MAC 2009
1. Negara tertunggu-tunggu Mac 2009 di waktu mana peralihan kuasa dikatakan akan berlaku.
2. Kepercayaan bahawa ini akan berlaku diasaskan kepada pengumuman oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dia akan serah jawatannya kepada Dato' Seri Najib Tun Razak pada tarikh tersebut. Abdullah juga menyatakan yang dia tidak akan bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan ahli Majlis Tertinggi Umno pada Mac 2009. Justeru tidak ada bahagian yang mencalonkan Abdullah sebagai Presiden.
3. Biasanya sesiapa yang menjadi Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional menang dan menjadi parti yang terbesar dalam Parlimen. Tetapi ini tradisi sahaja. Jika diberi kepercayaan oleh majoriti ahli Dewan Rakyat, yang bukan Presiden Umno dan Pengerusi BN juga boleh jadi Perdana Menteri.

5. Dalam DAP sementara pemimpin besarnya ialah Lim Kit Siang tetapi dia tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Keadaan yang sama terdapat dalam parti Keadilan di Selangor. Bahkan jika ketua Pakatan ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, dia tidak mengetuai mana-mana Kerajaan yang dikuasai oleh Pakatan.
6. Berita angin sudah berkembang bahawa walaupun Najib akan jadi Presiden Umno, tidak semestinya dia akan jadi Perdana Menteri. Berita yang didengar ialah Abdullah masih berminat meneruskan jawatan Perdana Menteri.
7. Jika diambil kira sikap pemimpin dan ramai ahli Umno, kemungkinan ini berlaku tidak mustahil. Mereka tidak akan menentang Abdullah kerana mereka amat selesa dengan kepimpinan beliau dan nikmat tertentu yang mereka dapati darinya.
8. Tetapi pengekalan Abdullah sebagai PM tetap akan menyemarakkan kebencian rakyat kepada Umno dan BN. Politik akan bergolak sepanjang masa sehingga pilihanraya. Dan apabila datang pilihanraya percayalah majoriti rakyat akan tolak Umno dan BN.
9. Rakyat tidak berminat dengan parti-parti lawan tetapi mereka tidak ada pilihan. Umno sudah jadi parti pimpinan ramai perasuah dan jika Umno menang bersama BN, maka yang akan memerintah Malaysia ialah orang yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri melalui rasuah dan mereka ini tetap akan amalkan rasuah dalam Kerajaan untuk dapat balik "pelaburan" mereka dan lebih daripada itu.
10. Jika rakyat Malaysia ingin elak daripada nasib buruk ini menimpa negara, rakyat perlu beritahu UMNO dan kepimpinannya awal-awal lagi iaitu rakyat akan tolak UMNO jika orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah dipilih sebagai pemimpin UMNO pada pemilihan Majlis Tertinggi Mac 2009.
11. Demikian juga jika Abdullah cuba terus menjadi Perdana Menteri selepas Mac 2009, rakyat harus beri mesej yang jelas yang UMNO serta BN akan dikalahkan.
12. UMNO pimpinan perasuah dan perosak tidak harus diberi kuasa memimpin negara yang tercinta ini.
13. Kerosakan yang telah dilakukan selama lima tahun Abdullah menerajui Kerajaan Malaysia sudah cukup buruk. Fikirkanlah akan keburukan yang akan dilakukan kepada UMNO dan negara apabila seluruh kepimpinan Kerajaan terdiri daripada perasuah.
14. Dalam UMNO sekarang sudah ada orang yang berpendapat kalau ini adalah kali terakhir mereka akan dapat sogokan, lebih baiklah mereka menerima. Sekurang-kurang mereka akan kecapi "nikmat" sekali. Mungkin tidak akan ada peluang lagi. Apa jadi kepada UMNO, bangsa dan negara adalah masalah lain, bukan masalah mereka. Bagi mereka "nikmat" tidak boleh ditolak, walaupun hanya RM100.
15. Bagi mereka ini generasi akan datang akan kutuk mereka apabila orang Melayu di Malaysia sudah jadi seperti orang Melayu di Singapura di mana mereka menjadi "hamba" kepada kaum-kaum lain. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu kerana lebih sedia disogok daripada mempertahan dan memelihara kuasa bangsa.
No comments:
Post a Comment