NOSTALGIA AFATS: Part 1v Untuk Tempoh 3 tahun kita dilatih - adakah patut kita masih belum pandai mendisiplinkan diri. Antara lainnya: Masih alpakah kita untuk bangun pagi-pagi (sebelum Subuh) - kitakan dibentuk begitu ! Masih malaskah kita untuk membersihkan tempat tidur awal pagi - kitakan dibentuk begitu ! Layout kits dari katil, kasut bawah capoi, pinggan, kole, sudu, garpu, towel, bantal lurus guna tali atau ditenang oleh kawan kita yang katilnya di tepi sekali. Kita sanggup marah dan dimarahi sesama kita kerana mematuhi disiplin asas ini. Kita tidak bergaduh. Walaupun tiada mesin basuh eletrik waktu itu, kotorkah baju kita. Kita juga dilatih untuk basuh baju bukan sekadar baju sendiri, malahan baju brader kita yang tua. Demi memastikan rasa malas itu hilang dari diri brader kita. Apa akan terjadi jika kelambu kita berlubang ? Show parade lah jawapnya. Itu dianggap ringan hukumannya. Selalunya Show parade dengan layout kits (kail danalmari masuk parade yang dipanggil "behind guards" Petang hari jam 1830 waktu itu semua katil (capoi) telah siap menggantung kelambu pocong hijau seolah-olah kita akan masuk tidur jam 7 malam. Mereka yang bermain atau lambat balik, tetap ada kawan yang tolong gantungkan kelambu dan ambilkan nasi dari 'cook house' untuk mereka terus makan menjelang hari esok. Adakah kita perlu tanya kawan kita untuk itu semua ? 'Prep Hours' pergilah sendiri ke kelas, yang nakal itu bukannya mereka jahat tetapi tulin ada kerja kumpulan untuk tidak ke prep hours. Hanya kentin Apek Tua dengan anaknya yang ada TV, itu pun tidak sepenuh mana waktu malam sebelum kita melabuhkan kepala. TV bukan satu trend untuk melepak asyik kecuali seorang dua. Hari-hari cuti minggu dan hari cuti umum lainnya, aktiviti riadah sedikit cuma, macam saya 'dating' juga. Tetapi ada masa untuk kemaskan diri antara lainnya, membakar spring katil kerana pijat, hangit bilik asrama kerana memanggang pijat durjana. Hari cuti juga untuk cuci segala, kasut bakar membakar, tampal menampal, kalau bukan aktiviti tentera, brader yang senior bikin cerita. Boot bola, baju ragby Bukta, kayu hoki, jersy sukan, semuanya dibersihkan, di kiwi dan dijemur. Gemuk obes kah kita, yang ada bukannya Mc Dee, Kentucky atau Pizza. Cuma Maggi mee segera, sampai kuning semua verenda. Kedai buku waktu itu jarang dilanggan oleh kita sebab buku tulis di beri percuma. Bukan nipis tetapi setahun ta habis guna. Alhamdullillah cukup BAHAGIA ANTARA KITA. . . .. bersambung nostalgia. ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6) |
Thursday, September 20, 2007
NOSTALGIA AFATS - SAMBUNGAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment