Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Saturday, September 29, 2007

MAJLIS BUKA PUASA AFATS 2007






Braders,

Ucapan Tahniah, setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah Brader Zaini, dan semua AJK terutama Bang Ngah, Brader Radzi, Brader Crab, Brader Shukor, Brader Azhan, Brader Zulkifly, Tuan Iman kita Brader Hj Abdullah dan semualah Brader yang tercatat mahupun tidak, kerana sudi menghulurkan khidmat ikhlas dan sukarela sehingga kita berjaya melaksanakan Majlis Buka Puasa dan Solat Tarawih 2007 dengan jaya sekali. Begitu juga kepada semua Brader yang sudi meluangkan masa untuk datang, baik dari dekat mahupun dari jauh. Walaupun tempat tinggal sebenar Brader nun jauh di Utara, Timur dan Selatan Tanahair. TQ VERY MUCH BRADER


WE ARE FROUD BEING BRADER - LONGLIFE AFATS

Untuk melihat gambar-gambar lain semasa Majlis Buka Puasa 2007, sila klik:

http://zainalpc3.multiply.com/photos/album/56

Thursday, September 27, 2007

Wednesday, September 26, 2007

AL-KISAH RUGBY AFATS DULU-DULU





Al-kisahnya,

Pasukan rugby AFATS masa dulu-dulu ada 2 team, ada team A ada team B. (macam Politik pulak team A-Team B).

Yang team A ni amatlah gagah perkasanya , lawan sana menang, lawan sini menang...
pendek katalah kalau kat Negeri Sembilan tu sebut je nak lawan rugby dgn AFATS habis pasukan sekolah terkencing dlm seluar, termasuk dgn cikgu-cikgi sekali.

Bila turun je kalau tak belasah puluh-puluh mata kat pasukan lawan jgn panggil budak AFATS lah, yang paling confirm sekali kalau ambulan tak bunyi siren angkut pasukan lawan pergi hospital itu OSMAN (Buldozer ) belun turun tu. Boleh dikatakan setiap kali lawan mesti dua perkara tu berlaku.

Yang team B ni pulak tak kurang terror nya, cuma oleh sebab team A terlalu terror maka team B ditubuhkan saje-saje je.... nak ambik hati sekolah-sekolah lain, tak kan asyik nak menang je.... kan?...kan? bagi canlah sikit kat dia orang..............

Menjadi Johan sekolah-sekolah seluruh NS 2 tahun berturut-turut (1969 & 1970).
Lapan daripada anggota pasukan ini terpilih mewakili pasukan NS ke kejohanan rugby sekolah-sekolah Malaysia yg diadakan di Ipoh. NS menjadi Naib Juara di mana Sekolah Perak Juara. (kenalah bagi Perak menang sebab main kat Ipoh, kalau main kat Seremban dah tentu NS menang... bagi can)

Nanti saya kisahkan lagi kali ni team B pulak.


Coretan Brader Azizan

Anggota Team A

App Sgt. Mohd Amin Hj. Zubir - Team Captain
App Sgt Shafiee Ahmad - Vice Captain
App Sgt Sardi Kassim
App Cpl Adam Suhaimi
App Sgt Adian Sairi
App Cpl Md Amin Ridzuan
App Sgt Mohd Mokhtar Muda
App Cpl Mokhtar Sulong
App Haris Adam
AppCpl Munawir Hamim
Appcpl Othman Awang Hussain
App Cpl Aziz Maon
App Cpl Yussoff Manas
App Cpl Abdullah Ab Kadir
App Abdullah Md Amin
App Samad Hassan

Reserves:

App Cpl Ab Hamid Othman
App Cpl Nasaruddin Simon
App Cpl Jaafar Salim
App Cpl Nasir
App Sabirin Sayadi
App Azmi Haron

Keputusan Perlawanan team A pada tahun 1970 (Home)

AFATS Vs SMI PD Won 51 - 0
AFATS Vs KGV Won 28 - 3
AFATS Vs TBS Won 93 - 3
AFATS Vs RMC Won 21 - 10
AFATS Vs VI lost 0 - 16

Tour match

AFATS Vs m'cca High School Won 57 - 0
AFATS Vs RMC Lost 9 - 14


OLEH AZIZAN OSMAN

Tuesday, September 25, 2007

KESERONOKAN BEKERJA




KESERONOKAN BEKERJA

Keseronokan bekerja, sebenarnya adalah anak kunci kecemerlangan. Kecemerlangan kerja samada kakitangan kerajaan ataupun swasta membawa keuntungan dan kejayaan kepada negara dan individu sendiri.

Apabila kita menyebut mengenai berapa orang yang sukakan kerjanya?Sama ada, suka atau tidak, kenyataan yang hakiki, sebahagian hidup kita dihabiskan di tempat kerja, di meja kita, di kalangan rakan-rakan sekerja kita, berdepan dengan bos kita.

Walau bagaimanapun, kita mesti bekerja, tidak kira dengan siapa, kerja apa, atau di mana sahaja untuk menyara hidup kita dan keluarga. Itu adalah tanggung jawab kita.Jadi, bayangkanlah bagaimana keadaan hidup kita ini, sekiranya kita tidak suka, tidak seronok dengan apa yang kita lakukan, yakni tidak seronok dengan kerja kita, tempat kita mencari rezeki.

Ini bermakna kita terpaksa mengheret diri kita ke tempat kerja dan menghabiskan sebahagian besar kehidupan kita dengan penuh rasa bosan, malas, bersungut sepanjang hari sehinggalah jam menunjukkan jam 4.30 atau 5.00 petang barulah kita akan berkeadaan cergas semula, boleh tersenyum dan bersemangat untuk pulang ke rumah!

Begitulah keadaannya dengan orang yang tidak suka dan tidak berminat dengan apa yang dilakukannya, tetapi terpaksa bekerja untuk menyara hidup dan keluarganya! Keadaan ini akan menjejaskan imejnya sebagai pekerja dan merupakan masalah serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh majikan dan negara.Ternyata sekali, kurangnya semangat bekerja, bekerja tanpa motivasi serta tiadanya sistem bimbingan pengawasan yang praktikal, akan menyebabkan timbulnya mutu kerja yang tidak berkualiti, produktiviti yang menurun dan mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Satu persoalan yang harus kita renungkan bersama, apakah mungkin kita gabungkan diantara kecemerlangan, kualiti, produktiviti dan perkhidmatan kita dengan keseronokan bekerja?
Tidak bolehkah agaknya kita meningkat maju atau naik dengan cara menyukai kerja kita, meningkatkan keupayaan dan minat kita untuk menyukai, apa yang kita lakukan, tidak kiralah apa pun kerja kita ketika ini - amanah sebagai pekerja pejabat, kerani, pegawai ataupun eksekutif.

Anak kunci kejayaan peribadi, produktiviti, kenaikan pangkat dan gaji yang lumayan sesungguhnya bergantung kepada minat dan semangat bekerja kuat individu itu sendiri, disertai dengan sikap seronok dan cintakan kerja.

Oleh sebab terlalu seronok bekerja ada kalanya kita tidak sedar hingga pukul berapa kita bekerja siang dan malam. Orang beginilah yang akan menikmati kepuasan bekerja. Biasanya ganjaran bagi orang yang dapat menikmati keseronokan dan kepuasan bekerja ialah pangkat tinggi dan gaji lumayan serta dipandang tinggi oleh masyarakat.

Saya tidak pernah melihat, terutama yang bekerja di firma swasta, seorang pekerja yang tidak sukakan kerjanya, sentiasa merasa bosan dan bersungut, tidak sukakan bosnya kemudian dinaikkan pangkat dan gaji yang tinggi. Apa yang saya tahu mereka akan diturunkan pangkat diletakkan dalam cold storage dan akhirnya dipecat.

Cuba kita perhatikan pekerja bagaimana yang menjadi kesayangan dan rebutan majikan.Ciri-cirinya adalah seperti berikut:

* Pekerja yang benar-benar tahu dan mahir dalam kerjanya. Apabila diberi sesuatu tugasan, dia sentiasa berasa bangga, take pride dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya, walaupun orang lain tidak sanggup dan tidak mahu hendak mengerjakannya. Pekerja begini mudah dikenal pasti. Sekalipun majikannya tidak perasan, tetapi yang nyata orang luar yang berurusan dengannya boleh nampak dan mudah mengenalinya. Apabila pekerja ini ingin bersara awal, peluang baginya untuk berniaga atau bekerja di sektor swasta amat cerah. Itulah ganjarannya.

* Sentiasa menjadikan matlamat jabatannya sebagai matlamat dirinya sendiri dan sentiasa berusaha di sisi bosnya untuk mencapai matlamat tersebut, tidak kira berapa besar halangan dan cabaran yang harus ditempuhinya.

* Sentiasa berminat atas segala masalah dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat atau jabatannya. Dia cuba memahami masalah tersebut seolah-olah dia sebahgian daripada pasukan ketua jabatan atau Pengarah Urusan yang bertanggungjawab. Dia mengambil inisiatif merancang kaedah penyelesaian dan mengemukakan pelan tindakan kepada bosnya untuk perbincangan lanjut dan menawarkan dirinya melaksanakannya berdasarkan pengalaman dan kemahirannya.

* Sentiasa sanggup bekerja lebih masa, memanjangkan waktu kerjanya, melipatgandakan usahanya 10% lebih daripada rakan-rakan sekerja yang lain tanpa mengharapkan ganjaran lebih.

* Sentiasa bersifat jujur, amanah, bersikap terbuka, disenangi, bijak berkomunikasi, mempunyai personaliti yang menarik, bermotivasi tinggi dan berakhlak mulia.Itulah di antara ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada diri orang yang sentiasa in great demand dan menjadi rebutan kepada majikan.Motonya berbunyi:

Ganjaran yang akan kita peroleh di dalam hidup ini akan mencerminkan tahap perkhidmatan kita yang sebenarnya terhadap masyarakat.Daripada aspek kewangan pula, wang ataupun ganjaran yang diperoleh adalah sebagai `pertukaran' kepada perkhidmatan yang telah ditawarkan.

Pekerja yang disayangi oleh majikannya adalah mereka yang berusaha memahami kehendak majikannya dan berusaha mencapai matlamat syarikat serta menaikkan imej kedua-duanya.Walau apa sahaja `kerja' kita, tugas kita yang pertama dan utama ialah menaikkan imej bos kita, serta imej jabatan dan organisasi yang diterajuinya.

Monday, September 24, 2007

THE SOLDIER'S BOYS INCORPORATED




KUGIRAN AFATS PERTAMA 1970


kiri : App Hamdan (1st) Drum, App. Ideris (1st) Bass, App Azizan (3rd) Lead & App Hussin (2nd) Rythmn
Duduk dari kiri : App Sgt. Amin (1st) Singer, App Minhat (1st) Singer & App Abd Rauf (1st) Percussion

Saturday, September 22, 2007

ORANG BERJAYA CINTAKAN KERJA


Orang Berjaya Cintakan Kerja

Kita masih memperkatakan mengenai kejayaan. Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan, kenaikan pangkat, gaji yang lumayan dan sebagainya, kita haruslah menanamkan tabiat membuat kerja lebh daripada apa yang dibayar. Akhirnya, kita akan dibayar lebih dari apa yang kita kerjakan. Ini merupakan prinsip kejayaan dalam kerjaya.

Mengikut undang-undang alam, undang-undang timbal balas, the law of increasing returns, menyatakan apabila kita mengamalkan tabiat ini, akhirnya kita akan menghasilkan ganjaran yang berlipat ganda. Ganjaran berupa kewangan dan keuntungan daripada perkhidmatan cemerlang yang kita berikan, contoh memperoleh gaji atau bonus yang lebih, kenaikan pangkat, status, imej diri sendiri dan juga imej organisasi.

Ini adalah satu kebenaran dan kenyataan yang telah terbukti! Daripada apa yang kita lihat atau jika kita bertanya kepada mereka yang telah berjaya sebagai pemimpin, big boss, jutawan dan apa jua pangkat dan jawatan tidak seorang pun yang berjaya itu adalah dirinya tanpa mengamalkan tabiat berkerja lebih daripada apa yang dibayar pada peringkat permulaannya.

Hampir semua orang yang berjaya, kaya dan ternama terdiri daripada mereka yang bermula dari peringkat bawah dan mengamalkan tabiat sedemikian. Akhirnya, ia akan membuahkan kejayaan yang lebih besar untuk status, perniagaan atau kerjaya mereka.

Mengikut undang-undang timbal balas, “berapa banyak usaha yang kita pertaruhkan dalam pekerjaan dan kehidupan kita, maka sebanyak itulah yang akan kita dapat balik.”

Kalau kita masukkan 10%, maka 10% yang kita akan dapat balik, dan jika kita kerja setakat RM500, maka RM500 yang akan kita terima. Kita tidak akan dapat RM5000, kerana usaha kita tidak sampai ke tahap itu! Oleh itu, jika kita mahukan lebih pendapatan, lebihkan jam kita bekerja dan lipat gandakan usaha kita, insyaAllah.

Persoalannya sekarang, bagaimana kita boleh wujudkan tabiat suka bekerja?

Kita mesti mempunyai elemen atau unsur-unsur suka ataupun cintakan kerja yang kita buat. Dengan perasaan minat, suka dan cintakan kerja, seseorang itu akan dapat menunjukkan dan melakukan kerja yang lebih cemerlang, cekap, berkualiti serta pantas di samping menyerlahkan segala bakat dan kebolehan dirinya.

Daripada kajian yang dibuat, penduduk dunia hanya menggunakan 10% dari kebolehan serta keupayaan mereka dalam kerjaya mereka. Bayangkanlah betapa ruginya, 90% daripada kebolehan, bakat dan potensi diri terus terkubur dalam diri kita tanpa dibangunkan. Faktor itulah, kita mendapati jumlah jutawan di dunia ini kurang daripada dua peratus.

Orang yang menikmati keseronokan bekerja akan bekerja tanpa mengira waktu, tidak berasa bosan dengan kerja yang disukainya dengan kadang-kadang tidak menghiraukan makan minum dan lupa waktu tidur.

Mengikut undang-undang bekerja, “semakin tinggi tahap keseronokan kita bekerja, semakin tiggilah ganjaran kewangan yang bakal kita terima kelak. Semakin tidak seronok kita bekerja, semakin kuranglah pulangan wang yang bakal kita terima dan semakin kuranglah produktiviti dan kualiti kerja kita.”

Kebanyakan orang berasa bosan atau benci dengan pekerjaan mereka, mengapa agaknya?

Hakikatnya jika, kita bekerja semata-mata untuk makan gaji sahaja, memanglah cukup bulan kita akan terima gaji. Sekiranya setiap hari kita datang bekerja dengan penuh semangat untuk menaikkan syarikat dan jabatan serta diri kita sendiri, kita akan mendapat manfaat sepenuhnya.

TUJUAN KITA BEKERJA

Pertama : Bekerja untuk mendapat gaji bagi menyara kehidupan, keluarga dan anak-anak kita.

Kedua : Bekerja untuk menaikkan nama syarikat atau jabatan kita.

Ketiga : Bekerja untuk belajar dan mencari pengalaman.

Keempat : Bekerja kerana kita seronok bekerja dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti, keuntungan dan imej jabatan kita.


Maka hasilnya sudah tentu cukup bulan kita bukan sahaja akan menerima gaji, tetapi sekali gus menerima sanjungan daripada bos. Pengalaman dan pengetahuan yang amat penting bagi kita dan akhirnya diri (self esteem) yang tinggi. Kita telah menghasilkan suatu tugas atau kerja yang memuaskan (a job well done). Bagi saya, inilah saat yang amat menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada diri saya.

Dan sebaliknya, bayangkanlah keadaan orang yang pergi bekerja sekadar bekerja untuk mendapatkan gaji. Mereka sekadar mengisi masa bekerja dan kemudian menunggu waktu pulang. Bagi mereka setiap hari adalah hari-hari yang membosankan, sama sahaja, tiada sebarang perubahan, peningkatan mahupun ilmu pengetahuan tambahan.

Kita boleh mengenali wajahnya, pergerakannya, percakapannya dn orang yang didampinginya. Pekerja yang kurang bermotivasi dan bersikap negatif akan mengurangkan kualiti serta produktiviti jabatan atau syarikatnya. Pekerja yang begini tidak akan mencapai sebarang kejayaan, keuntungan, peningkatan diri, syarikat atau jabatannya, malahan dia hanya menipu dan merugikan dirinya sendiri, serta menjadi bebanan kepada jabatan termasuklah merugikan sumber tenaga, malah turut -membebankan Negara.

Kadang-kadang kita perhatikan orang yang tidak pernah seronok di tempat kerjanya, dia juga tidak pernah seronok di rumah, dalam persatuan, malah di mana-mana sekalipun. Keseronokan dan kegembiran lebih merupakan tabiat mental seseorang. Kalau kita seorang yang periang, positif, kerja apa pun, dimana-mana pun, kita akan berasa gembira, dan seronok. Rasa keseronokan itulah yang akan membawa tuah, rezeki dan kejayaan pada diri kita.

Jadi, kalau kita mahukan perubahan, kejayaan, kenaikan pangkat, gaji dan sebagainya, kita kena suntik unsur sukakan kerja, (in love with what we are doing) dan mempunyai niat dan matlamat untuk menaikkan jabatan atau syarikat kita.

Apabila syarikat kita naik, maju, dan produktif akan menguntungkan Negara. Dan kita sebagai rakyatnya akan makmur. Apabila Negara kita kaya dan makmur, kita juga akan turut merasai kemakmurannya. Untuk itu, sama-samalah kita mempertingkatkan kualiti diri, keluarga dan kerjaya kita.

“Anak kunci kecemerlangan kerjaya ialah `keseronokan bekerja’. Keseronokan berkerja adalah rahsia mencapai kejayaan, kekayaan dan keselesaan hidup. Cintakan kerja, jadikan tabiat seronok bekerja sebagai amalan hidup”

Friday, September 21, 2007

PART V1


Brader, (Part 6)

Semalam tidak mengapa tetapi untuk tempoh 3 tahun bukan kepalang.
Apa guna cerita asrama-asrama sekolah lain. Nak tahu nostalgianya teruskanlah membaca ruangan ini.
Saya mulakan dengan waktu saya junior, salah, mula dengan interview lagi. Interview dipanggil melalui Surat Resmi Kementerian Pertahanan. Datang interview selama 2 hari 2 malam. Ngeri kalau kita bukan darah pahlawan. Surat tu suruh bawa pakaian sukan (game order) warna putih T-shirt berkolar, seluar pendek putih, stokin sukan putih dan kasut sukan pun putih. Mana ada zaman ini temuduga sebut sampai 'game order'. Tempat berkumpul di Stesyen Keretapi Seremban. Naik bas EME School hijau yang ada hidung tu. Masa itu escort bas tu pakai senjata sterling. Kita budak kampung terjeling-jeling nak tengok senjata tu. Maklumlah kelopaknya bengkok dan panjang. Panggil nama dan secara spontan kita jawap "Pak Cik". Serta merta kena marah "kepala otak kamu! Pak Cik". Jawab "staf". Fuyoooh, terkejut bodoh tu waktu itu. Samseng kampung hilang taring, kuku termasuk, ekor masuk bawah peha, batu naik sampai bawah dagu.

Brader, slogan 'correct at first time and correct all the times' telah diaplikasikan seawal beberapa patah perkataan pertama dengan tentera masa itu. Menegur kelemahan jangan tunggu lama. Akhirnya kita tidak akan buat lagi kerana impek teguran pertama amat berkesan.

Ada yang naik truck 3 ton, juga ada hidung. Sampai EME School lama, kita di bariskan dan taklimat untuk masuk bilik. Brader ingat blok mana ? Blok bilik Akedemik kat bawah tu. Ingat ke kita mandi guna kolam kanvas hijau yang didindingkan dengan canvas dinding muckey tent ! Bila malam beberapa brader senior datang sembang. Ada yang belikan mee dan nasi lemak untuk seorang dua. Masa tu Brader Ayob (Senior Apprentice Sargent) datang memberitahu skot mereka dan lain-lain brader untuk tidak mengganggu kita.

Selain dari ujian bertulis kita juga diarahkan untuk bermain beberapa permainan di padang EME School. Mereka berikan greding, maksudnya, ada markah sukan. Waktu itu kita belajar bahawa sukan dan kecergasan fizikal bukan doktor sahaja yang periksa. Nilai sukan diaplikasikan untuk memastikan kita dari kalangan kanak-kanak yang cukup cergas. Relevensi mengaitkan sukan sebagai penting untuk maju dan untuk bekerja dengan kerajaan waktu itu, jelas.

Temuduga akhir di laksanakan di Kementah dekat bangunan konkrit lama kawasan Tenaga Kerja. Dato' Abul As kalau tidak silap saya sebagai Pengerusi Lembaga No. 3. Balik ke kampung menunggu jawapan.

bersambng . . . Nostalgia Afats.

ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)

PART V





Part V



Musim yang berganti terlalu pendek untuk dikatakan panjang, Durian 3 kali musim telah gugur, kita masih menuntut dan berguru, Sukar juga untuk anak warisan 100 % ini untuk di dewasakan. Apa tidaknya, untuk mencapai akedemik yang terbaik, kita semua belajarlah dengan sistem pembelajaran kita tersendiri. Suasana cara belajar kita kan sukar dikawal, maklumlah semua jagoan tengik dari seluruh pelusuk negara. 'Mind setting' kita waktu itu, nak jadi perwira dalam salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dengan harapan tinggi menggunung mengganggam watikah akedemik teknikal dan saintis.

Jelasnya ATM telah mengorak langkah pembangunannya mengimbangi lagak tentera serantau. Mana tidaknya, waktu itu peperangan vietnam berhamburan buminya, vietkong dengan tentera Amerika Syarikat, badang bodoh tu. Kita yang muda ini lagak jalan macam Bruce Lee, pantang tersentuh, lantas mengadap lawan, macam Hang Jebat dalam perguruan. Tetapi bila anak gadis tempatan sentuh, terus tukar jadi cair leher bak lilin dibakar. Lentok liuk manja konon. Lupa nak kena starlight.
Nak sebut ke nama . . . . . jangan brader. Saya ta jadi hal, kalau tidak diakui ada awek (terminology dulu-dulu) pun nanti 2 minggu halaman email kita akan kecoh brader semua kutuk saya.

Bagusnya waktu itu, semua brader sekapal tahu siapa awek kepada siapa. Saya masih ingat beberapa antara brader kita yang memiliki saham yang tinggi di seantaro Port Dickson. Dari Seremban, Lukut, Kampung Arab, bandar P.D (semua kedai termasuk kedai Ani - mee hailam) jika ada pelayannya anak gadis, semua budak Afats yang ada saham mereka kenal, walaupun kita tidak kenal mereka semua. Jika masuk kedai tu setiap mereka tanya si mat tiarap (mereka gelarkan kita mat tiarap) itu dan ini, keluar ke tidak. Salam dari awek-awek ni macam-macam ada. Cantiknya, semua ada disiplin. Tiada sesiapa pun yang ambil kesempatan. Memilih awek pun ikut seniority. Brader yang sulung tetap tolong memaklumkan salam yang dikirimkan awek brader Intermediate begitu juga yang Junior. Betul ke Amir Abdullah (Saudagar Pengawal Republikan di Kucing).

Panjang ni brader. Itu baru sampai pekan P.D. Belum masuk ke SMK PD dan SMI PD. Belum sentuh nostalgia Kg. Sawah, Teluk Kemang, Pasir Panjang hingga Pengkalan Kempas belok ke Linggi. Apa pun saya tetap setia dengan yang dulu, Noni namanya, walaupun ada dugaannya. Alhamdullillah. Walaupun tidak ramai yang awek mengawek ni.
Yang tidak mengawek ini bukan tidak macho, cuma pilihan agak terhad di P.D tu. Mat Tiarap yang miang waktu itu lebih kurang 50 orang dari 180 orang. Mana cukup nak tampung. Jejaka pemburu ramai lagi di kalangan sojar-sojar (soldier) lain di P.D Garison.

Asas ilmu, sempadan dan tauladannya adalah, hormat kita bukan sekadar brader tetapi melebihi adik beradik. Mana tidaknya, hukuman yang kurang sopan dan kurang tertib ini amat keras dan menakutkan (takut dalam ertikata klasifikasi waktu itu). Usahkan kena jumpa "Big Boss", jumpa "Kapala" pun dah cukup masak. Big Boss dan Kapala tu 2 jawatan tertinggi yang mentadbir dan memastikan sumpah semerah padi dipatuhi, terutama nilai wawasan Melayu jati, bukan gengterism, tetapi cukup berkesan hingga kini. Saya sendiri tidak akan memanggil senior saya dengan nama. Saya mesti guna brader atau abang di hadapan nama mereka. Saya faham mereka ini lah salah seorang ulamak kita yang dimaksudkan dalam Hadis Rasullulah itu, jangan jauhi mereka kalau inginkan ilmu.

Maaf, brader terlalu panjang. Untuk kita, durhaka kalau kita tidak hormati senior kita. Apa pun keadaannya. Tolong.

SUMPAH SEMERAH PADI, XAfats Tetap Jati.
Ajoi Kolopilah.

Thursday, September 20, 2007

NOSTALGIA AFATS - SAMBUNGAN







NOSTALGIA AFATS:

Part 1v

Untuk Tempoh 3 tahun kita dilatih - adakah patut kita masih belum pandai mendisiplinkan diri. Antara lainnya:

Masih alpakah kita untuk bangun pagi-pagi (sebelum Subuh) - kitakan dibentuk begitu !
Masih malaskah kita untuk membersihkan tempat tidur awal pagi - kitakan dibentuk begitu ! Layout kits dari katil, kasut bawah capoi, pinggan, kole, sudu, garpu, towel, bantal lurus guna tali atau ditenang oleh kawan kita yang katilnya di tepi sekali.

Kita sanggup marah dan dimarahi sesama kita kerana mematuhi disiplin asas ini. Kita tidak bergaduh.

Walaupun tiada mesin basuh eletrik waktu itu, kotorkah baju kita. Kita juga dilatih untuk basuh baju bukan sekadar baju sendiri, malahan baju brader kita yang tua. Demi memastikan rasa malas itu hilang dari diri brader kita.

Apa akan terjadi jika kelambu kita berlubang ? Show parade lah jawapnya. Itu dianggap ringan hukumannya. Selalunya Show parade dengan layout kits (kail danalmari masuk parade yang dipanggil "behind guards"

Petang hari jam 1830 waktu itu semua katil (capoi) telah siap menggantung kelambu pocong hijau seolah-olah kita akan masuk tidur jam 7 malam. Mereka yang bermain atau lambat balik, tetap ada kawan yang tolong gantungkan kelambu dan ambilkan nasi dari 'cook house' untuk mereka terus makan menjelang hari esok. Adakah kita perlu tanya kawan kita untuk itu semua ?

'Prep Hours' pergilah sendiri ke kelas, yang nakal itu bukannya mereka jahat tetapi tulin ada kerja kumpulan untuk tidak ke prep hours.

Hanya kentin Apek Tua dengan anaknya yang ada TV, itu pun tidak sepenuh mana waktu malam sebelum kita melabuhkan kepala. TV bukan satu trend untuk melepak asyik kecuali seorang dua.

Hari-hari cuti minggu dan hari cuti umum lainnya, aktiviti riadah sedikit cuma, macam saya 'dating' juga. Tetapi ada masa untuk kemaskan diri antara lainnya, membakar spring katil kerana pijat, hangit bilik asrama kerana memanggang pijat durjana.
Hari cuti juga untuk cuci segala, kasut bakar membakar, tampal menampal, kalau bukan aktiviti tentera, brader yang senior bikin cerita. Boot bola, baju ragby Bukta, kayu hoki, jersy sukan, semuanya dibersihkan, di kiwi dan dijemur.

Gemuk obes kah kita, yang ada bukannya Mc Dee, Kentucky atau Pizza. Cuma Maggi mee segera, sampai kuning semua verenda.

Kedai buku waktu itu jarang dilanggan oleh kita sebab buku tulis di beri percuma. Bukan nipis tetapi setahun ta habis guna.

Alhamdullillah cukup BAHAGIA ANTARA KITA.

. . .. bersambung nostalgia.
ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)



AFATS NOSTALGIA













AFATS nostalgia

Part I...Siapa budak sekolah paling muda berkawad kaki (macam orang dewasa) dalam tentera kalau bukan budak AFATS, mengadukah kita? mengadu pada siapa?

Terhinakah kita kalau brader macam Fathullah dan yang lain, berkawad hentak kaki dalam tong sampah getah dekat cook house, dengan senjata SLR, bukan M-16 atau HK atau Baretta atau Styer.

Sanggupkah budak sekarang mencekah senjata SLR untuk menembak terutama peluru blank semasa latihan Kem Tahunan।Adakah tentera sekarang menjalani ujian membuka memasang senjata SLR, ujian mengisi peluru. ujian TSM (tindakan serta merta), senjata tembak baik, senjata henti! 'Kelopak kosong' atau peluru tak meletup atau pin peletup patah?

Sanggupkah budak sekarang mengusung katil dan seluruh layout kit untuk show parade semasa pengawal di dirikan ? Sanggupkah mereka STANDBY BED dari jam 2200 hingga jam 0100 kemudian kilat kasut semula hingga jam 0200 sebab kena tenyeh oleh senior kita?Sanggupkah mereka crowl bawah capoi double decker 100, 200 hingga beribu pusingan ?Adakah masa kita untuk tidur petang selain hanya hari minggu?Masuk baris seawal jam 0645, MASUK BARIS, KEKANAN LURUS, NOMBOR! LAPOR, PERIKSA BARIS, NYANYI LAGU NEGARA KU, DAN KENA AMBIL NOMBOR SEBAB KASUT TAK KILAT / BAJU TAK GOSOK / RAMBUT PANJANG?

Ada ke budak sekolah pakai seluar AMCO, Levi's, Madrid, Lois, Lee, Wrangler dengan kasut Johnson Cossack, Adidas, Puma, Nike, John Wright. Baju Lacoste, Arrow, Levi's, Lee, Borgard, Bukta, Grand Slam, Lois?Perlukah kita dulu minta wang saku dengan keluarga?Mengadukah kita jika kena star light, tumbuk, tendang?Jemukah kita untuk mengemas tempat tidur dan pasang 'LAY OUT KITS' setiap hari kecuali hari cuti ?Jemukah kita setiap hari minggu makan Maggi?Risaukah kita bila bertanding acara sukan nak lawan dengan siapa?Jika main Ragbi, bukan gol sahaja yang kita kira, tetapi kita juga kira berapa orang pemain lawan yang akan naik ambulan yang kita juga sediakan?Sanggupkah kita berlatih main volley ball dengan LKpl Bouy? Berlatih Ragbi dengan "Mat Salleh tu"?




Part II . . . . . . . . ceritakan dengan anak-anak kita.Bodoh ke kita sekolah aliran orang putih, tetapi tiada guru yang betul-betul mengajar B. Inggeris melainkan buka muka surat jawab soalan je?Bodoh ke kita tanpa kelas tambahan untuk duduk peperiksaan MCE?Tidak ada langsungkah anak-anak dara di sekolah menengah sekitar PD yang tidak kenal budak Afats?Tak tahu agamakah dan tak pandai melukiskah kita untuk ambil subjek Lukisan dan Agama Islam tanpa guru dan tiada dalam jadual waktu Afats? NOSTALGIA itulah AFATS (SPPAT)





Part III . . . .Budak mana yang paling nakal, bila ada fun fair kat PD, bila hampir fun fair nak tutup lebih kurang 1 jam terakhir, naik kuda terbang yang paling laju . . . . special request terbang, saya teringat Hamdan, Mansor, Amir, Radhi, dan lain-lain yang kepala siut tu, macam-macam adeee ,Pelajar yang paling tidak rasa presure langsung untuk duduk peperiksaan MCE, adalah budak Afats. Bolih jawab dia tunggu dalam kelas buat sampai habis, kalau susah 30 minit dah ada yang keluar, bukan balik baca buku tetapi tukar pakaian sukan main tennis, sedangkan kawan yang periksa masih dalam kelas.Sepanjang 3 tahun di Afats, jadual waktu memang ada, tetapi waktu tidur dalam kelas (tidur baring alas overall) dengan waktu belajar sama banyak kalau tidak pun kurang sedikit.Hisap rokok, jangan cerita, 96 puntung satu hari dalam bilik saya Senior Apprentice Sargent, tu . . . yang hisap . . . . . jangan cakap saya buka ruangan ini untuk mereka mengaku . . . . saya hisap . . . . .Intake saya yang lapor memang dah hisap rokok pun . . . . jangan cakap . . . .Bab anjur wayang kulit . . . . lain . . . . . yang tukang pasang layar ! ada . . .yang tukang simpan . . . . pun ada . . . .Tukang tulis buku . . . . . hutang pun ada . . . . .yang buat . . . terbakar pun ada . . . . . . yang tonton rewind pun ada. . . .SIAPA ! ! ! haaaaaa biar pecah diperut jangan pecah di mulut kecuali dia sendiri nak pecahkan he . . .he . . .Saya baik punya budak . . . . tumbesaran yang cukup matang itu lah Afats punya budak॥ . . .bersambung . . . .










Coretan dari brader:ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)
















Wednesday, September 19, 2007

PENGILAP EMAS PUDAR WARNA


PENGILAP EMAS PUDAR WARNA

SEDIKIT YANG TINGGAL
SEDIKIT ALLAH YANG TAHU
BANYAK TERTUMPAH DARI DIKENDONG
YANG ADA MUNGKIN BERAS
MUNGKIN MELUKUT

PUTIH YANG DIUNGKAP ADA EMASNYA
EMAS YANG DIDAKAP NILAINYA GELOMBANG
DIGILAP TERTENTU RAMUANNYA
ALPA DEK KURANG ILMU USAHA
LOGAM KERAMAT INI TERTENTU USAPANNYA
HANYA MEREKA YANG DIA ANUGERAHKAN
RAHMAT SIAPA PENERIMANYA
LAGI KETENTUAN ALLAH JUA
YANG MAHA ADIL KEPALANG
TADBIRNYA JUGA KEPALANG
MANUSIA HANYA CIPTAANNYA
MENCIPTA ADIL DUNIA

TELAH DIWASIATKAN
DERITA PERSALAHKAN ZAT MELATA
HARAPKAN EMAS PUDAR KILAUAN BERPANJANGAN
NYATA KURANG FAHAMNYA BERDUKA
ATAS NAMA EMAS PUDAR WARNA

EMAS USIA TIADA BATAS
SEUSIA MASIH BERMASA
DURHAKA MENGUNDANG BISA
ULAMA' MERATA DENGARKAN DIA BERCERITA
TIDAK BERAKHIR MULA AKAN TAMAT
CUBALAH BATU BUKAN KERAS
EMAS PUDAR KILAUAN HARAPAN MUNGKIN ADA
ALLAH EMPUNYA NERACA
KITA MENGGAPAI PUNCA
ANTARA ANUGERAH DAN BALA
TERBAIK BERADA DISEDERHANA
CERITA NASIHAT PUAKA
SEMOGA BERJAYA

NUKILAN: AJOI DARI KOLO PILAH
ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)

SPPAT AFATS ILUSINASI KITA







SPPAT AFATS ILUSINASI KITA

MENYUSUR SUARA BERKATA JAYA
RESTU AYAH BONDA BERDOA MOGA BERJAYA
KHATAMNYA TIGA PULUH ENAM PURNAMA
BEKALAN MEREMPOH SEADANYA USIA
AMALAN AGAMA PASTI NERACA KITA

ONAK SALJU PANAS MUKA BUMINYA
NAKHODA LAYAR DAYUNG DAN GURUH MELANDA
TATKALA SYURGA IBARAT MILIK KITA
NERAKA TIADA DALAM BUSANA
DARAH WIRA ACUAN BERTATAH PELBAGAI PERMATA
YANG KELIHATAN CAHAYA BERLIAN
TEDUHAN KACA BATU GELIGA

ULAMA' DUA ABAD TUA DAN MUDA
SUARA DAN LAKONAN PETUA ALAM DAN HARI KEMUDIANYA
BRADER TANDA SEGUA KULIAH DITIMBA
GRADUASI PADANG JARAK BUKAN SEKALI MALAHAN TIGA
MAHIR TIDAK SECUKUP PELENGKAP MENGHARUNG DEWASA

RIBUAN HALUAN AFATS HAMBURAN SUARA
TUAIAN BERBALOI ANTAH SEDIKIT CUMA
SEDIHNYA LAMA BELUM TERSUA
KETAGIH SENTUHAN KERINGAT SATU NAKHODA MATANGNYA
INGATLAH SUMPAHAN TANPA SUARA
AFATS AKIBATNYA RINDU BERSEMUKA
DENDAM LAMA SEMENTARA HUJUNG USIA
SILATURRAHIM KERAMAT INGIN BERSUA
MENGAMPUNKAN DOSA WALAUPUN MASIH TIADA
AFATS SPPAT WATIKAH ILUSINASI KITA

NUKILAN PUAKA: AJOI KOLO PILAH
ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6
)










Friday, September 14, 2007

530177 BRADER ZAINAL ABIDIN KEMBALI KE RAHMATULLAH




Pada 12 Sep 2007 (Rabu) lebih kurang jam 07.30 pagi, Allahyarham Brader Zainal Abidin bin Othman, semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Kenanga, Batu 16 Rawang, Selangor ke Kuala Lumpur dengan menunggang motosikal bersama anak perempuannya telah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Kemalangan berlaku di kawasan Templer Park, Kuala Lumpur bilamana motosikal yang dinaiki diberitakan telah bertembung dengan sebuah lori yang dipercayai membelok menghadang laluan motosikalnya secara tiba-tiba.

Allahyarham telah dikejarkan ke Hospital Selayang, Kuala Lumpur dalam keadaan cedera parah di bahagian kepala, telah gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada lebih kurang jam 19.30 hari yang sama.

Jenazah Allahyarham Brader Zainal telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Melayu, Rawang, Selangor pada 13 Sep 2007 (Hari Pertama Umat Islam Berpuasa di Malaysia Tahun 2007) lebih kurang jam 11.30 pagi. Alfatihah.

Thursday, September 13, 2007

AZAM DAN MATLAMAT, KUNCI KEJAYAAN HIDUP



AZAM DAN MATLAMAT, KUNCI KEJAYAAN HIDUP

Apakah yang dikatakan matlamat? Matlamat boleh didefinisikan sebagai arah tujuan atau kompas kehidupan. Ia menentukan apa jua yang kita inginkan atau harapkan akan berlaku dan menjadi kenyataan kelak. Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita.

Hidup tanpa sebarang matlamat tidak ubah seperti kapal tiada nakhoda, terumbang-ambing dipukul gelombang, hanyut di tengah lautan. Kalau bernasib baik, maka terdamparlah ia di tepian pantai dan jika sebaliknya, hanyutlah ia dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan tenggelam.

Begitu juga dengan keadaan diri kita dalam menjalani kehidupan ini. Sekiranya kita tidak mempunyai sebarang tujuan hidup atau cita-cita atau sekadar mengharapkan sesuatu yang baik berlaku ke atas diri kita atau sekurang-kurangnya tiada perkara yang buruk berlaku di dalam hidup kita, peluang kita untuk gagal dan daif akan terbuka luas. Kita perlulah berdoa
kepada Allah sambil bekerja kuat seperti berikut:

”Ya Tuhan kami, berikan kepada kami rahmat di sisi-Mu dan saipkanlah untuk kami (keadaan) yang baik dalam urusan (kerja) kami.”- al – kahfi: 10

Walaupun perkataan matlamat dan azam mempunyai hubung kait, tetapi pada hakikat sebenar kedua-duanya mempunyai pengertian yang berbeza.

Kita tinjau perbezaan dan kaitannya।matlamat ataupun goal memperkatakan mengenai aktiviti, manakala azam pula menceritakan mengenai tujuan ataupun sasaran.

Matlamat boleh dirumuskan sebagai apa dan bagaimana। Contohnya kehidupan bagaimana yang kita inginkan ataupun `apa kehendak kita’। Manakala azam atau sasaran pula merumuskan mengenai `mengapa’ kita ingin mencapainya.

Matlamat memperkatakan mengenai pencapaian dan spesifik sementara azam menitikberatkan mengenai semangat dan motivasi ke arah pencapaian tersebut.

”Apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah (kerja dan sabar). Sesungguhnya Allah menyayangi orang-orang yang bertawakal (kepada-Nya).”- Al-Imran: 159

”Orang-orang yang tidak tawakal kepada Allah atau takut gagal atau takut mati kerana berjuang, mereka itu sentiasa menderita zahir dan batin. Oleh sebab itu, mereka ketawa sedikit dan banyak menangis sebagai balasan daripada apa yang mereka usahakan”.- At-Taubah: 82

Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita.





Monday, September 10, 2007

REUNION ULUNG AFATS 16 DI SEREMBAN

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan skot , allhamdulillah perjumpaan yg diadakan julung kalinya bagi intake 16 berjalan dgn lancar. Kita dapat mengumpulkan lebih kurang 20 org lbh rakan2 yg dah lama tak bersua bertempat kat Johan tomyam senawang. Antara yg hadir pada perjumpaan julung kali tersebut:

1. Halim Rawang
2. Dolhishim n.9 now kl
3. Roswera seremban
4. Shahrani seremban5. Nasir pilah now kl
6. Shamsuddin tto ijed
7. Rosli merlimau
8. Ateng now bt. beruntung
9. Zainurin now pd
10. Mahir now bomba ipoh
11. Azmannoor now naval base pasir gudang
12. Waang labu sendayan
13. Fadil md kilau now damansara
14. Jantan now sg. buluh
15. Hamee bujang now lumut
16. Jaafar now damansara
17. Karim oplat mindef
18. Rosdi pendek now penang
19. Fazli now Taiping
20. Fuad bek - bek now sg. petani
21. Yusuf 2121 now bworth
22. Zaidi kodiang now baling
23. Ainol adnan now KL

Insyaallah kita akan aturkan lg pertemuan slps ini n kita akn cuba bentuk utk gabungkan bersama braders. Dalam perjumpaan tersebut kita ada membuat sedikit sumbangan kepada aruah address yg baru meninggal.

DARI : FAZA HAMAT

Tuesday, September 04, 2007

PERJUMPAAN PERDANA AFATS INTAKE 7



















Perjumpaan Perdana AFATS Intake KE 7, telah laksanakan dengan dijayanya pada 1 Sep 2007 (Sabtu) di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, Perak. Sejumlah 30 bekas Perantis Intake 7 serta ditemani bersama keluarga masing-masing berhimpun dengan penuh ceria, sambil bermesra dan bergelak ketawa diiringi dengan gurauan-gurauan nakal sambil mengenang kembali kisah silam lampau yang terpahat indah dalam sanubari masing-masing. Adalah diharapkan, perhimpunan ini menjadi satu lagi titik sejarah dan ingatan indah serta akan terus dikenang hingga ke akhir hayat. Kami bertekad dengan sepenuh hati dan bercadang untuk mengadakan perhimpunan seperti ini sekurang-kurangnya tiga tahun sekali. InshaAllah.

Untuk lihat gambar-gambar keseluruhan majlis, sila klik:

http://zainalpc3.multiply.com/photos/album/50

Untuk lihat gambar-gambar nostalgia AFATS 7, sila klik:

http://zainalpc3.multiply.com/photos/album/51