Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Friday, March 13, 2009

Friday, March 13, 2009

"Khinzirkan" Rasuah Untuk Perkuat Melayu

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEKUMPULAN pemikir, cendekiawan dan aktivis Melayu semalam menyarankan agar rasuah “dikhinzirkan” supaya orang Islam Malaysia menganggapnya jijik seperti haiwan itu.

Kata mereka, orang Melayu (semestinya Islam) sejak kecil lagi diajar menganggap babi jijik dan menolaknya dalam apa bentuk sekalipun.

Justeru itu mereka menyarankan agar proses pengkhinziran rasuah dimulakan di peringkat tadika dan berterusan sepanjang hayat.

Mereka membuat ketetapan itu dalam sidang sehari berjudul “Bengkel Resolusi Melayu dan Gejala Rasuah” bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Ia dianjurkan bersama oleh Kumpulan Melayu Serdang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Dr Mahathir, antara pemikir lain yang hadir adalah Dr Mohd Nor Ismail, Dr Kamaruddin Kachar, Prof. Makhdzir Mardan, Prof. Dahlan Ismail, Dr Hashim Wahab, Aliasak Ambia, Dr Salleh Mohd Nor dan Syed Barkat Syed Ali. Seramai lebih kurang 70 peserta menandatangani dokumen itu.

Serentak itu mereka menggesa orang Melayu menolak parti-parti politik dan pemuka mereka yang terbabit dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan salah laku moral, bermula dengan pemilihan Umno hujung bulan ini.

Dalam perbincangan di kalangan peserta dan dalam soal jawab dengan Dr Mahathir, beberapa calon Majlis Tertinggi Umno, bermula dengan calon jawatan Timbalan Presiden, dikenal pasti sebagai mengalami isu moral, termasuk rasuah.

Antara isu dan kesimpulan awal yang dikenal pasti adalah:

1. Perbuatan rasuah dilakukan oleh semua kaum di Malaysia;

2. Oleh kerana orang Melayu adalah kaum majoriti dan menerajui pemerintahan serta pentadbiran awam, mereka kerap dipersalahkan;

3. Orang bukan Melayu, khasnya para pedagang, lebih terdedah kepada amalan rasuah untuk mendapatkan kontrak atau mempercepatkan sesuatu urusan;

4. Peniaga Melayu kerap dianaktirikan kerana mereka enggan atau malu mengamalkan rasuah;

5. Pembanterasan rasuah di kalangan orang Islam wajib berteraskan akidah, syariah (undang-undang) dan akhlak;

6. Pembanterasan rasuah akan lebih mudah jika jurang kekayaan antara kaum dan intra-kaum dikurangkan;

7. Justeru itu, dasar membasmi kemiskinan dan mengagihkan kekayaan negara dengan lebih saksama wajib diteruskan;

8. Segala bentuk tindakan ke arah membasmi rasuah daripada aspek politik, ekonomi dan budaya wajib berpaksikan semangat Melayu kerana orang Melayu adalah kaum peribumi dan penduduk majoriti Malaysia;

9. Rasuah boleh disekat dengan mengurangkan perhubungan manusia (human contact) dalam urusan pentadbiran dengan memperluaskan urusan berkomputer (online);

10. Kepemimpinan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) wajib menyemai dan memperkuat semangat Melayu yang positif dalam konteks masyarakat pelbagai kaum Malaysia agar pelajar Melayu mempunyai jati diri dan berani bersaing; dan

11. Dalam suasana di mana gerakan orang Cina dan India Malaysia menjadi semakin global, orang Melayu tidak perlu berasa malu atau bersalah (apologitic) untuk memperkasa jati diri dan memperluaskan persaudaraan mereka dengan orang Melayu di seluruh dunia.


No comments: