Marhaban4u.com

MESYUARAT AGONG PERTAMA KOPERASI DAN TARAWIKH AFATS 2009

Monday, March 09, 2009

TASKIRAH DARI BRADER RAMLI ABD RAHMAN

PECAH BELAH KERANA BENAR

“Wahai anak laki-laki saudaraku. Engkau datang kepada bangsamu dengan membawa perubahan yang amat berbahaya” kata Utbah bin Rabi’ah

“Engkau memecah-belahkan bangsamu yang telah berabad-abad bersatu, engkau mencerai-beraikan bangsamu yang telah lama bersepakat, engkau memperbodoh- bodohkan cerdik pandai kita, mencaci-maki apa yang telah lama dipuja orang-orang tuamu, engkau merendahkan apa yang dimuliakan oleh nenek moyangmu, mencela agama bangsamu, engkau sesatkan pujangga-pujanggamu . Kini bangsamu telah berpecah-belah dan bergolong-golongan disebabkan oleh perbuatan-perbuatan mu”

Lelaki 40an bermuka tampan, tegap, gagah berani dan berbudi bahasa itu mencelah setelah Utbah berhenti berbicara, “Katakanlah olehmu kepadaku, segala sesuatu yang hendak engkau katakan, hai Abu Walid .... aku hendak mendengarnya”

“Jika engkau berhajat harta-benda, kami akan jadikan engkau paling kaya di antara kami. Jika engkau menghendaki kemuliaan, akan kami jadikan engkau paling mulia dan paling tinggi darjatnya. Jika engkau ingin menjadi raja, akan kami angkat kedudukan engkau dan kami tidak akan memutuskan sesuatu tanpa izinmu.." Utbah berhenti seketika dan kemudian menyambung lagi

"..Jika engkau berkehendakkan perempuan paling cantik, pilihlah siapa sahaja dan berapa sahaja engkau mahu walaupun perempuan itu mungkin kepunyaan kami. Jika engkau sakit, akan kami habiskan harta benda untuk mengobat engkau. Pilihlah mana yang engkau kehendaki asalkan engkau berhenti daripada perbuatan engkau yang sudah-sudah. ” sambung Utbah bin Rabi’ah kepada lelaki itu

Nabi Muhammad SAW menjawab pertanyaan Utbah dengan membacakan firman Allah (Al Fushshilat 1-14) yang diwahyukan kepada baginda beberapa hari yang lepas.

Baru sekian ayat yang dibaca Nabi Muhammad, Utbah yang dipilih khas oleh Permusyaratan Darun Nadwah yang mewakili ketua-ketua dan seluruh orang kenamaan Bani Quraish meminta Nabi Muhammad berhenti dan bertanya, “Adakah engkau dapat menjawab selain daripada itu”

Nabi SAW menjawab tidak.

No comments: