunday, February 08, 2009

Karpal Wants New Leader For Pakatan

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

THAT the DAP’s strongman, Karpal Singh, lashed out at the Barisan Nasional and blamed the BN for practising the game of defections is only to be expected.

But when the DAP Chairman and Bukit Gelugor Member of Parliament up his ante against the de facto head of Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, the final outcome could be devastating to the informal three-party coalition.

The independent news portal Malaysiakini described Karpal’s latest diatribe as “an outburst” and said it could have deep implications for the Pakatan Rakyat alliance.

Karpal, according to the Malaysiakini, openly urged Anwar to step down as the leader of the alliance. He blamed Anwar for the disarray in PR by his continuous rhetoric about forming government with the aid of defectors from Barisan Nasional.

Karpal also had harsh words for his colleagues, especially party’s supremo Lim Kit Siang and secretary general Lim Guan Eng for their inconsistent stand on party hopping.According to Malaysiakini, Karpal did not mince words. He accused Anwar of causing trouble to PR.

"He (Anwar) has created enough trouble and it is time for him to bertaubat (repent)."It's time Pakatan got itself another leader," he said.

Karpal's biggest complain was Anwar's support for defections of elected representatives. Soon after the 2008 General Elections, Anwar had claimed that he had enough defectors from BN to form the federal government.

However, despite his repeated assurances, the takeover did not materialize.

Talking to reporters at his office in Penang, Karpal reiterated this stand that party hopping could never be justified.He said he was somewhat confounded by how Anwar could have openly espoused and encouraged crossovers after the people gave a resounding mandate to the Pakatan on March 8 last year.

In the interest of the public and, in particular, the Pakatan, Karpal said Anwar has a lot to answer for creating the woes that the Pakatan is in now.

Karpal also blamed the BN for practising the game of defections – giving examples of how the ruling coalition had pinched DAP leaders in 1979 and 1982. In the latter instance Anwar was in Umno and the BN.

"I only hope Anwar did not learn of the morality, or rather immorality, of political kangaroos hopping form the opposition to the BN during the time he was in the BN.

"Be that as it may, the intelligence of the rakyat should not be underestimated by politicians from either side of the divide.

"The trust of the people cannot and should not be taken for granted by elected representative," he said.

As for the ongoing crisis in Perak, the DAP chairman said the solution lies squarely on the shoulder of the judiciary, given that the Sultan of Perak had appointed a new BN Menteri Besar and is poised to appoint a new Exco on Tuesday.

"The predicament faced by the rakyat in Perak is the consequence of political treachery and large scale deception and commission of fraud on the voters by the assemblypersons who have deserted the party, the strength of which placed them in the state assembly," he added.

The Perak PR government collapsed last week when two assemblymen from Anwar’s Parti Keadilan Rakyat (PKR) and one from DAP defected and pledged support for the BN.

The sole BN assemblyman who defected to the PKR days earlier made an about turn and returned to Umno’s fold.
0 comments

Saturday, February 07, 2009

APA YANG DIJANGKA JADI DAH JADI: CUKUP-CUKUP LA YOP!

Dr. Zambry Kadir dah angkat sumpah jawatan MB Perak. Tahniah! Tapi Nizar masih berdegil dan anggapnya dirinya MB. Nizar juga nak saman Sultan Azlan Shah. Apa nak jadi ni? Cukup la Yop, cukup!

Orang kata macam-macam pasal Perak. Ada yang kata BN rasuah ADUN supaya jadi katak lompat. Ada yang kata BN akan lengkup dalam PRU13. Ada yang kata Najib Razak akan tersepit. Ada yang kata Zambry tak lama jadi MB. Ada yang kata Zahid Hamidi yang akhirnya jadi MB Perak.

Lepas tu, ada juga orang kata PR akan menang kes saman Sultan. Anwar Ibrahim akan kudita Parlimen Malaysia. BN akan hilang kuasa di peringkat pusat. Dan, tunggu saja apa akan berlaku bulan depan.

Kepada saya yang cetek ilmu politik ni, katalah apa yang nak dikatakan. Tapi, apa yang dijangka terjadi, sudah pun terjadi. PR dah jadi pembangkan dalam DUN Perak. BN jadi kerajaan yang baru. Zambry dah jadi MB. Nizar dah jadi ADUN biasa tanpa kuasa. Inilah realitinya realpolitik!

Kalau sapa tak faham maksud realpolitik, cari kamus atau google Wikipedia. Di sana ada jawabnya. Kalau anda nak tanya orang universiti pun apa salahnya. Tapi, intisarinya adalah, politik adalah seni yang serba mungkin. Semalam berkuasa, hari ini hilang kuasa. Semalam tak ada kuasa, hari ini dapat kuasa.

Sebab itu, Zambry kena ingat soal realpolitik ini. Anda kan pakar sains politik. Phd. anda pun pasal politik. Ingat dan insaflah. Hari ini anda ada kuasa. Besok mungkin anda hilang kuasa. Jadi, jangan korup. Jangan kawin satu lagi untuk ada tiga isteri. Jangan main politik sampai rakyat Perak lintang pukang. Jangan salah guna kuasa sampai rakyat binasa. Jangan ingat diri yang paling hebat. Jangan lupa Zahid Hamidi sentiasa berangan nak jadi MB. Jangan lupa Allah SWT.

Untuk semua yang terus-terusan nak kecoh kat kedai kopi, itu tak kena, ini tak kena, cukup-cukup la Yop. Apa yang Tuhan kata jadi, dah pun jadi - kun-fa-ya-kun! – http://politica-net.blogspot.com/

Friday, February 06, 2009

LOMPAT LAGI

| | Comments (95) | TrackBacks (0)
1. Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

2. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah.

3. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis.

4. Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya.

5. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan.

6. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.

7. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

8. Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.

9. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.

10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.

11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!

Thursday, February 05, 2009

INFO PERAK DARI MALAYSIAKINI.COM

Sultan tidak berkenan DUN dibubarkan, minta MB letak jawatan
Feb 5, 09 10:19am

Dikemaskini 2.33pm Bernama melaporkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan. Laporan itu juga menyebut baginda telah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Dikemaskini 2.14pm Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

Dikemaskini 2pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang. Naib presiden PKR, Azmin Ali turut sama.

kemaskini 1:33pm Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Malaysiakini difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.

Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.

kemaskini 1:30pm
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan istana Kinta jam 1.05 tengah hari tadi selepas menghadap Sultan Perak 15 minit kemudiannya.

Menteri besar itu bersama Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media jam 3 petang.

kemaskini 1:26pm Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan sidang media selepas bermesyuarat dengan badan perhubungan Umno negeri di pejabatnya di Ipoh.

Beliau kelihatan masuk sejurus selepas tengah hari ini.

kemaskini 11:54pm Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak serta tiga Adun Bebas hari ini menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan perdana menteri berkata kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon menteri besar baru yang akan dikemukakan oleh BN.

"Tuanku dijangka akan membuat keputusan sama ada bubar Dewan Undangan Negeri Perak atau meminta Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas menghadap Sultan Perak kali kedua di Istana Kinta.

kemaskini 11:48pm Menteri Besar Perak dipanggil menghadap Sultan menjelang tengah hari ini, dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai pada kira-kira 11.40 pagi tadi.

kemaskini 11:00pm Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.

Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.

Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa BN negeri cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.

Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga bekas Adun PKR dan DAP yang kini wakil rakyat bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.

'Situasi tidak menentu'

Manakala Adun Bota, Nasarudin - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Selepas mengadap Sultan Perak, Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri.

Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.

Sebelum ini, Najib telah membatalkan satu majlisnya di Putrajaya pagi ini untuk berlepas ke Perak untuk mengadap Sultan Azlan Shah.


[Berita penuh menyusul]

Wednesday, February 04, 2009

LOMPAT MELOMPAT

| | Comments (0) | TrackBacks (0)
1. Saya kembali ke tanahair dari Djibouti dan mendengar berkenaan Ahli Yang Berhormat UMNO Perak keluar parti dan masuk Keadilan (PKR).

2. Kemudian saya dengar pula dua orang ahli PKR hilang. Bila mereka dijumpai cerita yang didengar ialah mereka sudah keluar daripada PKR.

3. Dan banyaklah berita angin berkenaan ahli-ahli Yang Berhormat yang akan lompat dari parti ke parti.

4. Dahulu UMNO dan Barisan Nasional telah cuba sekat kejadian lompat melompat dengan mensyaratkan tiap calon tandatangan surat letak jawatan sebagai ahli Yang Berhormat tanpa tarikh. Kononnya jika setelah jadi ahli Yang Berhormat mereka ingin lompat masuk parti lain maka surat letak jawatan yang telah di tanda tangani oleh mereka akan dihantar kepada Speaker (Tuan Yang di Pertua Dewan) dan dengan itu akan terlucutlan anugerah Yang Berhormat mereka.

5. Malangnya perbuatan ini didapati tidak sah daripada segi undang-undang. Jika mereka ingin keluar daripada parti maka mereka sendiri perlu keluarkan surat yang diperbuat oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka pada ketika itu untuk disampaikan kepada Tuan Speaker.

6. Saya percaya surat yang diperbuat oleh mereka tanpa tarikh dahulu akan ditolak oleh Tuan Speaker. Oleh itu mereka akan kekal sebagai Ahli Dewan walaupun mereka lompat ke parti lain atau mereka akan jadi ahli bebas.

7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.

8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.

9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.

10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.

Monday, February 02, 2009

Sessi Roti Canai 3 -

Sarimi (Intake 5)
Munawar (Intake 1) & Adka (Intake 6)

31 January 2009

Sesi Roti Canai (2)




Azhan

__._,_.___


Sesi Roti Canai (1)


HKS membega internet GLODFLEX perati Azhan, Sarimi, HKS, GOLDFELX,
Presiden, Ghani, Adka