Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Friday, September 21, 2007

PART V





Part V



Musim yang berganti terlalu pendek untuk dikatakan panjang, Durian 3 kali musim telah gugur, kita masih menuntut dan berguru, Sukar juga untuk anak warisan 100 % ini untuk di dewasakan. Apa tidaknya, untuk mencapai akedemik yang terbaik, kita semua belajarlah dengan sistem pembelajaran kita tersendiri. Suasana cara belajar kita kan sukar dikawal, maklumlah semua jagoan tengik dari seluruh pelusuk negara. 'Mind setting' kita waktu itu, nak jadi perwira dalam salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dengan harapan tinggi menggunung mengganggam watikah akedemik teknikal dan saintis.

Jelasnya ATM telah mengorak langkah pembangunannya mengimbangi lagak tentera serantau. Mana tidaknya, waktu itu peperangan vietnam berhamburan buminya, vietkong dengan tentera Amerika Syarikat, badang bodoh tu. Kita yang muda ini lagak jalan macam Bruce Lee, pantang tersentuh, lantas mengadap lawan, macam Hang Jebat dalam perguruan. Tetapi bila anak gadis tempatan sentuh, terus tukar jadi cair leher bak lilin dibakar. Lentok liuk manja konon. Lupa nak kena starlight.
Nak sebut ke nama . . . . . jangan brader. Saya ta jadi hal, kalau tidak diakui ada awek (terminology dulu-dulu) pun nanti 2 minggu halaman email kita akan kecoh brader semua kutuk saya.

Bagusnya waktu itu, semua brader sekapal tahu siapa awek kepada siapa. Saya masih ingat beberapa antara brader kita yang memiliki saham yang tinggi di seantaro Port Dickson. Dari Seremban, Lukut, Kampung Arab, bandar P.D (semua kedai termasuk kedai Ani - mee hailam) jika ada pelayannya anak gadis, semua budak Afats yang ada saham mereka kenal, walaupun kita tidak kenal mereka semua. Jika masuk kedai tu setiap mereka tanya si mat tiarap (mereka gelarkan kita mat tiarap) itu dan ini, keluar ke tidak. Salam dari awek-awek ni macam-macam ada. Cantiknya, semua ada disiplin. Tiada sesiapa pun yang ambil kesempatan. Memilih awek pun ikut seniority. Brader yang sulung tetap tolong memaklumkan salam yang dikirimkan awek brader Intermediate begitu juga yang Junior. Betul ke Amir Abdullah (Saudagar Pengawal Republikan di Kucing).

Panjang ni brader. Itu baru sampai pekan P.D. Belum masuk ke SMK PD dan SMI PD. Belum sentuh nostalgia Kg. Sawah, Teluk Kemang, Pasir Panjang hingga Pengkalan Kempas belok ke Linggi. Apa pun saya tetap setia dengan yang dulu, Noni namanya, walaupun ada dugaannya. Alhamdullillah. Walaupun tidak ramai yang awek mengawek ni.
Yang tidak mengawek ini bukan tidak macho, cuma pilihan agak terhad di P.D tu. Mat Tiarap yang miang waktu itu lebih kurang 50 orang dari 180 orang. Mana cukup nak tampung. Jejaka pemburu ramai lagi di kalangan sojar-sojar (soldier) lain di P.D Garison.

Asas ilmu, sempadan dan tauladannya adalah, hormat kita bukan sekadar brader tetapi melebihi adik beradik. Mana tidaknya, hukuman yang kurang sopan dan kurang tertib ini amat keras dan menakutkan (takut dalam ertikata klasifikasi waktu itu). Usahkan kena jumpa "Big Boss", jumpa "Kapala" pun dah cukup masak. Big Boss dan Kapala tu 2 jawatan tertinggi yang mentadbir dan memastikan sumpah semerah padi dipatuhi, terutama nilai wawasan Melayu jati, bukan gengterism, tetapi cukup berkesan hingga kini. Saya sendiri tidak akan memanggil senior saya dengan nama. Saya mesti guna brader atau abang di hadapan nama mereka. Saya faham mereka ini lah salah seorang ulamak kita yang dimaksudkan dalam Hadis Rasullulah itu, jangan jauhi mereka kalau inginkan ilmu.

Maaf, brader terlalu panjang. Untuk kita, durhaka kalau kita tidak hormati senior kita. Apa pun keadaannya. Tolong.

SUMPAH SEMERAH PADI, XAfats Tetap Jati.
Ajoi Kolopilah.

No comments: