BIARLAH BULAN BICARA
Hari ini ramai orang Terengganu seronok dan gembira. Orang UMNO seronok. Orang PAS gembira. Orang PKR pun sama juga. Mereka seronok dan mereka gembira pasal Wan Farid Wan Salleh jadi calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.Orang UMNO seronok, katanya sebab yakin Farid boleh menang besar. Orang PAS gembira, katanya pasal Mat Sabu boleh sapu bersih. Orang PKR pun sama seronok dan gembira, kononnya kerana kemenangan Mat Sabu boleh jamin Anwar Ibrahim kuasai Parlimen Malaysia.
Tapi, kalau semua parti seronok dan gembira, sapa yang akan duka nestapa? Sapa yang akan kecundang di Kuala Terengganu? Sapa yang akan gigit jari dan kempunan nak duduk dalam Dewan Rakyat?
Untuk membahkan keseronokan dan kegembiraan ini, saya poskan di sini lagu Broery Marantika berjodol Biarlah Bulan Bicara. Lagu ini didedikasikan khas kepada Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin dan Farid, dengan ucapan semoga hayatilah senikatanya dengan sedalam-dalamnya.
Kalau Najib Razak, Ahmad Said dan Idris Jusoh nak ikut sama menikmati senikata lagu ini pun tak apa. Dengarlah dan hayatilah.
Kalau ada para pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu yang nak curi-curi menikmati lagu ni pun silakan. Tapi ingat, bila merenung bulan di langit, jangan lupakan rumput di bumi!
Kepada jentera BN, saya harap haramkan lagu ini dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu mulai esok sampai waktu mengundi. Kalau tak, manalah tau Mat Sabu akan kempen dan kata, lagu biarlah bulan bicara ini adalah lagu untuk mendorong seluruh pengundi memangkah PAS dalam PRK kali ini.
BIARLAH BULAN BICARA
Nyanyian Broery Marantika
bulan sabit yang jatuh di pelataran
bintang redup tanpa cahaya gemintang
langkah tanpa arah
sesat di jalan yang terang
aku yang terlena dibuai pelukan dosa
ingin pulang membalut luka hatimu
ku pun tahu betapa pedih batinmu
beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
andai maaf pun tak kau berikan
air mata tulus jatuh di sudut bibirmu
tak terlintas dendam di bening mata indahmu
aku yang merasa sangat berdosa padamu
masih pantaskah mendampingimu
biarlah bulan bicara sendiri
biarlah bintang kan menjadi saksi
tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
cukup derita sampai di sini
http://politica-net.blogspot.com
No comments:
Post a Comment